Sunday, February 23, 2014

Drift Cinta- Bab 1



Bab 1



Mamat ni memang betul-betul hendak kena, banyak sangat permintaannya, banyak sangat pesanannya. Kalau tidak yakin hendak menghantar kereta ke sini, baik jangan hantar. Dia ingat Lulu hairan sangat dengan Skyline dia, banyak lagi kereta hebat yang datang service ke sini. Macam-macam brand ada, malah Gaban iaitu best friend merangkap bos separuh masanya pernah repair Ferrary milik seorang gadis berbangsa cina. Baru ada Skyline buruk sudah macam ada jet peribadi. Tapi buruk ke? Warna merah darah tu bagi Lulu memang cukup mempesonakan, cuma perangai tuannya sahaja yang tidak cukup adab. Lulu bukannya hendak bersikap sinis, tetapi begitulah sikap kaum melayu. Kalau ada harta lebih sedikit, menunjuknya macam ada harta berjuta-juta. Kalau tidak takkanlah ada pepatah ‘biar papa asal bergaya’.
           

“Awak kena pastikan kereta saya ni hanya diservis oleh pakar sahaja, saya tak  nak budak-budak tak cukup umur ni usik kereta saya.”
“Maaf encik, di sini semua pekerja berusia lebih dua puluh tahun, tiada yang bawah umur.” Lulu masih bertahan melayani sikap angkuh lelaki itu.
Hesy awak ni slow lah, maksud saya... saya tak nak pekerja-pekerja amatur servis kereta saya.
“Di sini semua bertaraf pakar encik, kalau encik tidak yakin bolehlah dapat khidmat dari tempat lain.” Lulu masih lagi tersenyum menahan sabar dengan sikap jelek lelaki itu. Customer always right, dan sesilap mana pun dia, Lulu kena kata betul juga. Sebenarnya Lulu benci dengan falsafah ini!. Namun teori ilmu perniagaan tersebut kena juga diaplikasikan walaupun dengan rasa terpaksa.
“Nak berniaga budi bahasa kena sopan Kiah, cakap dengan customer kena lembut. Ni saya tengok awak lebih kasar dari lelaki..” Lelaki ini betul-betul boleh buat Lulu naik angin pasang, dia panggil nama Lulu Kiah!. Lulu terasa ingin sahaja membaling lelaki itu dengan spanar. Gigi dikertapnya rapat-rapat sambil memberikan jelingan tahap yang boleh merosakkan pundi hempedu yang memandangnya. Lelaki itu membalasnya sambil tersenyum, dan senyuman itu terasa bagaikan tongkang gula tumpah ke laut, walaupun manis namun tidak terasa ke hati Lulu.
“Nama saya Lulu.”
“Ada saya tanya?” Lelaki berlalu dengan selamba, grrrrrrrr Lulu rasa macam hendak  mengaum sekarang juga!. Dengan wajah selamba lelaki itu membuka peti sejuk lalu mengambil setin Coca-cola dan meneguknya sambil berdiri.
‘Urmm... kalau minum elok duduk encik, rasanya lembu je kot yang makan berdiri.’ Nah ambil kau, Lulu rasa ingin sahaja bagi sedas ayat-ayat bercili, namun dia cuma bercakap dalam hati sahajalah kerana budi bahasa kan amalan mulia. Lulu tidak mahu memalukan tuan  tempat dia bekerja walaupun bosnya itu bertaraf BFF kepada dia.


Setakat hendak menukarkan minyak pelincir dan filter Lulu pun tahu. Tengahari ini Gaban pergi ke kedai membeli makanan sedangkan Adie dengan Ramu pula masing-masing ada urusan peribadi dan mereka keluar sebentar. Di bengkel ini hanya ada Pachai yang bekerja sambilan di sini, muka Pachai pula memang macam wajah budak tidak pernah sekolah, sesiapa yang melihatpun tidak yakin dia mampu melakukan baik pulih kenderaan. Namun, kalaulah mereka tahu kepakaran Pachai, Lulu pasti mereka tidak akan meminta khidmat pekerja lain. Hanya Pachai dan Adie sahaja yang pernah ‘usik’ kereta Gaban dan kereta Lulu. Pekerja Gaban memang ramai, ada lapan orang kesemuanya tidak termasuk pekerja sambilannya seperti Lulu.


Lelaki itu telah beberapa kali melihat jam tangan. Mungkin dia terdesak hendak cepat agaknya.
            “Lambat lagi ke Kiah?” Lulu angkat bahu sambil mengelengkan kepala. Lelaki itu menyalakan rokok, namun cepat-cepat Lulu berdehem dan tunjukkan tanda larangan merokok. Namun dia buat muka selamba, terus menyedut rokok sehingga nampak berbara kuat di hujung puntung. Lulu cuak melihat gelagat tidak sopan itu, Lelaki ini betul-betul spesies yang ‘tidak makan saman’ agaknya. Setelah menunggu hampir setengah jam, Gaban masih belum juga pulang sedangkan lelaki itu nampak semakin gelisah. Lulu juga bertambah gelisah melihat lelaki itu yang gelisah, dan Lulu semakin resah bila selang dua minit lelaki bertanya soalan yang sama kepadanya.
“Lambat lagi ke Kiah!”


