Bab 3
Baju Akim gedoboh pada ku. Seluarnya juga amat panjang
sampai aku terpaksa membuat beberapa kali gulungan. Nasib baik aku pakai baju
lengan pendek, tetapi jeansnya memang panjang. Aku geli hati melihat wajah ku
memakai pakaian dia. Rambut ku yang agak panjang aku buat ‘tocang lipan’. Aku
nampak ada topi merah dalam almari bilik yang aku huni, aku ambil dan pakai.
Sekali tengok memang aku macam budak nakal, tapi aku baik sebenarnya.
Terkebil-kebil Akim memandang aku yang sedang memakai
pakaiannya. Amat kontra sekali dengan
dia yang berpakaian kemeja dan slack hitam.
Aku hanya tersengih memandang dia yang melihat aku tidak berkelip mata.
“Jom.”
Aku bagi dia isyarat untuk keluar. Dia angguk kepala sambil menghela nafas
panjang.
“Allamak! Kereta apa ni?”
“Kenapa
pulak.”
“Pasaipa terkalih?”
“Mana
ada terbalik atau terkalih, betul lah
ni!”
“Aduilahhhh….
Tak da gheta lain ka?”
“Sekarang
awak boleh bawak ke tak boleh?” Aku gelengkan kepala berkali-kali sambil
menghela nafas panjang.
“Proton
Saga tak da ka?” Kali ini Akim pula
tarik nafas panjang. Aku terus berpusing mengelilingi kereta tersebut, sambil
mengelus-ngelusnya. Cukup cantik, aku tidak pernah tengok kereta secantik ini.
Bagi aku, reka bentuk kereta ini amat sempurna dengan warna yang juga amat
sempurna. Warna hitam di luar dan bahagian dalamnya cukup elegan dengan warna
hazel. Aku melihat jenamanya Porsche Cayenne. Gulp! aku telan air liur, betul
ke depan aku ni kereta Porsche?
“Ini
ke kereta malam tadi tu?” Akim mengangguk.
“Fuiiyowww, exzos ada empat lah, ni empat
empat ke keluar asap?” Akim tersenyum dan menganggukkan kepala.
“Saya
ingat awak bawak kereta Ixora atau CRV.” Akim tersenyum melihat gelagat ku. Aku pula menarik nafas sedalam-dalamnya.
Pertama kali melihat dan memandu kereta dengan tempat
pemandu di sebelah kiri. Kekok! Memang kekok tetapi Akim macam percaya penuh
menyerahkan nyawanya kepada ku. Aku memandu dengan penuh rasa takjup. Porsche
meluncur, kaki ku tidak terasa menekan throttle,
selesa dan amat berbeza dengan proton saga 1.3 milik abang ngah yang aku selalu
curi bawa. Itupun kedekutnya separuh nyawa, kalau aku minta untuk bawa secara
baik macam-macam syarat dia beri. Kalau along lagilah macam haji bakhil, baru
ada kereta Gen-2 macam ada kereta BMW. Walaupun abang Ngah kedekut, aku selalu
sahaja curi bawa, dan dia sampai tak sanggup nak membebel lagi sebab mak mesti
akan menyokong aku. Kereta abah pula berjenama Waja, kami semua pecinta kereta
buatan Malaysia. Itupun sudah cukup gah di kampung ku. Lagipun itu sahaja yang
kami mampu.
Jalan jem benar-benar membuatkan aku cuak, mujurlah
kereta ini selesa. Akim kelihatan tenang sahaja dengan gajetnya. Sesekali dia
memanggungkan kepala bila aku mula laju. Aku faham, lalu memperlahankan
kenderaan. Destinasi kami ialah KLCC, Akim kata pejabatnya di sana. Aku ikut
sahaja arahan yang diberikan. Akim ada lot parking sendiri jadi tidak susah aku
hendak mencari tempat parkir.
“Tunggu
saya habis kerja, nanti kita shopping baju
awak.” Aku angguk kepala bersetuju.
“Tapi
saya kena tunggu kat kereta ni ke?” Dia tersenyum lantas menghulurkan briefcasenya kepada ku.
