Thursday, December 26, 2013

Bodyguard From Taiping -Bab 6



Bab 6





Usai solat subuh gajah lantaran ‘terbabas’ sebab tidur lewat semalam aku bercadang hendak meneruskan tidur ku semula. Namun tiba-tiba aku mendengar suara bising-bising di hadapan rumah. Suara tangisan seorang budak begitu menganggu aku, maklumlah aku anak bongsu jadi aku jarang mendengar suara budak menangis.
            “Mikha nak papa! Nak papa jugak!. Mummy kata ahad Mika boleh duduk dengan papa tapi mummy tipu.”
            Shut up Mika! Mummy dah bagi Mika jumpa papa, sekarang kita balik!”
Aku mengintai, aku lihat budak lelaki yang berusia dalam lingkungan empat tahun itu sedang menarik-narik tangannya dari wanita yang aku jumpa di pejabat Akim semalam. Mengelinjang budak itu minta dilepaskan sedangkan aku melihat Akim hanya berdiri memandang dengan muka ketat.
            “Biarlah dia tinggal dengan I, nanti I hantar dia balik.” Akim bersuara tenang.
            No way Lukhman, since you dah bawak perempuan sundal dalam rumah ni, I haramkan anak I tinggal dengan you!” Mak aihh perempuan sundal?, siapa tu aku kah. Ini sudah lebih kalau berani-berani kata aku sundal.
            “Jaga mulut kau Nurhaslynna! Dia lebih berhak ke atas aku! Lebih berhak atas rumah ini melebihi hak kau dan Mikhaeyll!” Aku lihat Akim mengertap mulutnya dan merenung wanita itu tepat-tepat. Erkk berhak ke atas dia, oh legaaanya aku, maksudnya perempuan sundal tu bukan akulah sebab aku tak berhak langsung ke atas Akim apatah lagi rumahnya. Aku terus tarik selimut semula, lantaklah perang saudara ke, perang dunia ke aku hendak tidur!.



Tapi aku tidak boleh tidur, aku kasihan bila teringat budak itu yang beriya-iya hendakkan Akim. Betulkah itu anak Akim, maknanya Akim duda. Aduhai dudalah pula, aku memang reject awal-awal kalau duda ni. Anak dara mesti dengan anak teruna, kalau duda kenalah dengan janda. Falsafah ni aku dapat dari manapun aku sudah lupa, tetapi aku pegang kukuh-kukuh supaya ia tetap terpahat di hati ku. Tapi bukankah aku sudah berkahwin, dan suami ku seorang pak haji tua dan sudah pastinya dia seorang duda. Allamak pancung terus nafsu tidurku, aku terus bangun lantas mandi dan bersiap seadanya.



Tangisan budak itu masih kedengaran, peperangan ibu dan anak yang berlaku di luar malas aku hendak campur. Akim pun aku lihat hanya berdiam diri dari tadi. Cuma perempuan itu sahaja yang tidak habis-habis memberikan ceramah percumanya dan ayat sundal tidak habis-habis dari keluar dari mulutnya. Aku keluar, kasihan pula aku tengok Akim mendapat jurus-jurus serangan mulut dari wanita itu sedangkan dia tidak membalas. Haila Akim, kalau betul itu isteri awak, dayuslah biarkan diri dicerca begitu.