Setelah berfikir panjang, Lulu segera mencapai kelengkapan untuk menukarkan minyak pelincir serta filter dan set gasketnya sekali. Lulu sudah biasa melakukan kerja ini, tapi untuk keretanya sendiri sahajalah, kereta orang lain belum pernah lagi. Lelaki itu nampak teragak-agak bila Lulu meminta dia memilih minyak pelincir.
            “Awak ke yang nak servis?” Lulu angguk kepala dan Lulu nampak jelas dahi lelaki itu berkerut. Mungkin dia ingat Lulu hanya tahu bekerja di kaunter pembayaran sahaja agaknya.
            “Saya nak aligment sekali.” Lulu angguk juga kepala, kerana perkara itu bukan susahpun semuanya boleh dilakukan dengan bantuan komputer.
            “Pastikan kereta saya tidak calar dan terpalit minyak hitam.” Lulu angguk lagi sambil tersenyum.
            “Awak jangan usik kereta saya kalau tangan awak kotor.” Lulu hela nafas dan angguk lagi sambil mula membuka bonet kereta. Lelaki itu datang melihat Lulu bekerja, dan Lulu memang cukup pantang kalau kerja-kerjanya diperhatikan sampai begitu sekali. Kalau lelaki itu tidak yakin, dia telah mencadangkan dia hantar sahaja ke mana-mana kedai lain namun tidak pula lelaki itu berbuat demikian. Lelaki itu hampir kepada Lulu, cukup hampir sampai Lulu pula rasa tidak selesa. Tetapi dia terus juga bertahan supaya lelaki itu tidak perasan Lulu mula rasa ‘pelik’. Lulu segera mengeluarkan alat penyukat minyak pelincir dan melakukan pemeriksaan tahap kelikatan dan paras minyak. Dia segera berpaling ke arah lelaki itu kerana dia tahu, minyak ‘hitam’nya mungkin baru sahaja ditukar, jadi apa motif lelaki itu? Sudah kaya sangatkah hendak membazir menukar minyak lagi?. Lulu hela nafas panjang lalu menghembuskannya deras-deras...
            “Minyak hitam ni elok lagi encik, membazir je kalau ditukarkan.” Lelaki itu angkat bahu dan buat wajah selamba sambil bersandar pada pintu keretanya. Sekali lagi Lulu hela nafas panjang kerana riak wajah lelaki itu memang suruh Lulu tukarkan juga minyak pelincirnya. ‘Biarlah dia, duit dia bukan duit aku pun’!. Lulu bergumam sendiri.


Adie pulang sejurus selepas itu lalu menyambung kerja-kerja yang Lulu lakukan. Lulu segera menghela nafas panjang lalu kembali ke bilik khas tempat membuat pembayaran. Gaban juga kembali sejurus selepas itu dan kepulangan mereka benar-benar membuatkan Lulu berasa lega. Lega kerana tidak perlu berhadapan dengan mamat kerek dan berlagak ini. Sebelum beredar, Lulu lepaskan dulu segaris senyuman untuknya, bukan untuk menggoda, cuma ia sekadar layanan mesra peniaga kepada pelanggannya. Lelaki itu juga membalas senyumannya sambil angkat kening, tiba-tiba Lulu terrasa macam hatinya kena ragut dengan ganas, berdesup darah naik ke wajah.  Lelaki itu mengulum senyum melihat wajah Lulu yang memerah, dan Lulu pula cepat-cepat angkat kaki blah!


Lulu bekerja sambilan di tempat Gaban ini lantaran masih belum  mendapat pekerjaan yang sesuai dengan minatnya. Mungkin agak pelik seorang perempuan sepertnya boleh bekerja di bengkel kereta seperti ini. Namun inilah dunia Lulu, selain dari menyertai perlumbaan drift secara sambilan mengikut Gaban dan kawan-kawannya. Gaban merupakan jurulatih Lulu merangkap juruteknik, jururunding, jurutera, juruukur, jururawat dan segala macam juru kerana dialah tempat Lulu ‘bergantung hidup’ kala dia pokai. Jika tidak pokaipun Gaban tetap selalu ada untuk Lulu kerana mereka sudah macam adik beradik biarpun Gaban dan Lulu berlainan agama dan budaya.


Semua pekerja Gaban adalah kawan-kawan dia juga, dan mereka juga masing-masing ‘kaki libas’ merangkap kaki ‘bakar jalan’ yang sama-sama menyertai sukan formula D sebagai juruteknik Gaban. Namun demikian, Lulu sendiri tidak pasti apa peranannya dalam kumpulan ini kerana setiap kali berlumba, Lulu selalu ada jadi pom-pom girl atau jadi co-driver kepada Gaban. Mungkin Lulu tidak terkenal seperti Tizz Zaqyah, namun dia cukup tersohor dalam kalangan pelumba drift kerana ke mana-mana sahaja dia pergi, pasti ada yang bertanya dan bila Gaban datang masing-masing pula menikus tidak berani untuk lepas laku. Allah, dengan Gaban pun mereka hendak takut!. Kalau Lulu jegil mata, pasti Gaban mengalah. Jadi Lulu rasa, dia lebih hebat dari Gaban agaknya!. Lagipun cara Gaban mengawal Lulu buat sesiapa pun tidak berani hampir, kalau bukan Gabanpun, semua kawan-kawan Gaban sedia menurut perintah Lulu. Namun Lulu bukanlah jenis perempuan murahan atau bertaraf ‘cikaro’. Sebaliknya dia bagaikan mawar mekar yang tetap indah dikelilingi duri-duri tajam sehingga tiada sesiapapun mampu menyentuhnya.


            “Ban, esok wa tak ‘turun’ tau, ada interview.” Gaban angkat kepala, sejurus kemudian dia mengangguk.
            “Ada duit tak?” Lulu anggukkan kepala namun Gaban sudah menyeluk poket seluar bahagian belakangnya dan mengeluarkan dompet. Beberapa keping not berwarna ungu diserahkan kepada Lulu, namun Lulu hanya mengeleng.
            Wa ada duitlah.” Lulu menolak dengan baik.
            Ambiklah, mana tahu nak pakai. Kalau tak guna pun simpan lah buat belanja.” Lulu sambut wang itu dan menghela nafas tidak lama kemudian menghidupkan Viva kuningnya...
            “Cepat balik hari ni.”
            Wa letihlah, semalam tidur lewat.”
            “Melukislah tu!” Gaban pula tarik nafas lalu mengeleng-ngelengkan kepala. Lulu segera beredar kerana lagi lama dia di situ, pasti Gaban akan memberikan syarahan percuma sampai berdarah telinga Lulu menerima ‘jurus-jurus’ serangannya. Lelaki ini memang kurang bercakap, namun jika dia mengeluarkan bicaranya jarang orang dapat menyanggah. Setiap tindakannya adalah tepat, padat dan bernas sehinggakan kadang-kadang Gaban buat Lulu rasa sesak nafas.


