Bab 1
Aku meredah kegelapan malam ini dengan rasa yang
berbaur. Sesekali aku bagaikan hendak menangis, namun aku tetap bertahan.
Setelah perbincangan tidak dapat berjalan seperti yang aku harapkan, maka aku
terpaksa mengambil langkas drastik ini.
Siapa yang tidak berat hati meninggalkan insan yang tersayang, siapa yang tidak
berasa sebak bila terpaksa mengambil keputusan yang pasti akan menghancurkan
dua keping hati sehingga retak seribu. Namun aku terpaksa, demi sebuah
pendirian dan masa depan aku sendiri.
Pertama kali dalam hidup, aku berdepan dengan kemelut
yang tidak mampu aku tangani dengan rasional akal.
"Rock tak nak bah,
Rock masih muda lagi. Rock nak enjoy
bah nak cari kerja."
"Rock! Rock! Abah boh nama elok-elok hang soh panggei
rock. Gheja apa Kiah? Hang tu SPM pun
cukup-cukup makan , menikah ja kan
senang."
"Rock baru nak masuk
dua puluh tahun bah, bagilah peluang Rock nak merasai pengalaman macam anak
remaja yang lain, bagi peluang Rock kerja dan bantu mak ngan abah dengan hasil
titik peluh Rock."
"Banyak lah hang
punya remaja, abah dan mak dah setuju nak terima pinangan haji Lukhman, dorang tu dah sedia nak hantar cincin
hujung minggu ni, hang bakal jadi tunang orang Kiah, sudah-sudahlah jadi macam
budak jantan."
"Pak haji ke bah?, Abah
ni agak-agaklah bah." Syarifah Aulia Rukiah tepuk dahi berkali-kali macam
wanita india hilang suami sambil menjeling ke arah ayahnya. Berbagai perasaan berbaur di benaknya. Kalau benarpun hendak
mencarikan dia pasangan hidup, biarlah dengan pasangan yang bersesuaian dengan
usianya yang baru mencecah dua puluh tahun.
Ini dengan lelaki bertaraf pak haji, agaknya betullah kata orang tua-tua,
kalau selalu menyanyi di dapur akan dapat suami tua. Syarifah Rukiah tidak
sanggup hendak berkahwin lelaki tua, apatah lagi lelaki yang selayaknya menjadi
datuk atau ayah kepadanya.
"Rock tak setuju bah,
Rock tak nak kahwin!" Syarifah Rukiah membantah.
"Hang jangan nak
malukan abah Kiah, abah dah setuju dengan keluarga haji tu, lagipun apa lagi
yang hang nak lagi, jantan tu dah dapat pangkat dato, kaya pulak tu. Hang nanti
basuh kaki ja masuk rumah, hidup hang
senang lenang."
" Rock
tetap tak setuju bah, Rock tak nak kahwin. Apa nak jadi-jadilah." Syarifah
Rukiah membentak lantas meninggalkan ayahnya yang terpinga-pinga sakit hati.
" Huh, budak ni memang
melampau, ni mesti bagi menikah dulu baru kurang sikit ketegaqnya. Encik Syed Izhar
hanya mampu mengeleng-ngelengkan kepala melihat kedegilan anak perempuan
bongsunya yang seorang ini. Sudahlah lagaknya bagaikan wanita tomboy, sikap
lepas lakunya juga sering membuatkan dia dan isterinya hilang akal menangani
karenah anak bongsu mereka.
Aku puas bergolek-golek di atas katil, memujuk diri
untuk tidur. Namun puas mencuba, sesaat pun aku tidak mampu terlena. Bertunang
dengan orang tua? Bertaraf pak haji pula tu…. Aduh! Mana aku hendak letak muka
ni?. Mesti semua kawan-kawan akan mentertawakan aku. Dulu akulah juara pertandingan
talentime di sekolah. Aku juga atlit olahraga
tersohor sehingga mewakili negeri dalam SUKMA. Siapa tidak kenal aku, walaupun
aku tidaklah terlalu cantik, tapi aura nama Syarifah tu tetap ada kerana abah
berketurunan arab. Entah generasi ke berapa aku pun tidak tahu, apa yang
penting, ayah amat di hormati di kampung ku.