            “Assalamualaikum, apa kes bising-bising ni. Cantas mood nak tidur tahu.” Aku berpura-pura bengang padahal aku langsung tidak rasa apa-apa.
            “Aduhhh!” Tiba-tiba aku rasa pedih di pipi. Cepat betul perempuan ni, macam Mak Lampir pula entah bila sampainya tahu-tahu dia tampar muka aku yang jelita ini. Sekali lagi dia cuba, tapi aku sempat pegang pergelangan tangannya. Tadi bolehlah sebab aku tidak bersedia, kali ini kalau dia bagi lagi aku sanggup sahaja hendak tampar pipinya yang bertepek bedak dan blusher itu. Pagi-pagi lagi sudah bermake up macam hendak pergi ke kelab malam.
            “Pagi-pagi dah marah macam ni, nanti muka cepat berkedut makcik, kalau dah berkedut suntik botox pun tak guna.” Aku sembur dia sedas. Mesti dia marah sangat sebab aku panggil dia makcik.
            “Ini anak makcik ke, wah hensem boy. Come here boycome to mama..come to mama.” Aku bergurau sebenarnya langsung tiada niat hendak memanggilnya. Namun tiba-tiba sahaja budak itu melepaskan diri dari pegangan ibunya lalu menerpa dan memeluk paha ku. Haila kasihan pula aku, lantas aku lap pipinya yang penuh air mata dan hidungnya juga berhingus. Separuh hati aku lap dengan baju yang sedang aku pakai, dia menghembusnya. Aku telan air liur, geli bercampur kasihan tetapi aku dukung juga budak ini yang bertubuh kecil. Dia peluk leher ku terus aku bawa masuk ke dalam. Lantaklah di luar, apa hendak jadi-jadilah aku aku bawa budak ini ke dapur lalu bersihkan apa yang patut. Dia terus mengekori aku ke mana sahaja aku pergi sampaikan aku terpaksa salin baju di hadapannya bila dia mengekori aku masuk ke bilik. Makanya, dialah lelaki pertama yang dapat melihat aku separa bogel. Pherghh ayat separa bogel tu memang aku sendiri tidak boleh terima, tapi ada ayat lainkah yang lebih sesuai?.



Aku lapar, jadi aku rasa budak ni juga lapar. Aku buat roti celup telur dan omellete yang paling ringkas mengikut bahan yang sedia ada dan air mocha. Aku tengok bukan main berselera lagi budak ni makan. Hairan pula aku, bila masa Akim ni ke pasar membeli barang-barang dapur?.
            “Makan sorang je, tak pelawa saya sekali ke?” Aku segera melihat Akim yang sedang datang ke arah kami dengan wajah yang tenang. Dia ni tidak tahu marah ke selepas apa yang berlaku di luar tadi. Aku pelawa dia makan, dia tarik kerusi sebelah budak tu lantas mencium sambil menggosok-gosok kepalanya. Aku hidangkan dia air dan dia pandang aku dengan renungan yang lembut.
            “Terima kasih Aulia.”
            “Terima kasih pasaipa? Panggil saya Rock ok..Rock.”
            “Terima kasih sebab bawa Mikha masuk, saya kesian tengok dia.”
            “Anak awak kan, sepatutnya awak pertahankan dia bukan melayan isteri awak tu bertengkar, tak baik anak-anak tengok ibu bapa bergaduh.” Aku tengok Akim terdiam mendengar ceramah percuma aku.
            “Dia bekas isteri saya, bukan isteri saya.”
            “Tak kisahlah bekas ke plastik ke besen ke yang penting sekarang awak duda yang ada anak. Anak tu tanggungjawab awak sampai akhirat kelak.” Hisy tiba-tiba sahaja aura ustazah aku datang. Aku tengok Akim baik sangat melayan Mikha, dia suap Mikha makan, dia suap Mikha minum sampai aku rasa cemburu pula. Kemudian dia mandikan Mikha dan bermain-main dengan budak lelaki itu.