            Esok Lulu akan menghadiri interview, rasanya masuk ini adalah interview Lulu yang ke lima untuk bulan ini sejak dia tamat dari dari kolej. Mungkin bidang kerja yang dipohonnya tidak bersesuaian dengan kelulusan, maka sehingga kini rezekinya untuk mendapatkan pekerjaan belum lagi sampai.

Sunday, February 16, 2014

Bodyguard From Taiping- Bab 10




Bab 10






Aku bertukar tempat dan jadi driver kepada Akim. Akim nampak tenang sahaja seolah-olah dia tidak membuat dosa dengan memasukkan gambar aksi-aksi seksinya kepada ku. Itu sudah kira melakukan gangguan seksual kot.
            “Lena tidur malam tadi?” Dia bagi soalan maut kepada ku. Aku angguk kepala tidak mahu menjawab, aku sengaja hendak tengok apakah motifnya letakkan gambar-gambar sebegitu, gambar-gambar dia sedang posing tanpa baju dan hanya berseluar jeans sahaja dan gambar dia berpeluh-peluh.
            “Saya dah padam gambar-gambar tu, buat semak je.”
            “Ok.” Dia menjawab sepatah lalu terus melayani gajetnya sedangkan aku terus berdiam diri.
            “Saya minta maaf ye.” Tiba-tiba sahaja dia minta maaf tanpa sebarang motif.
            “Kenapa?”
            “Sebab buat Aulia tak selesa. Saya hanya nak bergurau, lagipun bukan ada salahnya gambar-gambar tu.”
            “Panggil saya Rock ok… Rock.”
            “Ok Rock, maafkan saya boleh tak?” Aku telan air liur menahan rasa sebab aku nampak dia sangat jujur. Aku tengok di di cermin pandang belakang, walaupun hanya nampak mata sahaja tetapi aku tahu mata yang indah itu selalu melihat aku secara curi.



            “Akim dah kahwin, dah ada isteri janganlah buat perkara-perkara yang tak normal macam ni. Handphone tu ambillah balik, nanti dapat gaji saya beli handphone lain. Terima kasih sebab bagi saya, tapi saya tak boleh terima. Mahal sangat.” Aku bagi syarahan percuma pagi ini dan entah kenapa walaupun aku berkata benar tetapi hati ku pedih sangat. Aku bagaikan mengulum rasa… come on Rock, janganlah sampai jatuh cinta. Dia nampak gelisah dan meraup rambutnya ke belakang. Gajetnya di masukkan ke dalam beg dan dia terus bersandar memejamkan mata. Aku nampak halkumnya turun naik, entah kenapa aku terpandang ke situ. Bagi ku halkum lelaki memang cukup maskulin, abang ngah memang memiliki halkum yang menonjol, tetapi along punya leher macam leher perempuan. Aku rindu sangat kepada kedua-dua abang ku ini. Hari ini merupakan hari ke empat aku bekerja dengan Akim dan tinggal lagi enam hari sahaja sambutan majlis perkahwinan ku akan berlangsung.



Sebaik sahaja sampai, Airiel telah menunggu aku. Airiel bagi salam kepada Akim dan aku nampak Akim macam tidak senang aku rapat dengan Airiel. Airiel ceria kerana hari ini dia tidak perlu banyak melakukan penghantaran.  Kami terus ke pantry lantas makan nasi lemak bungkus yang dia bawa untuk ku. Lagipun masih awal dan masa kerja belum bermula. Kami makan berhadap-hadapan dan aku buatkan air untuk Airiel. Kami berbual riang dan aku boleh cakap lepas dengan Airiel. Airiel pun tidak suka sibuk hal orang, dia langsung tidak bertanya tentang Akim yang seksi di dalam rumah ku. Selesai sahaja makan, aku nampak Akim tercegat melihat aku dan Airiel dengan sorotan mata yang tajam. Wajah dia ketat, kalau longgarkan guna sepanar pun belum tentu boleh. Airiel minta diri keluar dan aku anggukkan kepala.



            “Ikut saya!” Akim bersuara tegas. Iskhh lain macam pula dia kali ini.
            “Kemana?”
            “Masuk bilik saya dan tolong kemas bilik saya sampai saya puas hati.” Fuh! Bukan itu kerja makcik cleaner ke?. Tetapi aku malas hendak membantah jadi aku ikut sahaja dia dan buat apa yang patut. Aku rasa tidak ada apa yang perlu dikemaskan dalam biliknya, semua nampak kemas dan rapi. Tapi Akim tidak benarkan aku keluar sebaliknya dia suruh aku kemaskan pula bilik solatnya dalam pejabat itu. Baru aku tahu, dalam bilik dia ada satu lagi bilik kecil yang tersembunyi siap dengan tandas dan bilik air sekali. Ada juga katil bujang yang cukup selesa kalau hendak berbaring-baring dan merehatkan diri. Aku kemaskan lagi bilik yang memang sudah kemas itu, segala-galanya dalam bilik itu cukup harum sampaikan tandasnya juga amat harum. Kalau begini aku sanggup tidur dalam tandas. Untungnya jadi orang kaya, serba-serbi selesa dan cantik. Aku segera keluar setelah berpuas hati  dengan kekemasan bilik tersebut. Akim sedang tekun menghadap laptop dan aku juga nampak dia sedang membaca fail yang berada di hadapannya. Aku menonong ke pintu untuk keluar…
            “Nak ke mana tu?” Purrrr berderau darah ku, dia ni betul-betul hendak kurung aku kah?.
            “Orang nak pi buat ayaq sat.” Keluar semula loghat Taiping ku.
            “Buatkan abang sekali.” Dia selamba berkata sambil menatap skrin laptopnya. Grrr aku rasa hendak gerudi telinga aku dalam-dalam kalau-kalaulah aku tersalah dengar.
            “Apa?”
            “Buatkan saya air yang macam awak selalu buat tu.” Oh! betullah aku salah dengar tadi, nasib baik kali ini lebih jelas. Kalau tidak harus aku kena cari driller untuk gerudi telinga aku ni sampai tembus sebelah lagi.
            “Saya keluar kejap ye cari donut.” Dia angguk kepala dan aku rasa macam hendak lompat bintang sebab seronok dapat keluar.



