Bab 2
Agaknya inilah balasan kerana derhaka kepada orang
tua. Sudah empat hari aku duduk di kuala Lumpur, bersendirian di hotel murah
namun satu kerja pun aku tidak dapat.
Aku takut hendak minta kerja di KFC, McD atau mana-mana pusat membeli
belah kerana aku pasti abang sedang mencari aku. Aku teringat pula suami yang
tidak sempat ‘memperisterikan’ aku, nama penuhnya pun aku tidak tahu. Aku cuma
tahu namanya Haji Lukhman, mungkin juga dato haji Lukhman, sebab abah kata dia
ada title dato. Marah benar aku
kerana abah dan mak cair dengan gelaran dato dan haji sehingga mengabaikan
perasaan ku.
Aku menyelak helaian-helaian wang RM1 di tangan ku
yang merupakan sisa-sisa wang terakhir untuk aku makan. Malam ini juga
merupakan malam terakhir aku menginap di hotel murah ini tetapi mujurlah hotel
ini bersih tanpa ‘ayam’ seberat 45 kilogram. Sudah dua hari aku memilih untu
makan roti dan air kosong sahaja kerana ingin berjimat cermat. Namun demikian
pada hari ini setelah membeli roti ada baki lagi RM3 untuk aku belanjakan esok.
Kaki ku yang melecet menyukarkan aku bergerak dengan laju, cukup sakit sehingga
aku berasa terlalu payah untuk berjalan. Aku bertekad untuk tidak menelefon
abah kerana aku malu. Aku mesti buktikan aku mampu berjaya!.
Puas aku bertahan di tepi bangunan ini sambil
memerhatikan ada beberapa lagi insan bergelandangan mula tertidur lena di
celah-celah kotak yang disandar-sandarkan. Aku juga cuba mencari kotak, namun
tidak bertemu. Sejuknya terasa sehingga ke tulang hitam, apatah lagi hujan
semakin lebat. Perlahan-lahan aku menyusur laluan siar kaki membawa sejauh yang
mampu kaki melangkah. Kesejukkan semakin menggigit, sedangkan aku tidak tahu ke
mana arah tujuan ku. Lapar, sakit kaki, sakit perut sakit kepala dan kesejukkan
semuanya bersatu dalam ungkapan bernama penderitaan. Aku teringat katil dan
tilam ku yang sentiasa selesa di rumah. Aku teringatkan abah, teringatkan mak.
Aku menangis lagi di dalam hujan yang lebat.
Ponnnnnnn..! Purrr aku disimbah air dari
lopak yang dilanggar oleh sebuah kereta. Aku tidak sempat mengelak lalu
terbentur jatuh terduduk. Percikan air itu sangat deras kerana kereta dipandu
laju. Sebuah pacuan empat roda segera berundur melihat aku jatuh terduduk di
tepi jalan. Aku terasa bagaikan hendak meraung semahu-mahunya kerana marah,
terkejut dan sakit. Aku rasa tidak mampu lagi untuk terus bertahan. Biarlahlah,
apa nak jadi-jadilah aku segera menerpa ke pintu pacuan empat roda tersebut
lalu mengetuk-mengetuk pintu minta dibukakan kunci. Sebaik sahaja kunci terbuka
aku segera menerpa masuk dengan pakaian yang basah kuyup tanpa meminta
kebenaran.
“Cepat,
bawa saya balik ke rumah awak!” Aku rentap leher baju pemandu pacuan empat roda
tersebut.
“Erkk
tapiiii.”
“Tak de tapi tapi, awak bawak sekarang atau
saya report polis awak sudah cederakan saya.” Aku tunjuk siku aku yang
mengalirkan darah kerana terjatuh. Seluar aku juga koyak di lutut akibat terjatuh.
Di sana-sini terasa sakit dan aku sedar beberapa bahagian tubuh ku yang
tercalar turut mengeluarkan darah. Dia nampak teragak-agak tetapi terus
memasukkan gear lalu meneruskan pemanduan. Tubuh ku terasa berdenyut
merata-rata sehingga aku terpaksa melepaskan cengkaman di leher baju lelaki itu
perlahan lahan. Sudahlah sakit, sejuk pula tu. Lelaki ni tidak tahu hendak
perlahankan aircond ke? Aku sudah hampir kancing gigi menahan kesejukkan.