            “Mama jomlah main kat belakang.” Alamak dia panggil aku mama, ini sudah lebih.! Tapi aku ikut juga bila dia menarik tangan ku ke halaman belakang rumah Akim.
            “Eh kenapa aku tidak sedar di belakang rumahnya ini ada satu padang basketball. Tapi aku mana tahu main basketball, kalau main bola jaring aku tahulah. Lagipun tempat masuk golnya tinggi sangat. Dulu aku selalu jadi centre bukannya shooter dalam permainan bola jaring. Akim pegang bola basketball, dia kenyit aku dan ajak aku main sekali. Aku geleng kepala, sementara Mikha hanya tersengih-sengih melihat gelagat  Akim yang sedang memancing minat ku. Dia melakukan dribble sambil berlari dengan lincah. Sesekali bola itu sengaja dibiarkan melalui celahan kelangkangnya dan sesekali dia sengaja membiarkan bola itu kebelakang sebelum dia berpusing lalu menyambung kembali aktiviti dribble tersebut. Aku memang agak pantang dicabar, setakat bump bola begitu nenek aku pun pandai.
            “Pergilah mama, pergilah.” Mikha menyokong aku dan memberikan aku semangat. Bangga aku ada pom pom boy yang memberikan sokongan padu begini. Mikha bertepuk-tepuk tangan teruja sebaik sahaja aku mula berlari ke tengah padang.



Aku cuba merampas bola dari Akim, nampak mudah namun rupanya Akim sangat licik. Puas dia mengacah-acah aku membawa bola menggunakan teknik dribble dan  tiba-tiba sahaja dia melakukan shooting sehingga aku tidak terkata. Dalam jarak yang tidak aku sangka-sangka bola tepat masuk ke dalam jaring bola keranjang. Sebaik sahaja bola mendarat aku segera merampas lalu melakukan dribble. Wah! skill aku dalam permainan bola baling masih tidak hilang. Aku berlari sambil membawa bola, walaupun aku tidak secekap dia, namun tubuh kecil ku memudahkan aku menyelinap mengelakkan diri dari dia. Dia tersenyum sebaik sahaja melihat aku bersungguh-sungguh mempertahankan bola. Bola semakin hampir ke destinasi, aku cuba mencari jalan untuk mendapatkan mata sama dengan dia. Namun tiba-tiba sahaja dia melompat tinggi lalu merampas bola yang sedang menuju ke ring. Aku terkedu melihat aksinya yang tangkas. Sebaik sahaja dia mendapat bola dia terus melompat melakukan slamdunk sehingga aku melopong melihat bajunya yang terselak ke dada. Dia bergayut di ring sebelum melepaskannya lantas tersenyum melihat aku yang terlopong.



Tidak sampai sepuluh minit bermain dia telah dibasahi peluh, aku memang tidak berputus asa untuk menyanginya. Perlawanan man to man memberikan aku satu mata berbanding dia tiga mata. Aku memang belum letih kerana aku bekas atlit sukan, Namun dia sudah basah dengan peluh berjejeran. Cukup 10 minit kami berhenti dan dia segera menanggalkan bajunya yang basah oleh peluh. Aku rasa lain macam pula lalu memalingkan diri ke tempat lain tambahan pula aku rasa gerun melihat tubuhnya yang berlekuk-lekuk. Kalau sudah tubuh begini, apalah gunanya bodyguard macam aku ni.
            “Kenapa ni?” Dia ni sengaja menguji tahap kesabaran aku, boleh pula dia datang dekat dengan ku. Aku pula tidak sengaja tertengok perut dia, come Rock tengoklah tempat lain. Tengok telinga ke, rambut ke atau mana-mana tempatlah asal jangan perut. Tapi mata aku memang tidak taat kepada tuan, aku tetap tertengok perut dan di perut ada pusat. Aduh! Aku rasa macam hendak buat lari berganti-ganti dengan Mikha.

Tuesday, December 24, 2013

Bodyguard From Taiping - Bab 5



Bab 5






Setelah puas bergolek-golek sedangkan mata pula tidak mahu tertidur, aku mula merasai tekak ku haus. Aku jeling jam yang sudah menunjukkan pukul 1 pagi. Aku tolak pintu lalu terus pergi ke dapur. Burrr berderau darah ku, kelibat seorang lelaki yang hanya berkain pelikat tanpa baju sedang duduk santai di meja, sambil makan nasi goreng sejuk. Fuh! Mental ke apa sejuk-sejuk begini dia tidak pakai baju sebaliknya hanya berkain pelikat selapis. Aku segera beredar cepat-cepat sebelum dia nampak aku datang atau sebelum di sedar aku telah nampak dia yang sedang seksi begitu.


