Bab 5
Setelah puas
bergolek-golek sedangkan mata pula tidak mahu tertidur, aku mula merasai tekak
ku haus. Aku jeling jam yang sudah menunjukkan pukul 1 pagi. Aku tolak pintu
lalu terus pergi ke dapur. Burrr berderau
darah ku, kelibat seorang lelaki yang hanya berkain pelikat tanpa baju sedang
duduk santai di meja, sambil makan nasi goreng sejuk. Fuh! Mental ke apa
sejuk-sejuk begini dia tidak pakai baju sebaliknya hanya berkain pelikat selapis.
Aku segera beredar cepat-cepat sebelum dia nampak aku datang atau sebelum di
sedar aku telah nampak dia yang sedang seksi begitu.
“Adduiii!” Tiba-tiba aku terbentur ke dinding kaca,
punyalah hendak cepat lari dari dia sampai aku terlupa di dapur ada pintu yang
diperbuat dari kaca. Aku main redah sahaja, aku raba dahi kalau-kalau benjol
kerana kesan benturan itu agak kuat sehingga aku tertolak kebelakang. Aku rasa
hendak tumbuk pintu yang bersalah itu, tapi aku pasti tidak akan pecah
melainkan tangan aku yang sakit. Sedang aku mengomel memarahi pintu tiba-tiba
sahaja aku terdengar suara menyapa…
“Sakit ke?” Purrrr…aku rasa kaki ku lemah tiba-tiba.
Lantai yang aku pijak bagaikan lembut dan seakan mencair. Aku hendak lari dari
lelaki ini, tetapi tahu-tahu sahaja dia sudah berada di belakang ku, cukup
hampir sampai aku merasai bahang hangatnya tubuh dia yang tidak berbaju. Awas
Rock jangan pandang belakang… jangan! jangan! Hati ku melarang tetapi tubuh ku
tidak seiring dengan hati, aku memalingkan tubuh ku mengadap dia. Buk! Tubuh kami berlaga. Aku rasa pipi
ku bagaikan kembang dan segala-galanya roma yang ada di tubuh ku meremang pada
tahap sudut 90 darjah utara selatan barat dan timurnya aku tidak pasti, mana
bearing mana kompasnya? Aku rasa hilang arah… dada ku bagaikan akan meletup.
Jantung ku menerjah-nerjah diafragma minta dilepaskan dari kurungan.
Dia angkat tangan, menarik
tangan ku yang sedang menekup dahi.
“Sakit ke?” Ya Allah! suaranya terasa bergetar bagaikan
dia sedang menelan suaranya sendiri jauh di kerongkong. Aku pula rasa segalanya
tersempang tidak boleh dilepaskan, aku tahan nafas supaya bau sambal petai yang
aku makan siang tadi tidak sampai kepadanya.
“Bagilah saya tengok.” Dia menundukkan mukanya
betul-betul mengadap kepadaku. Wajah ku betul-betul bertentangan dengan tulang
selangkanya dan tatkala dia sedang mengangkat lengannya hendak menarik tangan
ku di dahi, aku terpandang sesuatu yang aku memang tidak suka sejak azali lagi.
Fuh! Bulu ketiak! Adoilah dia ni cantas terus mood gementar aku.
“Erkkk bulu
ketiak!” Aku berterus terang dengan komen yang paling jujur dalam hidup ku.
Sumpah aku memang telus bab komen mengomen ini. Terus dia jatuhkan tangan lalu
pandang aku dengan dengan mata yang bulat lantas mengepit tangannya di celah
kedua-dua belah ketiaknya. Dia ketawa tiba-tiba, ketawa lepas yang aku tidak
pernah tengok darinya selama ini. Sepanjang mengenalinya dia cuma tersenyum,
aku tidak pernah tengok dia ketawa macam malam ini. Dia terus berundur, lalu
masuk ke biliknya. Aku pula ke dapur hendak minum air.
“Jom tengok movie.” Aku lihat dia telah berbaju t warna
merah dengan kain pelikat.
“Wayang apa dah nak subuh macam ni?”
“Tengok kat bilik saya je, ada home teater set.” Ini baru betul idea sengal kalau suruh aku masuk
bilik dia.
“Eheh…biar betul, kalau betul pun saya bodyguard setakat di luar bilik
sahajalah bos!” Aku tekan perkataan bos itu supaya dia faham. Akim ketawa lagi
sampai nampak giginya. Rupanya dia ni mudah juga ketawa walaupun hidungnya
masih lagi nampak bengkak.
“Oklah kalau tak nak, saya tak boleh tidur ni terpaksalah
layan movie sorang-sorang.”
“Erk cerita apa ye?” Aku pula yang teruja walaupun aku
tahu adalah satu kesilapan yang amat besar kalau aku masuk ke bilik dia.
“Hobbit.” Dia menjawab sepatah dan serta merta aku
terbayangkan Legolas yang cukup kacak itu. Aku hilang pertimbangan bila
terbayangkan lelaki bunian berambut putih itu.