“Kan bodyguard saya, so bodyguard kena lah ikut bos.”
“Baik
bos!” Aku tidak lagi memanggilnya dengan nama.
“Panggil
saya Akim.” Dia angkat kening aku pula menganggukkan kepala. Seronok pula bila
boleh panggil bos dengan nama sahaja.
Wow! Masuk sahaja ke dalam
pejabatnya aku bagai rusa masuk kampung. Seorang perempuan rugged dengan topi merah, membawa briefcase bosnya yang kacak bergaya bagaikan seorang model catwalk, semua memandang aku dengan
renungan pelik. Apa yang pelik sangat, takkan mereka tidak pernah tengok
perempuan pakai jeans besar dan labuh atau takkan mereka tidak pernah tengok
perempuan pakai t’shirt lelaki. Aku mengekori Akim masuk ke bilik pejabatnya,
lantas meletakkan briefcasenya di
tempat duduk. Buntu aku kalau terpaksa menunggu dia balik. Sekarang baru pukul
tiga petang, kalau dia balik lewat maka lewat jugalah aku terpaksa balik.
“Saya
nak kena buat apa ni?”
“Buatlah
apa sahaja asalkan awak suka.”
“Saya
keluar jalan-jalan ye, nanti saya datang balik.” Akim mengangguk.
“Jangan
jauh-jauh, nanti sesat.”
“Aik, saya bodyguard ke awak yang bodyguard?”
Aku kenyitkan mata kepadanya. Dia minta aku tunggu dan memberikan aku not
RM100. Bagi ku ia gaji pendahuluan.
Aku tidak tahu hendak ke mana di KLCC ini. Semuanya
mahal sampai harganya tidak masuk akal. Agaknya inilah yang dinamakan taraf
hidup, apa yang hebat sangat dengan KLCC aku pun tidak tahu. Bagi ku yang sudah
terbiasa dengan pasar malam ini, KLCC bukan idaman ku untuk mencari
keseronokkan. Aku pulang semua ke pejabat Akim setelah puas merayau.
“I
tak suka you angkut pompuan masuk rumah kita!”
“Mana
rumah you, itu rumah I ok!”
“Macam
mana I nak jawab kat Mikhael kalau dia tahu di rumah daddynya ada perempuan lain,
perempuan selekeh yang entah datang dari mana.”
“Jangan
nak babitkan Mikha dalam hal ini, I dah sediakan you tempat tinggal, I bagi you
nafkah yang cukup. You nak apa lagi
Lynn?”
“I want you Lukhman! Give me one more chance please.”
“No Lynn, there is no chance for you. I dah bagi you banyak masa, but you choose the wrong way.”
“Come
on Lukhman, semua orang buat silap. Please
demi Mikha, demi anak kita.”
“Cukup Lynn, cukup!” Aku dengar
suara Akim bertengkar dengan seseorang. Aku mula bimbang hendak masuk kerana
mungkin sahaja aku mengganggu mereka. Tapi siapa Lynn? Siapa pula Mikha?.
Kakitangan encik
Akim masing-masing memandang aku yang terkulat-kulat di luar pintu pejabat.
Tiba-tiba baru aku perasan, di luar pintu pejabat tertulis nama Dato
Lukhman Hakimi. Allamak! Takkan dia dah jadi dato kot? Ini bukan pejabat dia, tapi pejabat ayah dia.
Tapi kan nama dia Lukhman Hakimi! Aku tanggalkan topi lalu tengok betul-betul.
Betullah apa yang aku baca, memang nama Dato Lukhman Hakimi terpampang di depan
pintu. Nasib baik tidak ada haji, kalau ada haji macam familiar pula nama itu.
“Hai, saya Nelly.” Tiba-tiba sahaja
ada seorang gadis berkebaya pendek dan bertudung datang menghampiri ku.
“Oh hai, saya Rock aka Rukiah binti
Izhar.” Sedapnya nama dia macam nama pelakon.