            “Adduiii!” Tiba-tiba aku terbentur ke dinding kaca, punyalah hendak cepat lari dari dia sampai aku terlupa di dapur ada pintu yang diperbuat dari kaca. Aku main redah sahaja, aku raba dahi kalau-kalau benjol kerana kesan benturan itu agak kuat sehingga aku tertolak kebelakang. Aku rasa hendak tumbuk pintu yang bersalah itu, tapi aku pasti tidak akan pecah melainkan tangan aku yang sakit. Sedang aku mengomel memarahi pintu tiba-tiba sahaja aku terdengar suara menyapa…
            “Sakit ke?” Purrrr…aku rasa kaki ku lemah tiba-tiba. Lantai yang aku pijak bagaikan lembut dan seakan mencair. Aku hendak lari dari lelaki ini, tetapi tahu-tahu sahaja dia sudah berada di belakang ku, cukup hampir sampai aku merasai bahang hangatnya tubuh dia yang tidak berbaju. Awas Rock jangan pandang belakang… jangan! jangan! Hati ku melarang tetapi tubuh ku tidak seiring dengan hati, aku memalingkan tubuh ku mengadap dia. Buk! Tubuh kami berlaga. Aku rasa pipi ku bagaikan kembang dan segala-galanya roma yang ada di tubuh ku meremang pada tahap sudut 90 darjah utara selatan barat dan timurnya aku tidak pasti, mana bearing mana kompasnya? Aku rasa hilang arah… dada ku bagaikan akan meletup. Jantung ku menerjah-nerjah diafragma minta dilepaskan dari kurungan.



Dia angkat tangan, menarik tangan ku yang sedang menekup dahi.
            “Sakit ke?” Ya Allah! suaranya terasa bergetar bagaikan dia sedang menelan suaranya sendiri jauh di kerongkong. Aku pula rasa segalanya tersempang tidak boleh dilepaskan, aku tahan nafas supaya bau sambal petai yang aku makan siang tadi tidak sampai kepadanya.
            “Bagilah saya tengok.” Dia menundukkan mukanya betul-betul mengadap kepadaku. Wajah ku betul-betul bertentangan dengan tulang selangkanya dan tatkala dia sedang mengangkat lengannya hendak menarik tangan ku di dahi, aku terpandang sesuatu yang aku memang tidak suka sejak azali lagi. Fuh! Bulu ketiak! Adoilah dia ni cantas terus mood gementar aku.
            Erkkk bulu ketiak!” Aku berterus terang dengan komen yang paling jujur dalam hidup ku. Sumpah aku memang telus bab komen mengomen ini. Terus dia jatuhkan tangan lalu pandang aku dengan dengan mata yang bulat lantas mengepit tangannya di celah kedua-dua belah ketiaknya. Dia ketawa tiba-tiba, ketawa lepas yang aku tidak pernah tengok darinya selama ini. Sepanjang mengenalinya dia cuma tersenyum, aku tidak pernah tengok dia ketawa macam malam ini. Dia terus berundur, lalu masuk ke biliknya. Aku pula ke dapur hendak minum air.