Aku gamit Airiel dan kebetulan memang waktu rehat. Aku keluar dengan Airiel tetapi kali ini kami agak tergesa-gesa sebab tidak mahu Akim tunggu lama. Sebenarnya aku bukan beli donut di tempat-tempat ekslusif pun tetapi aku hanya beli donut pada makcik yang berniaga di warung tepi jalan. Memang sedap donut makcik tu, donut Big Apple pun tak boleh menandingi lembut dan halusnya tekstur donut makcik ni.


Tiba-tiba sedang Airiel membuka dompet hendak membayar harga donut, meluru sebuah motorsikal terus merampas dompetnya. Aku pula bagaikan hero tamil terus mengambil tin susu makcik warung lantas mengejar dan membaling penunggang motorsikal tersebut. Meletup bunyi tin susu berlaga dengan helmet dan penunggang itu kehilangan imbangan lalu terbabas ke dalam longkang. Aku dan Airiel mengejar dan serta merta peragut itu terus menyepak aku tepat kena di dada. Senak rasanya sampai ke ulu hati, lantas aku bagi dia beberapa jurus taekwondo sehingga lelaki itu jatuh terduduk. Orang ramai berkerumun lalu menangkap lelaki itu.



            “Kau ok Rock, kau ok ke ni lain macam je rupa aku tengok.”
            “Aku oklah.”Aku menjawab ringkas walaupun dada ku sakit dan aku memang nampak muka Airiel betul-betul risaukan aku.
            Relak rr beb, cheq oklah yang hang muka macam bini bersalin tak lepaih ni apa kes?”  Aku berjalan perlahan dengan terbatuk-batuk kecil. Airiel nampak betul-betul risau sampai aku pula risau bila tengok muka dia yang ketat. Kami segera pulang ke pejabat dengan bungkusan donut. Aku hidangkan donut untuk Akim lantas terus ke bilik privacy Akim untuk menenangkan diri. Aku cuba bertahan dari batuk, lantas aku mengurungkan diri dalam bilik air. Dada aku terasa betul-betul sakit dan rasa penuh dan sempit. Aku tanggalkan kasut lalu berbaring atas lantai yang berkarpet. Entah bila aku tertidur pun aku tidak sedar, tahu-tahu sahaja aku terbaring di atas katil siap berselimut kain pelikat Akim. Ketika sedar aku lihat Akim sedang solat, dia berdoa dengan mata yang terpejam.




            “Dah ok ke atau sakit lagi.” Akim hampir lalu duduk di samping ku. Aku kekok sangat bila dia melihat aku berbaring begini.
            Iskhh cheq ok lah, mana ada sakit pun.”
            “Jangan tipu abang boleh tak?” Haila aku salah dengar lagi ke? Aku segera bangun dan tiba-tiba sahaja aku terbersin sehingga hidung ku terpercik darah lalu kena pada kain pelikat yang menyelimuti aku. Aku tengok muka Akim terus berubah.
            “Awak buat apa tadi, kenapa sampai macam ni?” Akim segera tanya aku bertalu-talu. Dia tarik selimut aku dan segera mengelapkan hidung ku dengan kain tersebut.
            Cheq pi beli donut lah.” Aku jawab ringkas sambil membiarkan dia tekun membelek hidung ku yang berdarah.
            “Ni kenapa baju kotor.” Dia sentuh dada ku…grrr aku vibrate  lantas terus menepis tangannya dengan kuat. Dia punya tangan lagi kuat, lantas dia tangkap tangan aku yang sedang menepis tangannya.
            “Saya bukan nak buat tak senonoh, kalau saya nak saya mintak izin awak dulu. Sekarang bagi tahu saya apa yang dah berlaku?” Akim nampak serius. Grrrrrrrr…aku rasa macam hendak kancing gigi bila dia kata hendak minta izin dulu… tapi dia hendak apa ye. Harap-harap aku salah faham dan tidak mahu menyangka yang bukan-bukan. Aku tergagap-gagap juga bercerita dengan Akim kisah yang berlaku digerai donut tadi. Akim menggigit bibir lantas menghela nafas panjang. Aku juga turut melakukan perkara yang sama, sebab aku lega dia tidak marah.



Petang itu Akim balik awal, dia membatalkan mesyuarat yang sepatutnya akan dia adakan. Entah kenapa aku pun tidak faham. Pukul tiga petang dia telah mengajak aku pulang. Dia terus ke rumahnya dan tidak menghantar aku balik terlebih dahulu. Aku pula mula rasa tidak sedap badan dan mual-mual. Mungkin kesan tendangan di dada yang siang tadi.
           “Malam ni tidur sini.” Dia bersuara tegas dan aku pula tidak sedap badan lalu malas hendak memandu pulang. Aku masuk ke bilik lantas terus membaringkan diri sebab aku betul-betul rasa tidak sihat. Dada aku terasa sempit dan penuh sampai aku jadi sesak nafas. Selepas solat asar aku mula kerap terbatuk-batuk tambahan pula dingin aircond membuatkan aku semakin sesak nafas. Akim pula hanya duduk di luar berhampiran dengan bilik ku sambil membuat kerja-kerja pejabatnya yang disambung di rumah.



            “Awak ok tak ni?” Tiba-tiba sahaja Akim terjongol depan pintu. Aku tiada perasaan untuk berbual dan hanya menganggukkan kepala. Entah kenapa tiba-tiba sahaja aku rasa semuanya bagaikan senget dan aku juga ikut senget ke tepi. Aku tidak sedar bila masanya Akim datang menerpa, tahu-tahu sahaja dia sedang memeluk di atas lengannya. Muka ku ditarik rapat ke dagunya dan dia nampak agak kalut. Walaupun aku rasa lemah dan tidak berdaya, namun aku dapat merasai geselan tunggul janggutnya yang mulai tumbuh agak kasar. Sakit pula pipi aku yang lembut ini.
            “Kita ke hospital.” Aku mengeleng namun dia terus membawa aku masuk ke kereta dan memandu dengan tergopoh gapah.