“Masuklah,
tiada sesiapa pun kat rumah ni.”
“Erk tak de sesiapa?” aku mula teragak-agak bila dia membuka pintu rumah.
Aku pula basah kuyup memeluk beg.
“Tak pe, masuklah. Sejuk duduk kat luar,
lagipun luka tu kena bubuh ubat. Nanti melarat.” Aku telan air liur
berkali-kali. Mata ku liar mengawasi persekitaran banglo tersebut yang bagi ku cukup besar. Bukan setakat cukup
besar malah amat besar. Lelaki itu nampak tenang, aku dapat melihat leher
bajunya terdapat kesan darah yang terpalit akibat cengkaman tangan ku yang
terluka. Otak ku gagal berfikir dengan lebih lanjut kecuali ingin survive.
Dia menunjukkan satu bilik yang amat bersih dan besar
kepada ku. Bilik tersebut jauh lebih indah berbanding hotel murah tempat aku
menginap, malah lebih indah dari mana-mana hotel yang pernah aku menginap bila
melancong bersama abah dan mak. Dia turut memberikan aku beberapa helai tuala
dan kain batik, dan t’shirt.
“Haila
mana pulak mamat ni dapat kain batik, mungkin bini dia punya kot.” Aku bergumam
sendiri, namun apa sahaja dia bagi aku ambil, aku sambut dengan penuh kesyukuran.
“Pergi
mandi dulu, nanti datang ke depan ye
letak ubat kat luka tu.” Tenang sangat lelaki itu berbicara, dia nampak sangat
menghormati aku. Aku segera mengangguk dan penutup pintu. Lega sangat dapat
mandi air bersih dan mengenakan pakaian yang kering dan menghangatkan. Sebaik
sahaja selesai mandi, aku segera menyelimutkan seluruh tubuh dengan selimut
kerana amat sejuk. Penghawa dingin pula
sentiasa terpasang menyebabkan aku
semakin menggeletar bercampur mengantuk. Entah bila aku tertidur, tahu-tahu
sahaja aku mendengar ketukan bertalu-talu di pintu.
Aku buka pintu sambil menggenyeh-genyehkan mata kerana
masih belum puas tidur. Rambut sudah pastinya kusut masai kerana aku tidak memakai tudung.
“Ada
apa ni mak, Rock ngantuk lagilah.” Aku masih memejamkan mata sambil menguap.
“Syarifah
Aulia Rukiah binti Syed Izhar…” Tiba-tiba aku bagaikan terdengar nama penuh ku
disebut. Tidak ramai yang tahu nama panjang ku itu melainkan sahabat terdekat
dan ibu bapa ku sendiri. Mata ku tiba-tiba sahaja jadi segar bugar bila nama
penuh aku disebut. Aku bingkas bangun sambil melorotkan selimut. Terkejut
bercampur hairan siapa pula yang berani panggil nama penuh ku yang feminine sangat bunyinya itu. Aku membuka mata besar-besar.
Purrr! Berderau darah ku. Apakah
ini cobaan atau benar-benar
kejadian?. Berdiri di hadapan ku ialah seorang lelaki kacak yang lengkap
berkemeja lengan panjang, bertali leher dan berseluar slack.
“Hang
sapa?” Aku mula bersedia untuk membuka buah judo ku.
“Syarifah
Aulia Rukiah binti Syed Izhar, awak baru bangun tidur?”
“Hang sapa dok sebut nama cheq ni?” Lelaki itu melihat jam
tangannya sambil mengerutkan dahi.
“Jom
makan.” Lelaki itu tersenyum. Bibirnya merah, keningnya terletak indah di atas
mata lebat, hitam dan agak rapat. Hidungnya bukan macam hidung kebanyakkan
lelaki melayu sebaliknya aku dapat merasai aura wajah kacukan di mukanya.