            “Jom tengok movie.” Aku lihat dia telah berbaju t warna merah dengan kain pelikat.
            “Wayang apa dah nak subuh macam ni?”
            “Tengok kat bilik saya je, ada home teater set.” Ini baru betul idea sengal kalau suruh aku masuk bilik dia.
            “Eheh…biar betul, kalau betul pun saya bodyguard setakat di luar bilik sahajalah bos!” Aku tekan perkataan bos itu supaya dia faham. Akim ketawa lagi sampai nampak giginya. Rupanya dia ni mudah juga ketawa walaupun hidungnya masih lagi nampak bengkak.
            “Oklah kalau tak nak, saya tak boleh tidur ni terpaksalah layan movie sorang-sorang.”
            “Erk cerita apa ye?” Aku pula yang teruja walaupun aku tahu adalah satu kesilapan yang amat besar kalau aku masuk ke bilik dia.
            “Hobbit.” Dia menjawab sepatah dan serta merta aku terbayangkan Legolas yang cukup kacak itu. Aku hilang pertimbangan bila terbayangkan lelaki bunian berambut putih itu.
            “Nak… nak, saya nak tengok Legolas.!” Aku teruja sangat sampai rasa hendak paut-paut sahaja lengannya supaya dia cepat bawa aku ke biliknya. Dia senyum sahaja, tapi dia lupa aku sudah pasang perisai kalau dia berani buat bukan-bukan.
            “Eh nak buat apa senduk tu?” dia bertanya dengan wajah yang dikerutkan. Walaupun berkerut namun tetap comel.
            “Ni senjata saya, kalau awak berani macam-macam tahulah awak kena pelangkung dengan senduk Legolas saya ni. Dia tarik nafas panjang, aku buat muka selamba sahaja melenggang masuk dulu ke dalam biliknya yang sama besar dengan ruang tamu rumah abah yang setaraf keluasan padang sepak takraw. Biliknya memang lengkap dengan set home teater, skrin televisyennya juga tidak kurang dari 42 inci mengikut anggaran aku. Memang sound sistemnya amat baik, kalau aku tahu dia ada kemudahan begini, hari-hari lepak bilik dia pun aku sanggup.








            “Meh duduk sini.” Akim mengajak aku duduk di sebelahnya di atas katil. Ya hukum apakah ini dato Lukhman woi, di luar nampak macam alim, sekali dalam rumah dengan aku dia main langgar segala. Aku mula rasa tidak selamat bersamanya.
            Hang nak ajak cheq tengok filem ka hang nak buat filem, hamboi galak sungguh aih.” Nah aku bagi dia satu das percikan semburan ku yang berbahang. Dia tersenym sampai nampak gigi. Aku siap dengan senduk Legolas ku, kalau dia berani main-main pasti senduk ini hinggap ke kepalanya.
            “Ok..ok nak, dia melemparkan aku satu bantal dan sehelai comforter yang gebu dan harum.” Lampu di tutup dan filem pun bermula. Aku rasa selesa melepak di bawah sedangkan dia pula sedang bersantai-santai di atas katil. Tapi ada seperkara yang aku cukup tidak puas hati, bila sahaja ada aksi legolas dia pasti mengajak aku berbual, kalau aku tidak melayan dia akan membaling bantal kepada ku sehingga tumpuan aku terganggu. Dia ni sememangnya dengki agaknya, mentang-mentanglah dia tidak mempunya rambut secantik Legolas. Sebaik sahaja filem tamat, dia segera menghidupkan lampu.

           
“Apa yang bagus sangat Legolas tu? Telinga pun panjang!”
          “Rambut dia cantik, indah mengurai, langkahnya tangkas. Bila dia memanah terasa getar sehingga ke hati ini.” Aku berkata sambil memegang senduk dan memejamkan mata. Membayangkan Legolas dengan kudanya.

            “Rambut tu palsu. Kalau nak banding dengan saya, saya pun handsome kan?”
            “Palsupun saya suka, oh Legolas ku.” Aku terus beredar meninggalkannya.
            “Aulia! Saya tak suka yang palsu.” Aku bagaikan mendengar dia berkata begitu. Tetapi aku buat-buat tidak mendengar, terus menghantar senduk ke dapur dan masuk ke bilik sendiri. Jam sudah menunjukkan hampir empat pagi. Aku terus tertidur lena tanpa sempat tarik selimut.