Sampai di hospital aku terus dikejarkan ke bahagian kecemasan. Macam-macam doktor buat dan pertama sekali aku di X-ray. Setelah pemeriksaan lanjut, doktor menyatakan paru-paru ku dikhuatiri mengandungi cecair yang mungkin sekali darah. Aku dimasukkan ke wad dan menerima rawatan yang intensif daripada beberapa orang doktor. Sepanjang malam Akim jaga aku, sedangkan aku sentiasa mamai akibat sedative yang diberikan oleh doktor.



Pagi ini aku tersedar dari tidur yang panjang dan tahu-tahu sahaja aku melihat satu makhluk keji yang selalu jadi rakan sepergaduhan ku sedang melingkar tidur di atas sofa bersebelahan dengan  Akim. Aku terus baling bantal kepadanya. Dia terkejut lalu menggenyeh-genyehkan mata.
            “Ngah awat mai sini?”
            Hang ok dak ni?”
            Haa la ok dah ni, aku ketawa perlahan lantas mencium tangannya. Angah gosok kepala ku sambil ketawa perlahan.”
            Hang ni saja buat orang risau, awat tengin sangat pi lawan budak jantan?”
            “Mana ada, cheq belasah perompak ja.”
            Huh kunun nak jadi hero lah, lembik macam cekodoq nak jadi hero.”
            Huh! dasar kojaq memang patut kena lah.” Aku pula membidas kata-kata abang ngah. Akim terpisat-pisat bangun dan kemudian dia merenung aku dengan tenang.
            “Dah ok ke?” Aku angguk kepala. Tetapi aku masih hairan bagaimana abang Ngah boleh sampai ke sini.



Doktor melakukan pemeriksaan lanjut setelah melihat aku semakin sihat. Rupa-rupanya bukan paru-paru aku yang berdarah tetapi hidung, bila aku terus bernafas menggunakan hidung  dan  tertidur dalam keadaan hidung yang berdarah ia masuk sedikit ke dalam paru-paru. Dulu pun hidung aku memang sering berdarah kalau panas, dan kesan tendangan ke dada hanya memberi impak kesakitan fizikal sahaja. Airiel nampak takut-takut dengan Akim ketika melawat aku. Kasihan pula aku pada Airiel dan kami berbual dengan keadaan yang amat terkawal. Tetapi aku memang nampak Airiel ambil berat sangat terhadap ku.




Akim dan abang Ngah keluar sebentar, dan tiba-tiba sahaja Airiel datang kembali. Rupa-rupanya dia ada bawakan aku bubur yang mak dia masak. Tetapi dia tidak berani hendak bagi kerana bimbang Akim marah, hairan aku kenapa dia takut sangat pada Akim. Bubur yang dia bawa nampak sedap sangat sampai aku benar-benar terliur.
            “Wow! Bestnya Riel, saya memang rindu masakan mak ni.”
            “Mak kirim salam kat Rock, dia ucapkan terima kasih sebab tolong saya.”
            “Mualaikum salam,hal kecil aje Riel.”
            “Aku suap ye.” Airiel menawarkan khidmat dan aku rasa memang mengada-ngada menganggukkan kepala. Airiel suap aku dengan perlahan dan penuh santun. Aku pun makan dengan tertib. Sopannya betul Airiel ni, mujurlah dia dengan aku sama umur, kalau tidak memang aku boleh jatuh cinta dengan dia. Wah! Rock berapa kali mau jatuh cinta daaa?. Tetapi aku memang banyak sangat falsafah untuk memilih lelaki, aku tidak suka lelaki sama umur dengan ku.
            “Awak kena cepat baik, dan boleh masuk kerja. Bosan Rock takde kat office” Dia bersuara tenang. Aku anggukkan kepala dan aku berjanji akan segera keluar, kalau boleh hari ini juga aku hendak balik.



Tiba-tiba abang ngah masuk dengan muka yang tidak mesra alam.
            Hang pasai pa ni, hamboi meghela sungguh aih men suap-suap bagai.
            “Cheq saja la ngah, bukan selalu pun.” Abang ngah tunjuk jari telunjuknya kepala ku sampai senget kena tunjal. Haila dia ni garang sangat kenapa.?
            “Maaf bang, saya yang nak suap dia, sian saya tengok tangannya ada jarum drip.” Airiel jadi lelaki budiman dan aku memang suka lelaki budiman. Aku tahu abang ngah memang pantang dengan orang yang mengalah ni, hatinya cepat sahaja lembut.
            “Lukhman dah bayar duit hospital, hang boleh keluaq sat gi. Tunggu nurse cabut jarum kita balik.” Abang ngah bersuara mendatar.
            “Mana dia?” Aku tanya abang ngah bila tidak nampak Akim di mana-mana.
            Pi sondol jalanlah, hangin.” Abang ngah menjawab ringkas. Haila kenapa pula dia naik angin, tidak ada ribut… tidak ada guruh tiba-tiba dia naik angin. Musykil aku dengan mamat seorang ini.



Airiel pulang sejurus mengemas-ngemas bekalan yang dibawanya. Aku pula berkemas-kemas untuk pulang. Jururawat mencabut jarum drip dari tangan ku dan Akim muncul sebaik sahaja Airiel keluar. Hairan aku, apa yang tidak kena dengan Airiel dan Akim ni, macam musang dengan ayam pula.

Saturday, February 8, 2014

Bodyguard From Taiping- Bab 9



Bab 9




            Posto posto!” Airiel datang membawakan bungkusan untuk ku. Wah bagusnya baru masuk tiga hari bekerja aku sudah menerima bungkusan hadiah siap dengan coklat sekali. Aku tersenyum namun penuh dengan tandatanya. Makhluk mana pula yang bagi aku hadiah tengahari celik ni?.
            Sapa bagi ni?” Airiel angkat bahu tanda tidak tahu, namun dia nampak teruja hendak tahu isi bungkusan tersebut. Aku buka dengan sedikit menggigil, lagipun nama yang tertulis diluar nama penuh ku, musykil aku bila ada yang tahu nama penuh ku. Entah-entah Akim sudah bocor rahsia aku kat kampung dan ini bungkusan dari kampung, silap-silap kad jemputan yang minta aku edarkan. Aku rasa macam hendak hantuk kepala ke dinding bila menyangka yang bukan-bukan.