“Nak… nak, saya nak tengok Legolas.!” Aku teruja sangat
sampai rasa hendak paut-paut sahaja lengannya supaya dia cepat bawa aku ke
biliknya. Dia senyum sahaja, tapi dia lupa aku sudah pasang perisai kalau dia
berani buat bukan-bukan.
“Eh nak buat apa senduk tu?” dia bertanya dengan wajah
yang dikerutkan. Walaupun berkerut namun tetap comel.
“Ni senjata saya, kalau awak berani macam-macam tahulah
awak kena pelangkung dengan senduk Legolas saya ni. Dia tarik nafas panjang,
aku buat muka selamba sahaja melenggang masuk dulu ke dalam biliknya yang sama
besar dengan ruang tamu rumah abah yang setaraf keluasan padang sepak takraw.
Biliknya memang lengkap dengan set home
teater, skrin televisyennya juga tidak kurang dari 42 inci mengikut
anggaran aku. Memang sound sistemnya
amat baik, kalau aku tahu dia ada kemudahan begini, hari-hari lepak bilik dia
pun aku sanggup.
“Meh
duduk sini.” Akim mengajak aku duduk di sebelahnya di atas katil. Ya hukum
apakah ini dato Lukhman woi, di luar
nampak macam alim, sekali dalam rumah dengan aku dia main langgar segala. Aku
mula rasa tidak selamat bersamanya.
“Hang nak ajak cheq tengok filem ka hang
nak buat filem, hamboi galak sungguh aih.” Nah aku bagi dia satu das percikan
semburan ku yang berbahang. Dia tersenym sampai nampak gigi. Aku siap dengan
senduk Legolas ku, kalau dia berani main-main pasti senduk ini hinggap ke
kepalanya.
“Ok..ok
nak, dia melemparkan aku satu bantal dan sehelai comforter yang gebu dan
harum.” Lampu di tutup dan filem pun bermula. Aku rasa selesa melepak di bawah
sedangkan dia pula sedang bersantai-santai di atas katil. Tapi ada seperkara
yang aku cukup tidak puas hati, bila sahaja ada aksi legolas dia pasti mengajak
aku berbual, kalau aku tidak melayan dia akan membaling bantal kepada ku
sehingga tumpuan aku terganggu. Dia ni sememangnya dengki agaknya,
mentang-mentanglah dia tidak mempunya rambut secantik Legolas. Sebaik sahaja
filem tamat, dia segera menghidupkan lampu.
“Apa yang bagus sangat
Legolas tu? Telinga pun panjang!”
“Rambut
dia cantik, indah mengurai, langkahnya tangkas. Bila dia memanah terasa getar
sehingga ke hati ini.” Aku berkata sambil memegang senduk dan memejamkan mata.
Membayangkan Legolas dengan kudanya.
“Rambut
tu palsu. Kalau nak banding dengan saya, saya pun handsome kan?”
“Palsupun
saya suka, oh Legolas ku.” Aku terus beredar meninggalkannya.
“Aulia! Saya tak suka yang palsu.” Aku bagaikan mendengar
dia berkata begitu. Tetapi aku buat-buat tidak mendengar, terus menghantar
senduk ke dapur dan masuk ke bilik sendiri. Jam sudah menunjukkan hampir empat
pagi. Aku terus tertidur lena tanpa sempat tarik selimut.
yes.. im aulia hihihi eh.. macam saya je dlm cite hihihi :-P larikkkk
ReplyDeletelalalal larilah kuda ku lari gagah beraniiiii..legolasss i lebiiuuuu
Deletehahaha....jeles dgn legalos....tu dia penangan hobbit...
ReplyDeletex boleh blah rr Suzaimah..ini legolas bikin gue ahngauuuu
DeleteAmboiiii.....bulu ketiak!!!!!! Naka lagi pleaseeeee.........
ReplyDeleteAyu..wah tq sudi bertandang di sini...hehehe sabaq laaa
DeleteHahahah...abam hj jealous ka sama itu legolas...takpe abam hj...kalau rock tamau ai ade...hihihihi sambil gelak manja.
ReplyDeleteKak hayati...apsa macam pendek ye...hahahah
pendek ke..panjanggggg lahh..hehehe
Deletecheq nk lagiiiii!!!
ReplyDeletehamboiiaihhhhh Tirah Mj..sabaq lahhhh
Deleteerkkkk... bulu ketiakkkk???? potong selera.... hahhahaha
ReplyDeletePost lgg tauu.. post laju laju kalahkan porshe pak ajiii hehehe
ReplyDeleteNk lg
ReplyDeletehahhaa mmng gelak la part bulu tiak tuu...eyerrkkkk saya pon x suke en.abg ade bulu tiak...hahaha
ReplyDeleteheheh tq sbb sudi singgah kat blog sy Anis..meh la joint group CUTE..
Deleteayarkkk..bulu ketiakk..hehehe
ReplyDeleteingatkan bulu dada...ngeee
abg hj dh panggil nm manja tu Rock...
rock..kita sama la..suker legolas..hmm suke suke suke..
ReplyDeleteakim jeles la tuh.. :)