Bodyguard From Taiping- bab 4



                                                               Bab 4






Terkebil-kebil aku mengikut Akim shopping, dia ni betul-betul kurang waras. Pakaian yang dia belikan untuk aku buat aku rasa macam hendak masukkan sahaja baju-baju itu dalam frame dengan tag harganya sekali. T’shirt sahaja mencecah ratusan ringgit belum lagi jeans aku yang dia pilihkan. Macam mana dia tahu saiz aku, IQ aku bukan rendah sangat hendak meneka kerana dia telah sidai pakaian aku, jadi bukan setakat jeans, seluar dalam dan coli aku pun dia tahu saiznya. Biar betul dia memang singgah di bahagian pakaian dalam wanita! Aku terkebil-kebil, kali ini aku rasa macam hendak hantuk kepala dia ke lantai pula. Agak-agaklah kalau hendak belikan aku pakaian dalam sekalipun.
           


                        “Kenapa berdiri di situ, marilah pilih.” Aku rasa macam tersangkut tulang selangka! Tapi dia anggukkan kepala tanda mengiyakan kata-katanya. Tangannya sarat dengan pakaian yang dia sendiri pilih. Tidak kuasa aku hendak memilih, kerana fesyen pakaian di situ memang kurang sesuai dengan selera aku. Bagi aku pakai t’shirt Four square pun sudak cukup meskipun lehernya akan kembang kalau dibasuh beberapa kali.
                        “Biar betul ni!”
                        “Betullah.”  Dia tersenyum, macam tidak  kekok sahaja dia berada di bahagian pakaian dalam wanita itu. Lengan baju kemeja yang di gulung sehingga ke paras siku menampakkan sedikit aura rugged pada dirinya.
                        “Saya tak biasalah Kim, maaf.” Aku mengalah bila melihat dia bersungguh-sungguh hendak membelikan aku pakaian dalam. Aku tertunduk, muka ku rasa sudah bertukar macam-macam warna. Tiba-tiba Akim ketawa lantas menghampiri ku.
                        “Rock pilihlah, saya tak ikut. Saya tunggu di kaunter bayaran.”
                        Cheq tak tahu.” Aku membalas jujur. Dia nampak terkejut.
                        “Habis selama ni siapa yang belikan?.”
                        “Mak dan abah, yang spender tu abang ngah belikan tu pun kalau kalau cheq yang suruh.”
Aku lihat Akim berubah wajah bila aku menjelaskan dengan jujur. Dia menarik nafas panjang. Aku nampak Akim bercakap sesuatu dengan sales girl di situ.
                        “Perempuan tak pakai spender, tapi panties.” Akim bercakap dengan ku sebelum  meminta sales girl di situ membantu aku mencari pakaian dalam. Macam-macam dia cadangkan kepada ku, puas aku mencari seluar dalam yang ada gambar superman, namun tiada dijual di tempat ini. Bila aku sebut hendak seluar dalam gambar superman dia hanya tersenyum melihat ku. Bukan teruk pun, gambar superman sahaja, bukan aku minta gambar  Justin Bieber pun.




Sampai di rumah aku sangat letih, entah siapa yang beriya shopping, aku ataupun dia?. Yang pasti Akim telah berbelanja besar untuk ku. Entah apalah yang dia beli aku pun tidak pasti. Satu per satu pakaian aku cuba, semuanya sedang elok di tubuh. Fesyennya sahaja yang aku tidak suka, adakah patut dia belikan aku blouse yang beropol-ropol atau yang berikat tali dipinggang. Euwww… gelinya aku hendak pakai ‘benda’ macam itu. Aku rasa macam hendak pulangkan sahaja semua jenis pakaian tersebut, tapi nampak sangat aku tidak tahu berterimakasih dan bersyukur.