            “Wow I-phone 5S!” terbeliak mata Airiel dan mata aku juga. Kami membelek-belek kartu tanpa nama pengirim itu. Aku mula rasa tidak sedap hati bila menerima hadiah mahal begini.
            Hang ka yang bagi Riel?” Aku serkap jarang.
            “Kau ni agak-agaklah, jenuh aku nak kumpul duit beli handphone macam ni.”
            “Habis tu sapa bagi?” Airiel angkat bahu tanda tidak tahu. Aku mula hilang mood dan dilanda persoalan.
            Onlah dulu.” Airiel mengemukakan cadangan, tapi aku menolak. Aku kena tahu siapa pengirimnya baru aku berani hendak menggunakan barang yang dia bagi.





Entah kenapa sekarang ni aku tengok Airiel mula sibuk semacam. Ada sahaja barang yang di kena hantar sehingga dia jarang masuk ke office. Bosan juga aku kalau dia tiada, lantas aku mengemas-ngemas pantry dan apa yang patut. Selepas menghantar bungkusan untuk aku tadi dan berbual ala-kadar dia terus keluar dan tidak masuk-masuk lagi. Aku tanya Nelly kenapa Airiel sibuk sangat, Nelly kata dato arahkan Airiel buat kerja despact dan peon sekaligus menggantikan staf yang ditukarkan kebahagian stor serta merta. Kasihan pula aku tengok Airiel yang nampak kelam kabut dan agak letih.  Macam kejam pula dato Lukman ni, heyss! bila sebut nama dato Lukhman aku rasa meremang sebab teringatkan suami ku. Aku gelengkan kepala tanda protes, handphone itu aku tinggalkan dalam kereta sementara aku tolong buatkan kerja-kerja Airiel di pejabat.



Baru aku perasan, ramai yang sedar keberadaan aku di pejabat itu selain Airiel dan Nelly. Ramai juga menegur aku dan meminta aku tolong itu dan ini. Aku tidak kisah, walaupun aku tahu itu bukan bidang kerja ku, waktu rehat aku gantikan receptionist, waktu tidak rehat aku gantikan tempat Airiel, namun aku sudah tidak lagi bosan dan makan gaji buta.  Akim pun macam sibuk sahaja, aku malas hendak mengganggu dia.
            “Hai tak nak balik lagi ke?” Tiba-tiba sahaja ada seorang pemuda menegur ku. Aku segera menoleh dan tengok muka dia, aku angkat kening. Wow! boleh tahan kacak jugak dia tetapi tidak sekacak Akim dan tidak semanis Airiel.
            “Oh, saya tunggu bos balik. Saya ni bodyguard dia.” Aku menjawab jujur. Bila aku sebut bodyguard ketara wajah lelaki itu berubah dan dia tersenyum sinis.
            Bodyguard dato? Bodyguard ke apa? Dengarnya duduk sekali dengan dato… untunglah awak ye. Psstt kalau saya ada peluang, boleh saya try main dengan awak jugak ye?” Lelaki itu berbisik kepada ku.
            “Oh nak main, boleh je datang lah rumah.” Aku menjawab lurus dan lelaki itu nampak teruja bila aku pelawa datang ke rumah. Tapi permainan apa yang ada di rumah ku, takkan hendak main batu seremban? Tetapi kalau main congkak pun best juga, atau main Dam Haji lagi best sebab aku memang pakar Dam Haji. Kalau lawan dengan abang ngah dia jarang sekali menang, dan kalau menang pun semata-mata atas ihsan aku mengalahkan diri. Tiba-tiba aku sentap sendiri kenapalah dam haji bukan dam yang lain. Sebab perkataan haji ini buat aku rasa alergik.



Lewat petang baru Akim keluar dari biliknya. Aku bawakan briefcasenya dan ketika aku dan Akim lalu ke hendak keluar, memang pejabat telah sunyi sepi. Hanya ada aku dengan dia. Agak kekok pula rasanya bila dia sengaja berjalan beriringan dengan ku. Masuk ke dalam lif terdapat beberapa pekerja asing yang mencuci yang bertugas sebagai pengawal di waktu malam. Akim tarik aku rapat kepadanya, aku hanya ikut kerana aku sedar pekerja-pekerja itu melihat aku dengan pandangan yang aneh. Aku tidak sedar, Akim menggenggam tangan ku malah jari kami berselisih saling menggenggam. Aku tidak pasti dia sedar ataupun tidak, namun aku tarik tangan ku perlahan-lahan tapi dia menggenggam dengan kemas dan dada ku naik lemas. Aku lemas di daratan dan aku inginkan pelampung untuk merenangi lautan yang bergelora ini. Abah tolong Rock bah! Rock kelemasan!. Sebaik sahaja kami keluar dari lif dia masih memegang tangan ku sedangkan aku sudah kecut perut rasa hendak buang air kecil.


            “Kim… Kim lepaih buleh tak? Cheq ngasa nak kencing sat.” Nah aku betul-betul panik dengan loghat aku yang cukup kental ini. Dia angkat kening, dan matanya betul-betul buat aku rasa senak.
            “Jamban mana jamban! Aku kelam kabut mencari tandas di kawasan pakir tersebut. Akim tunjukkan aku tempat tandas, waktu-waktu begini kawasan pakir agak lengang dan hanya terdapat pekerja-pekerja asing yang menjaga kawasan di bawah ini. Aku rasa cuak bila yang menjaga depan tandas juga beberapa pekerja asing dan mereka adalah lelaki. Aku masuk juga kerana aku memang hendak terkucil.