“Oh Rukiah…” Perempuan itu nampak
tersenyum-senyum menyebut nama ku. Hello nama anakanda rasullulah pun Rukiah
tahu! Abah letak nama ku Rukiah sempena nama anak rasullulah. Aku langsung
tidak malu dengan nama ini malah bangga kerana aku masih mewarisi nama melayu
klasik. Nelly meninggalkan aku bila melihat aku merenung dia ke atas sampai ke
bawah. Aku jauh lagi tinggi dari dia meskipun hanya memakai kasut leper. Aku
seluk poket lalu bersandar di pintu bilik Akim, tidak sampai hati aku hendak
masuk. Mungkin kalau aku masuk kurang sesuai.
Seorang pemuda tiba-tiba menawarkan kerusi kepada ku.
“Hai! saya Airiel, duduklah.” Wah
baiknya budi bahasa budak ni, anak siapa lah agaknya. Airiel seorang pemuda
sederhana yang berkerja sebagai ‘budak pejabat’ ditempat Akim. Aku dapat
melihat wajah jernihnya bila dia tersenyum. Aku menumpang di meja Akim yang
terletak tidak jauh dari bilik Akim.
“Panggil saya Rock.” Aku cuba
memaniskan muka semanis-manisnya kerana Airiel sentiasa tersenyum dari tadi.
“Airiel nampak Rock datang dengan
dato Lukhman tadi, erkk kerja dengan
Dato ke?” Wah!betullah Akim ni dato,
untunglah muda-muda dah ada pangkat dato.
“A’ah
jadi bodyguard Akim.” Aku menjawab
selamba.
“Akim?” Aku sedar mungkin aku silap
sebut.
“Dato Lukhman.” Aku menjawab separuh
hati kerana alergik dengan nama Lukhman.
“Bodyguard?”
Aku lihat Airiel senyum meleret bila aku sebut bodyguard.
“Yess
I’m bodyguard from Taping… ada masalah ke? Aku tengok Airiel melongo dengar
aku speaking, sebenarnya hanya itu
sahaja ayat yang aku tahu pun. Itupun setelah beberapa kali cuba hendak menyebutnya,
berbelit juga lidah ku. Aku dengan Akim
berbual panjang, dia menyediakan aku
secawan kopi 3 in 1 yang langsung tidak sedap di minum. Kalau di kampung
aku mesti tambahkan sedikit lagi susu supaya rasanya lebih enak.
“Riel ada lagi tak air ni?”
“Ada, nak lagi ke.” Aku gelengkan
kepala tapi meminta Airiel menunjukkan aku tempat untuk membuat air. Dia
menunjukkan aku pantry tempat mereka minum-minum dan membancuh air. Tiba-tiba
aku teringatkan Akim. Aku terpandang juga milo 3in1. Aku rasa mesti Akim stress jadi aku bancuhkan dia satu mug
milo panas yang telah aku ubahsuai sedikit mengikut selera aku. Aku tambahkan
sedikit cappuchino dalam milo tersebut dan dimasukkan sedikit susu pekat. Wah!
Memang sedap tahap boleh menjulingkan biji mata. Aku juga sediakan beberapa keping
biskut yang ada di pantry itu, lantaklah siapa punya. Dia bos maka kalau ada
sesiapa yang mintak ganti nanti aku akan claim
dari dia sahaja. Airiel tengok sahaja apa yang aku buat, kasihan pula aku,
lantas aku buatkan dia secawan. Melambung-lambung dia puji, memang aku pakar
bancuh air di rumah. Abah lebih suka aku yang bancuh air berbanding mak, abah
kata mak bancuh manis sangat tahap boleh kena potong kaki. Ayat abah memang
tidak boleh tahan, cair otak mendengarnya.
Aku tolak pintu bilik Akim, aku lihat dia sedang
berdiri dengan tangannya ditekap di atas meja. Dia nampak terkejut, wanita yang
berada didepannya juga terkejut melihat aku masuk. Aku lagi terkejut melihat
cara berpakaian wanita itu. Allamak!
Skirt ketatnya tahap boleh membuatkan bola mata aku merekah. Serta merta aku
bersiul…phewwittttttt! Aku terlopong.