Aku dengar pintu bilik diketuk, bila aku membuka pintu Akim tercegat di hadapan ku dengan  short pants separas lutut dan t’shirt putih entah jenama apa yang pasti memang nampak muda sepuluh tahun dari pakaian rasminya di pejabat.
                        “Jom.”
                        “Kemana?” Aku kerutkan dahi.
                        “Esok kan cuti, jom temankan saya tengok wayang.” Tengok wayang??? Kalau abah tahu aku pergi tengok wayang mati aku kena tonyoh ke dinding. Abah kata tengok wayang ‘lagha’ sampai tinggal waktu solat atau melewat-lewatkan solat. Aku garu kepala yang tidak gatal bila teringatkan pesan abah tatkala abang ngah bercadang menonton wayang dengan ku.
                        “Tak boleh tengok wayang, nanti abah marah.” Aku jawab selamba tanpa rasa bersalah langsung walaupun sedar aku dalam tugas.
                        “Sekarang mana ada abah, abang adalah.” Abang?? Aku rasa dia buat lawak, bila pula along dan abang ngah datang.
                        “Mana along…mana abang ngah macam mana depa boleh caghi cheq sampai sini?” Aku memang tidak boleh mengawal loghat Taiping aku bila panik begini.
                        “Abang ni lah.” Akim tunjuk kepada dirinya sendiri. Aku tenung dia, dia tenung aku dan aku baru perasan bibirnya merah semulajadi dan matanya pula berwarna coklat gelap. Ya Allah! Tiba-tiba aku rasa macam hendak sujud syahwi pula, tolonglah jangan tersuka kepada bos ku sendiri. Rock ok Rock, hidup ini hanya sebahagian dari helaan nafas, kau harus bertahan Rukiah! Bertahanlah! Bum! Aku tutup pintu laju-laju menahan diri dari memandang dia lebih lama atau aku akan menanggung dosa yang amat besar, sudahlah lari dari rumah, derhaka kepada ibu bapa kini derhaka kepada suami yang belum aku kenali.



                        “Adoiiiii!!” Aku dengar bunyi benda terhantuk di luar.  Aku tergamam lantas serta merta aku buka pintu semula. Ya Allah! Akim sedang menekup mukanya sambil bertinggung. Aku nampak tangannya berdarah. Aku telan air liur berdas-das dengan rasa cuak yang tidak mampu digambarkan dengan perkataan. Aku terus berlari mengambil tuala lantas menarik tangannya dengan berlapikkan tuala. Sekali lagi aku diserbu gemuruh yang membara, hidung mancung Akim berdarah, banyak sehingga menitis ke bajunya yang berwarna putih. Muka Akim merah padam, dia tepis tangan aku. Aku tahu dia marah lantas aku tutup pintu kembali, biarlah dia tenangkan diri sendiri. Tidak kuasa aku hendak memujuk, tapi bagaimana kalau hidungnya patah?. Aku bersandar di pintu bilik dengan perasaan resah. Lama aku menunggu, tiada satu bunyipun di luar, aku tahu pasti Akim sudah beredar dari sana.



Akim berbaring di sofa ruang tamu dengan mata yang terpejam dan muka yang ditutupi tuala basah. Aku tengok di sebelahnya terdapat takungan air di dalam besen kecil dengan kesan darah. Darah juga membasahi beberapa helai sapu tangan di sekitar besen tersebut. Mungkin Akim tertidur, perlahan-lahan aku ambil dan kemaskan semua barang-barang tersebut lantas mencuci tuala itu bersih-bersih. Aku ke dapur lantas buatkan Akim satu mug air mocha, lantas berkira-kira untuk masak nasi goreng ‘bodoh’. Semua bahan ada dalam peti sejuk, aku pun ber’tukang’lah sesuka hati, lagipun nasi ‘goreng’ bodoh ku memang makanan ruji aku di kampung. Aku memang tidak suka makan nasi berlauk.