Sebaik sahaja selesai menunaikan hajat, aku segera keluar namun tiba tiba aku di tarik semula ke dalam secara paksa. Dua orang pekerja asing telah sedia menunggu sedangkan seorang lagi yang menarik aku ke dalam. Aku mula menghidu sesuatu yang tidak baik akan berlaku. Aku segera berlari keluar untuk melepaskan diri, namun tiba-tiba aku dipeluk dari belakang. Aku meronta dan mula membuka jurus taekwondo ku. Aku berjaya melepaskan tendangan demi tendangan kepada mereka, namun tiba-tiba sahaja salah seorang daripada mereka berjaya menarik kaki ku lantas kaki ku di tarik sehingga aku jatuh terlentang. Ya Allah! sakitnya kepala aku terhentak di atas lantai. Berpinar pandangan ku sampaikan aku rasa otak ku bagaikan mengalami gegaran. Aku pusingkan tubuh lalu membuat tendangan dengan menggunakan kedua-dua belah kaki sehingga menyebabkan lelaki itu terbentur ke dinding. Baru aku hendak bangun aku ditangkap lagi. Ini memang sudah lebih, aku hilang pertimbangan, judo entah ke mana, taekwondo entah kemana aku gunakan silat gigi yang warisi sejak pertama kali tumbuh gigi susu lagi. Aku gigit sekuat-kuat hati lengan lelaki itu sehingga dia menjerit sekuat-kuatnya. Aku rasa gigiku bagaikan terbenanm dalam lengan hitam legamnya. Aku tidak peduli, janji aku di lepaskan. Namun tiba-tiba sahaja sebelah lagi tangannya cuba menampar ku tetapi aku mengelak dengan bertahan menggunakan kepala. Bertalu-talu dia memukul kepala ku dengan sebelah tangannya sementara sebelah lagi lengannya di gigi aku. Kawan-kawannya cuba menolong dengan menarik aku jauh dari lelaki itu.



Tiba-tiba lelaki-lelaki itu masing-masing terbentur ke dinding dan ada yang jatuh terlentang. Aku segera melepaskan gigitan dan aku tengok… phergh!! Akim menghambur bagaikan panglima perang Mortal Combat, rebah rempah pekerja-pekerja itu lari sambil meminta ampun. Satu persatu kena tendangan sampai ada yang jatuh tersungkur dengan mulut berlumuran darah. Aku rasa pasti ada yang tertelan gigi sendiri. Akim segera tarik tangan aku lantas memeluk aku dengan erat. Aku tegun bagaikan arca batu, entah betul ataupun khayalan aku rasa dia mengucup kepala ku. Aku telan air liur, nampaknya posisi sudah bertukar dia pula yang jadi bodyguard aku, tetapi berapakah gaji yang aku harus bayar?.



            “Lepaskan saya.” Aku tolak tubuhnya. Dia segera melepaskan aku. Uwekkkk aku hampir termuntah bila teringat lengan yang ku gigit, entah-entah beberapa hari lelaki itu tidak mandi.
            “Kita balik.” Akim tarik tangan aku. Aku angguk kepala, tapi kali ini dia pula yang jadi driver atas kerelaannya sendiri.
            “Singgah di rumah saya dulu, nanti lepas solat kita makan sama, baru awak balik ke rumah.” Akim memberikan arahan.
            “Telekung saya ada kat rumah.”Aku menjawab jujur.
            “Habis, waktu kerja awak tak solat?”
            “Solat je, saya gunakan telekung surau.” Hairan aku, walaupun dia amat menjaga solat tetapi dengan aku siap peluk dan pegang tangan lagi. Pelik sungguh dia ini. Kami menghala ke rumah aku dan dia ikut pula aku masuk ke rumah walaupun puas aku mengelak.



            “Pinjam tuala, saya nak mandi.” Haih macam-macam pula mamat ni. Aku bagi dia pinjam tuala aku yang baru sahaja aku pakai kerana sehelai lagi aku sedang rendam dalam besen untuk di cuci. Dia kata dia tidak kisah berkongsi asalkan dia boleh mandi dan ingin solat sekali dengan ku. Termenung aku dengan undang-undang dia ni, solat dijaga tetapi masuk dan tumpang mandi di rumah bukan mahram. Ironi pula dengan sikapnya yang nampak macam warak, disebaliknya dengan aku dia main langgar sahaja perkara-perkara mengenai batas hubungan lelaki dan perempuan.



.Kelentang kelentung aku di dapur menyediakan masakan ringkas untuk dia dan aku sebagai alas perut.
            “Aulia, pinjam t’shirt.” Tiba-tiba ada suara menyapa aku dari belakang. Grrrr… tiba-tiba aku rasa hendak gigit sudip yang sedang panas itu, dia buat aku rasa hendak menerpa bilik air sekali lagi. Adakah patut dia hanya bertuala yang sengaja diikat di bawah pusat sehingga mempamerkan unsur-unsur yang langsung tidak wajar ku lihat dengan mata suci ku ini. Aku telan air liur berkali-kali dan entah kenapa aku rasa muka ku berbahang dan aku juga nampak dia macam tersenyum melihat aku yang mengepit lutut hendak terbuang air kecil. Rock bertahanlah, tabahlah hati mu menghadapi onak dan duri ini.


Tergopoh gapah aku angkat karipap segera yang sedang ku goreng. Lantas aku masuk ke bilik mencari t’shirt dengan tergesa-gesa.
            “Ada ke?” Aku yang sedang terbongkok-bongkok menggelidah beg yang belum sempat berkemas segera terbangun mendadak. Aku rasa hendak tumbuk perut dan dada dia yang nampak kekar dan berbayang petak-petak itu. Aku gigit tali beg tanpa diiringi rasa waras. Memang aku rasa tahap kewarasan semakin menghilang bila melihat dia tersenyum sambil sengaja pula mengangkat-angkat keningnya gaya ‘penari tiang’. Haila aku rasa macam hendak sudipkan sahaja kening dia biar dia tiada kening. Tiba-tiba aku terbayang kalaulah dia tiada kening pasti sudah rupa makhluk asing.