Masa terus berlalu, aku sempat merasai senak dan sebak
yang tidak tertahan melihat persediaan yang dilakukan oleh mak dan abah. Di
sana sini orang sibuk bertanya tentang bakal suami ku. Paling tidak tahan ada
kawan-kawan yang terang-terang mempersendakan aku yang akan berkahwin dengan
pak haji. Malah lebih menyakitkan hati bila aku berkali-kali diejek kerana
gemar menyanyi di dapur. Saat majlis pertunangan aku akan berlangsung, aku
hanya berteleku di meja solek dengan hati yang berbelah bagi. Semua sanak
saudara begitu sibuk diluar, aku pula disiapkan oleh mak andam. Huh! baru
bertunang sudah mak andam bagai, macam hendak menikah sahaja.
“Ya,
memang kamu akan menikah terus Kiah, nikah gantung kata orang. Nanti seminggu
dua lagi baru buat kenduri besaq.
Kita tak sempat nak buat persediaan sebab masa suntuk sangat. Abah hang pun dok kalut dengan urusan gheja,
tak sempat nak cuti panjang buat persediaan.” Tiba-tiba sahaja aku rasa dunia
aku gelap gelita. Seolah-olah kiamat telah meragut seluruh usia remaja ku. Bayangan
lelaki tua rongak segera bermain-main di layar fikiran. Entah bila, tahu-tahu
sahaja aku sedar, aku sedang berada di atas katil dengan pakaian pengantin.
Semua orang mengerumuni aku yang pitam tiba-tiba.
“Dah
sedar, alhamdulilah. Seorang lelaki
berusia lima puluhan mungkin juga tua sedikit daripada abah ku sedang duduk di
atas katil bersebelahan dengan ku. Kakinya terjuntai ke bawah. Dia menyapukan
air kosong ke wajah ku dengan lembut. Memang aku berasa sangat lega, namun
tiba-tiba aku tersedar…
“Saya
dah kahwin ke?” Lelaki yang selayaknya aku panggil ayah itu tersenyum dan
mengangguk perlahan.
“ Alhamdulilah.” Dia menjawab sepatah. Biarpun aku dapat
melihat garis ketampanannya dan merasai aura ketenangan di wajahnya namun aku
tetap hilang kewarasan sekali lagi kerana aku pitam. Pitam melihat suami yang
lebih tua dari abah ku sendiri.
Puas bertahan, akhirnya sejak aku berusia lima belas
tahun, inilah pertama kali aku menangis. Aku gagal bertahan dari mengalirkan
air mata. Mujurlah deru bunyi keretapi menenggelamkan esak ku, namun aku terus
membiarkan air mata mengalir laju. Dari Taiping, aku bergerak ke Kuala Lumpur,
mencari sedikit ketenangan. Mencari bekalan pengalaman untuk menjadi seorang
wanita. Aku ingin berkerja, dan aku juga lari dari rumah sebelum sempat
berkenalan rapat dengan suami ku, seorang pak haji. Aku tahu pasti mak menangis
sampai guling-guling sebab akulah satu-satunya anak perempuan yang dia ada. Aku
juga tahu pasti abah menung sana-sini dan menyesal kerana mengahwinkan aku.
Tetapi aku amat pasti, dua orang abang ku akan kemana-mana sahaja mencari aku
sehingga berjumpa. Maka, aku harus bersedia dan bersembunyi. Kerja apa yang
boleh dilakukan secara bersembunyi?. Agak-agaknya kalau jadi pembantu rumah
boleh kot. Tetapi aku tidak pandai masak. Takkan hendak jadi pengawal
keselamatan?. Tetapi kalau pengawal keselamatan di rumah orang kaya boleh
agaknya sebab aku memang pandai seni mempertahankan diri. Bukan susahpun jadi
‘jaga’, buka pagar dan tutup pagar sahaja agaknya. Aku terlelap setelah letih berfikir.
Adeiiii....kelakor....hikhikhik
ReplyDeleteMengapa kau lari kiah? Mau jadi kiah propa ya? Muahahahahha
adesss..dh kawin awat hang laghi kiah wei....
ReplyDeletesgt rock..hokey...hahaha pak haji ka..agak2 la adoiii
ReplyDeleteHahahaha lawak boleh laaa esok pi cari kat kedai..... aaarrrr dah adakan kat kedai buku???? @-@
ReplyDelete