Aku duduk tunggu Akim sedar dari tidur, perlahan-lahan aku tarik tuala lembap yang menutupi hidungnya. Ya Allah! Bengkak dan nampak senget, aikkk takkan patah kot?. Dia tarik balik tuala itu lalu menutup mukanya kembali, aku tarik balik perlahan-lahan.
                        “Jangan kacaulah…” Dia bersuara perlahan. Rasanya dia tidak marah kot.
                        “Makan jom.”
                        “Awak makanlah dulu.” Dia terus menutup mukanya.
                        “Saya minta maaf.”
                        “Benda dah jadi.” Dia bersuara tenang. Aku tarik kembali tuala di mukanya, dia pejam sahaja. Aku tenung wajahnya yang tenang terpejam. Walaupun nampak bengkak, hidungnya masih terletak indah di wajah, bibirnya renggang sedikit dengan wajah yang amat bersih. Mungkin dia sedang bernafas melalui mulut.
                        “Tak payah tengok saya, pergi call mak tu. Bagi tahu awak dapat kerja dengan saya.”
                        “Takutlah, nanti mak marah.” Aku tunduk menahan rasa. Aku tahu kata-kata Akim ada benarnya.”
                        “Mak awak tak marah, dia risau.”
                        “Mana awak tahu?”
                        “Mak mana tak sayang anak, awak call lah. Kesian mak dah menangis cari awak.” Dia ni macam tahu-tahu sahaja pasal keluarga aku. Aku diam sahaja kerana aku pasti kalau aku telefon pasti mak suruh aku balik. Kenduri perkahwinan aku lagi sepuluh hari sahaja lagi.
                        “Saya tak nak balik.” Aku bersuara mendatar. Akim bangun lalu memandang aku dengan renungan hening.
                        “Kenapa tak nak balik? Tak sayang keluarga? Kita hanya ada sepasang ibu bapa yang tiada gantinya sehingga akhirat kelak, bukan semua orang bernasib baik ada ibu-bapa yang penyayang. Aku hela nafas panjang dan aku lihat Akim bersungguh-sungguh meminta aku balik.
                        “Saya takut dan saya tak nak balik.”
                        “Kenapa? Boleh share dengan saya.” Aku terdiam dan tidak dapat meneruskan kata-kata ku. Aku tidak sanggup menyatakan tentang perkahwinan tanpa rela ku kepada Akim. Nampak sangat aku memang manusia tidak berguna. Bukankah soal jodoh itu kuasa Allah swt. Aku macam menolak takdir. Aku lihat Akim menarik nafas panjang.





Setelah memastikan nasi goreng bodoh ku terhidang, aku kembali masuk ke bilik. Ada satu perkara yang tiada siapa pun tahu, aku gemar menulis puisi. Aku akan menulis mengikut rasa hati, dan kadangkala aku larut dalam puisi-puisi yang aku anggap picisan dan sukar dimengertikan. Walaupun demikian, aku tetap suka walaupun aku sedar ia hanya tentang diri ku sendiri.

Hidup ini singkat...sekadar helaan nafas
buih-buih yang menghilang satu persatu
membolosi masa... sekadar kudratnya
saling mengalun angklung resah oleh ketidaksyukuran
berpusar pada satu titik... matlamat
resahnya aku... dihambat walang
menoleh oleh rasa yang ketinggalan
puing-puing yang tidak terkutip... yang tertinggal jauh
berkolek mencari dayung yang patah
akukah...kasih yang tertinggal
sekadar iradatNya jua
malai dalam keharuman... tarbiah dan juang yang tiada akhir
mohon..bimbinglah aku agar tidak tenggelam… Syarifah Aulia Rukiah aku menulis catatan ini pada sehelai kertas lalu aku carikkan kertas tersebut dan aku keronyokkan lalu membuangnya ke dalam tong sampah.




Aku termenung bila mengingatkan kata-kata Akim. Memang ada benarnya, tetapi aku tidak sanggup mendengar rayuan mak yang meminta aku balik. Paling aku takut ialah aku terpaksa menerima seorang pak haji sebagai suami. Eh! betulkah aku sudah berkahwin, jadi sekarang ini status aku isteri orang?. Ya Allah besarnya dosa ku, dosa kepada orang tua, dosa kepada suami yang langsung tidak ku hadap. Aku resah diperbaringan. Kenapa aku boleh mengambil tindakan sejauh ini?.