Lelaki itu juga agak tinggi, malah lebih tinggi dari aku yang memang tinggi
ini. Kalau ketinggian aku ialah 5 kaki enam inci mungkin sahaja ketinggiannya
mencecah enam kaki. Haila, sampai 6 kaki, macam model pula.
Otak aku kembali normal bila menyedari aku berada di
rumah seseorang. Kejadian malam tadi segera terlayar jelas di minda ku apatah
lagi bila ketara tubuh ku sakit-sakit.
“Ok.”
Aku menjawab sepatah lalu terus menutup pintu. Entah kenapa aku rasa lelaki itu
merenung aku dengan pandangan yang amat dalam. Paling menghairankan,
bagaimanakah dia tahu nama aku yang
glamer ni. Selesai mandi aku segera keluar. Lelaki itu telah sedia menunggu
di hadapan pintu, haila agaknya dia
memang telah tunggu aku dari tadi.
“Jom
ke dapur.” Aku angguk dan mengekorinya. Aku pakai baju yang dia bagi semalam
kerana semua baju ku basah, beg aku juga turut basah.
“Eh
mana beg saya?”
“Beg
apa?”
“Beg
baju, saya lupa nak bawa masuk semalam.”
“Ada,
semua dah basah dalam tu. Saya dah masuk mesin cuci.” Gulp! Aku tercekik air liur, dia cuci pakaian ku yang memang tidak
pernah bercuci selama aku menginap di hotel?.
“Maaf,
ampaian saya sikit je, jadi saya hangerkan
sahaja pakaian-pakaian awak tu.” Mak! Dia sidai pakaian ku? Matilah aku macam
ni! Tiba-tiba aku rasa muka ku jadi panas berbahang, aku bagaikan ditampar
berdas-das dengan jurus-jurus maut dia yang berwajah suci itu.
Aku lihat dia tenang sahaja tanpa sebarang riak pelik.
Namun aku terbayang pula seluar-seluar cute
aku yang kesemuanya bergambar kartun. Memang saiz aku yang tidak bergitu besar
ini menyebabkan aku gemar memakai seluar dalam bercorak. Ada yang bergambar
Hello Kitty, ada yang bergambar Mickey Mouse tetapi hampir keseluruhannya
berwarna terang. Entah kenapa aku suka warna terang. Bagi ku warna terang
menimbulkan aura keceriaan dan rasa yakin diri yang tinggi.
Nasi bungkus itu cukup menyelerakan aku. Aku memang
kelaparan setelah tidak menyentuh nasi selama 3 hari, hanya makan roti kosong
sahaja. Kami makan dengan tenang. Sebaik sahaja dia menyinsingkan lengan baju
hingga ke siku, aku dapat melihat kulit cerahnya ditumbuhi roma-roma keperangan
yang agak lebat. Cara dia makan amat tertib di hujung jari dan makanan yang
dimakan langsung tidak bersisa. Mungkin dia sedar aku memerhatikan dia makan,
namun dia hanya bersikap selamba sahaja. Aku pula yang letih cuba mengawal mata
dari terus memerhatikannya.
“Kenapa Aulia keluar malam-malam semalam, keluarga
tak risau ke?”
“Mana
tahu nama penuh saya?”
“Ni.”
Lelaki itu menghulurkan kad pengenalan ku. Aku tergamam bila matanya tepat
memandang aku. Aku tidak berdaya menentang pandangan hening itu.
“Nama
saya Hakimi, Lukhman Hakimi bin Haji Hamzah.” Aku angguk-anggukkan kepala.
“Cheq panggil encik Kimi boleh?”
“Panggil
saya Lukhman.” Entah kenapa bila dia sebut Lukman, aku rasa macam alergik
sangat. Mungkin dia sedar perubahan wajah ku bila dia meminta aku memanggilnya
Lukhman.
“Kenapa
cik Aulia?”