Kaki wanita itu punyalah panjang dengan kasut tinggi tahap boleh dipacakkan
buat tukal untuk tanam jagung. Putih melepak macam ‘mem saleh’, lipstick
warna oren dan baju yang juga sendat. Haila
macam manalah dia ni hendak bernafas dengan baju sesendat ini.
“Ini yang you kata PA you?
Huh! langsung tak sophisticated. You
betul-betul tak de taste Lukhman.
Tengokpun I rasa loya, selekeh
sangat!. Wait! Dia pakai baju you yang I belikan, you melampau
Lukhman!” Argh sudah! Drama apa pula
kali ini, aku pun terbabit sekali. Perempuan itu mengelilingi aku yang sedang
memegang mug berisi air milo yang mungkin sahaja telah suam. Aku tengok Akim
tenang memandang ku. Tiba-tiba wanita itu terus menepis air yang sedang ku
pegang sehingga menyebabkan mug yang aku letakkan di atas piring jatuh.
Serta-merta juga tindakan reflex aku
berlaku, aku menyambut mug tersebut dengan hanya sedikit kocakan. Aksi ala
kungfu berlaku dengan amat spontan sehingga aku juga tidak menyangka ia boleh
berlaku. Fuh! Lega cuma tangan aku terkena air milo panas, walaupun sedikit,
tetapi perit juga. Wanita itu nampak terperanjat dengan aksi aku sedangkan Akim
angkat kening dan tersenyum. Tiba-tiba aku rasa hendak hantuk mug ke kepala
bila melihat senyuman dia. Rasanya senyuman dia lebih manis dari milo yang aku
bancuh ini.
“Nak letak mana ni?” Aku tanya Akim,
dia menggamit aku datang rapat ke mejanya.
“Awak pergi mana tadi?”
“Saya ada kat luar sembang dengan
Airiel.”
“Lain kali jangan tinggal saya
lama-lama, nanti saya rindu.” Akim berbisik kepada ku . Kali ini aku rasa
jantung aku macam hendak pecah!.Wanita seksi yang berada berdekatan dengan kami
nampak amat marah dan tidak senang duduk.
“You jangan nak buat scandal dengan budak selekeh ni ye
Lukhman.!”
“Why not kalau sama-sama suka. It’s doesn hurt you, rite?” Wanita itu mendengus lalu tergesa-gesa meninggalkan kami. Aku tarik
nafas lega, Akim juga tarik nafas lega.
“Air ni
untuk saya ke?” Aku angguk kepala. Dia minum dengan penuh tertib.
“Sedap,
alhamdulilah.” Aku tengok Akim minum dengan berselera sekali dengan biskut yang
aku bagi. Aku tanggalkan topi lalu melihat-lihat ke dalam rak-rak fail yang
tersusun dengan kemas. Aku tidak tahu hendak buat apa, Akim pula tekun
melakukan kerja-kerjanya. Aku segera mengutip semula mug setelah melihat Akim
selesai minum.
best kak.... hero dia ni alim ke kak?
ReplyDeleteTungguuuuuuuuuuuuu..hahah
ReplyDeleteTak boleh bayang la kak macammana rock bgtau kat ariel doa bodyguard from taiping tu. Akim ni duda ke. Wah suka suka...nak lagi kak
ReplyDeleteSilalah bayangkan..akk pun dah tergelak2 buat babak ni..mmg nampak rock yg naif
Deletesuami si rock ni eh??
ReplyDeleteNasib baik tak lipstik ungu....hahaaha
ReplyDeleteNtah ntah tu suami dia x
ReplyDeletekompom hj lukhman ni.......ngeeeeeeeeeee
ReplyDeletemaslina aini
maslina..tq sbb sudi singgah
Deletesambung2!!
ReplyDeleteOk..tunguuuuuuuuuu
DeleteUp lg..x sabr nie..kak hayati up bnyk2 tau
ReplyDeletesaya SANGAT suka!!! konpem Akim tu laki dia... hehe
ReplyDeletesy pun suka bila awak suka...suker3
Deletemmg duda encem ni pilihan fmliy Rock..Hj Lukhman...hehehe
ReplyDeletesedap kan..air tuh en luqman..hehe..awatla rock tak tuang je air tuh kat lynn??
ReplyDelete