            “Kenapa ni, dia hampir lalu menyelak sebelah rambut ku yang menutupi  telinga. Grrrr… aku rasa nak hantuk kepala ke dinding sekarang juga kalau dia tidak segera keluar, biarlah aku mati syahid mempertahan maruah ku yang suci. Dia tersenyum dan tenung mata aku dalam-dalam sehingga aku nampak bayangan aku ada dalam matanya. Akim semakin mendekat dan mendekat, wajah aku semakin membesar dalam matanya yang jernih dan berwarna coklat gelap. Ya Allah, makhluk apakah yang kau kirimkan dihadapan ku ini, aku rasa sebahagian tubuhku semakin mengebas dan jantungku seakan ingin meletup menahan rasa. Akim sentuh bibir ku dengan jarinya…
            “Auuuchommmmmm!!!” Aku terbersin dengan kuat sehingga menyemburkan perkara yang tidak wajar tersembur di hadapannya. Tiba-tiba…
            “Assalamualaikum.” Ada suara memberi salam di luar. Aku segera menerpa lalu  membuka pintu. Terpampang Airiel dengan nasi bungkusnya dan aku nampak matanya sedang terbeliak bagaikan ternampak hantu jembalang. Aku segera menoleh, dan aku rasa hendak hantuk sahaja kepala mamat ni  ke dinding, adakah patut dia ikut aku ke pintu dengan keadaan yang seksi begitu.
            Mm..maaf ddato… maf ..maf kan saya.” Punyalah Airiel gagap sampai maaf pun jadi maf sahaja. Setelah menyerahkan nasi bungkus dia segera beredar, nasi bungkus ada dua dan aku pasti nasi itu untuk aku dengan dia.



Ketika Akim mengimamkan solat, aku tahu ilmu agama Akim bukan calang-calang kerana bacaannya dalam solat cukup baik tajwid dan mahrajnya. Sampaikan aku rasa setiap bacaannya benar-benar masuk ke hati. Usai solat dia memanjatkan doa dengan penuh khusyuk…

 
"Wahai Tuhan kami, anugerahkan kepada kami pasangan-pasangan
dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya,
dan jadikanlah kami imam / ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa.
Ya Allah....
Jadikanlah pasangan kami...
Pembantu kami dalam melakukan ketaatan kepada-Mu...
Kekalkanlah kasih sayang kami hingga ke syurga-Mu...
Tunjukilah kami jalan keluar ....
Terhadap masalah-masalah yang kami hadapi ....
Hanya kepadaMu tempat kami mengadu ...
Engkau Maha Berkuasa membuka hati-hati manusia...
Jadikanlah anak-anak kami zuriat yang soleh...
Lembutkanlah hati-hati mereka ...
Masukkanlah Nuur HidayahMu ke dalam hati mereka...
Ya Allah ,
Ampunilah dosa kami di atas kelalaian kami dalam mendidik mereka mengenali-Mu...
Jauhkanlah mereka daripada pengaruh-pengaruh...
Yang merosakkan akhlak dan aqidah mereka...
Jauhkanlah mereka daripada kawan-kawan yang jahat ...
Kurniakanlah kami kekuatan untuk terus menasihati dan mendoakan mereka ...
Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa menunaikan solat ...
Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa ringan melakukan ketaatan kepada-Mu ...
Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa mendoakan kami ketika kami berada di dalam kubur...."


Akim memejamkan mata saat melafazkan bait-bait doanya dan aku pula meng’amin’kan dan doa itu biarpun ia kedengaran agak aneh dan janggal. Bermula dengan bacaan doa dalam bahasa Arab dan bila dia melafazkannya dalam bahasa Melayu baru aku sedar doa itu mungkin sekali hanya untuk dirinya dan isterinya. Tetapi aku ‘amin’kan juga sebab aku memang hendak dia bahagia.



            “Nanti ajak Airiel keluar makan sekali dengan kita.” Dia menawarkan aku untuk mempelawa Airiel, cepat-cepat aku pergi ke rumah Airiel dengan telekung sekali. Aduhai kenapalah aku ni ni sengal sangat, sepatutnya aku bukalah dulu. Airiel tidak banyak komen bersetuju sahaja dengan pelawaan aku. Namun dia meminta untuk membawa kenderaan sendiri.



Akim bawa kami makan di hotel. Airiel pula nampak keletihan dan tidak banyak cakap. Bila pulang semula, aku menyuarakan rasa tidak puas hati ku terhadap beban kerja Airiel.
            “Kenapa suruh Airiel buat dua kerja?”
            “Mana ada dua, kan kerja dia awak dah tolong buatkan, biarlah dia buat kerja lain.
            “Habis tu macam mana pulak kerja tempat mat despatch tu?”
“Dia pun dah ada bahagian dia.”
“ Kesianlah Airiel, letih sangat nampaknya dia tu.”
“Lelaki kena kerja kuat untuk maju, yang awak sibukkan Airiel ni kenapa? Suka kat Airiel ke?”
“Suka, dia baik.” Aku berterus terang dengan  Akim dan serta merta dia tekan brek kecemasan sampai terbelahak aku tercekik air liur sendiri. Nasib baik di belakang tidak ada kereta, kalau tidak sejarah pasti berulang. Tiba-tiba Akim jadi serius dan terus berdiam sehinggalah kami sampai.



Handphone tu jangan lupa charge dan on.”  Akim mengingatkan aku dengan nada yang tegas. Baru aku teringat semula tentang handphone itu. Sebaik sahaja memastikan aku sampai ke rumah barulah dia pulang semula. Maksudnya esok dia yang akan ambil aku untuk ke pejabat. Selepas selesai solat aku bergolek-golek di ruang tamu lantas mencapai handphone yang baru aku terima siang tadi. Aku tekan butang on, dan beberapa detik kemudian terpampang wajah dia sedang tersenyum, wajah yang sama menjadi wallpaper pada skrin telefonnya. Bergetar hati ku, sahlah hadiah ini dari Akim dan dia ini sengaja menguji keimanan ku dengan gambar-gambarnya.



Entah kenapa, aku rasa sampai lenguh tersenyum dan tersengih melihat wajahnya di skrin telefon. Rupa-rupanya bukan satu malah lima lagi gambar dia telah dimasukkan siap-siap dalam telefon dan kesemuanya gambar yang boleh membengkakkan bola mata ku, jadi aku ambil keputusan tidak sanggup hendak tengok sebab aku takut esok mata ku ketumbit.