“Tak da apa aih, jangan panggei cheq
Aulia, call me Rock ok… Rock.” aku tunjukkan isyarat peace kepadanya. Dia tersenyum, entah kenapa senyuman dia buat aku
rasa bagai hendak hantuk kepala ke dinding biar waras kembali. Aduhai, bala
apakah ini?.
“Baik
Rock, Rock boleh panggil saya Akim, ini nama rock saya.” Lelaki itu ketawa
perlahan, dan ketawa itu bagaikan mencetuskan bom biologi di hati ku.
Wah,habislah aku kalau macam ni.
“Saya
cari kerja ni.” Terus terang sahaja aku bercakap, malas hendak berbasa basi
lagi. Aku harus keluar dari rumah ini atau aku bakal dilanda musibah yang lebih
besar, aku takut ‘tersuka’ kepada Akim. Sudahlah kacak, kaya pula tu malah
paling hebat dia seorang yang tenang dan penuh karisma.
“Rock
nak cari kerja apa?”
“Gheja kuli kot, SPM pun kantoi cukup-cukup makan ja.”
“Gheja kuli kot, SPM pun kantoi cukup-cukup makan ja.”
“Cuba
spesifik sikit.”
“Bagi
cheq jadi jaga pun ok dah.”
“Boleh
bawak kereta?” Aku angguk kepala.
“Tahu
seni bela diri.” Aku angguk lagi.
“Boleh
menembak?” Aku angguk lagi sebab memang betul aku pandai menembak. Di sekolah
dulu aku pasukan kadet polis, memang aku ada mengikuti latihan menembak. Akim
tersenyum dan senyuman dia pun bagaikan peluru sesat yang boleh menembusi hati
ku kalau tidak di pasang perisai secukup-cukupnya.
“Jadi
bodyguard saya boleh?”
“Apa bodyguard?!” Akim menganggukkan kepala.
“Saya
bayar Rock RM3000 sebulan, tapi Rock kena escort
saya ke mana sekali pun 24 jam. Makan dan penginapan saya tanggung. Jadi driver saya dan jaga keselamatan saya.”
Aku tenung wajah Akim dan dia angguk kepala sambil tersenyum. Aku pula
membayangkan RM3000 yang bagi cukup besar dengan kerja semudah itu. Makan dan
penginapan ditanggung pula tu. Wah! bagaikan bulan jatuh ke riba. Aku melihat
kesungguhan di wajahnya, matanya tepat memandang ku.” Aku angguk kepala tanda
setuju.
“Bila
saya kena mula kerja?” Aku bertanya jujur.
“Lepas
solat zohor ni, Rock hantar saya ke pejabat dan tunggu saya sampai balik dari
pejabat.”
“Tapi
baju saya basah lagi.”
“Nanti
kita cari baju lepas ni, pakai baju saya dulu. Nanti salin kat sana.” Aku
angguk kepala kerana aku memang sempoi,
aku dah biasa pakai baju abah. Jeans abang juga aku biasa pakai, apatah lagi
t’shirt abang-abang ku. Mak pun akan geleng kepala bila aku mula bergaya macam
lelaki. Aku mula rindukan mak dan abah, sejak lari dari rumah, aku langsung
tidak pernah menghubungi mereka.
Akim menyerahkan kunci kereta kepada ku, aku tergamam.
“Cheq mana gheti jalan kat sini bos.”
“Panggil
saya Akim. Tak pe, saya tunjuk.”
“Beres
bos.” Aku segera menyambut kunci kereta itu dengan senyuman lantas melihat logo
pelik pada keychain kunci tersebut.
Aku membelek-belek Keychain yang
cantik dan nampak amat ekslusif itu dengan dahi yang berkerut. Aku sedar Akim
pula sedang memerhatikan aku membelek kunci keretanya, wallah! Kunci pun dah cantik, apatah lagi keretanya. Aku angkat bahu untuk sesuatu yang aku sendiri
tidak tahu.
Besttt
ReplyDeleteamboii Rock..mmg padan dgn nm glem hang..jg bodygad...
ReplyDeleteamboiii...untunglaaa
ReplyDeletesyokla..cik rockkkk
ReplyDelete