Bab 6
Usai solat subuh gajah lantaran ‘terbabas’ sebab tidur
lewat semalam aku bercadang hendak meneruskan tidur ku semula. Namun tiba-tiba
aku mendengar suara bising-bising di hadapan rumah. Suara tangisan seorang
budak begitu menganggu aku, maklumlah aku anak bongsu jadi aku jarang mendengar
suara budak menangis.
“Mikha
nak papa! Nak papa jugak!. Mummy kata ahad Mika boleh duduk dengan papa tapi
mummy tipu.”
“Shut up Mika! Mummy dah bagi Mika jumpa
papa, sekarang kita balik!”
Aku mengintai, aku lihat budak lelaki yang berusia
dalam lingkungan empat tahun itu sedang menarik-narik tangannya dari wanita
yang aku jumpa di pejabat Akim semalam. Mengelinjang budak itu minta dilepaskan
sedangkan aku melihat Akim hanya berdiri memandang dengan muka ketat.
“Biarlah
dia tinggal dengan I, nanti I hantar dia balik.” Akim bersuara tenang.
“No way Lukhman, since you dah bawak perempuan sundal dalam rumah ni, I haramkan
anak I tinggal dengan you!” Mak aihh
perempuan sundal?, siapa tu aku kah. Ini sudah lebih kalau berani-berani kata
aku sundal.
“Jaga
mulut kau Nurhaslynna! Dia lebih berhak ke atas aku! Lebih berhak atas rumah
ini melebihi hak kau dan Mikhaeyll!” Aku lihat Akim mengertap mulutnya dan
merenung wanita itu tepat-tepat. Erkk
berhak ke atas dia, oh legaaanya aku,
maksudnya perempuan sundal tu bukan akulah sebab aku tak berhak langsung ke
atas Akim apatah lagi rumahnya. Aku terus tarik selimut semula, lantaklah
perang saudara ke, perang dunia ke aku hendak tidur!.
Tapi aku tidak boleh tidur, aku kasihan bila teringat
budak itu yang beriya-iya hendakkan Akim. Betulkah itu anak Akim, maknanya Akim
duda. Aduhai dudalah pula, aku memang reject
awal-awal kalau duda ni. Anak dara mesti dengan anak teruna, kalau duda
kenalah dengan janda. Falsafah ni aku dapat dari manapun aku sudah lupa, tetapi
aku pegang kukuh-kukuh supaya ia tetap terpahat di hati ku. Tapi bukankah aku
sudah berkahwin, dan suami ku seorang pak haji tua dan sudah pastinya dia
seorang duda. Allamak pancung terus
nafsu tidurku, aku terus bangun lantas mandi dan bersiap seadanya.
Tangisan budak itu masih kedengaran, peperangan ibu
dan anak yang berlaku di luar malas aku hendak campur. Akim pun aku lihat hanya
berdiam diri dari tadi. Cuma perempuan itu sahaja yang tidak habis-habis
memberikan ceramah percumanya dan ayat sundal tidak habis-habis dari keluar
dari mulutnya. Aku keluar, kasihan pula aku tengok Akim mendapat jurus-jurus
serangan mulut dari wanita itu sedangkan dia tidak membalas. Haila Akim, kalau
betul itu isteri awak, dayuslah biarkan diri dicerca begitu.
“Assalamualaikum,
apa kes bising-bising ni. Cantas mood
nak tidur tahu.” Aku berpura-pura bengang padahal aku langsung tidak rasa
apa-apa.
“Aduhhh!”
Tiba-tiba aku rasa pedih di pipi. Cepat betul perempuan ni, macam Mak Lampir
pula entah bila sampainya tahu-tahu dia tampar muka aku yang jelita ini. Sekali
lagi dia cuba, tapi aku sempat pegang pergelangan tangannya. Tadi bolehlah
sebab aku tidak bersedia, kali ini kalau dia bagi lagi aku sanggup sahaja
hendak tampar pipinya yang bertepek bedak dan blusher itu. Pagi-pagi lagi sudah bermake up macam hendak pergi ke kelab malam.
“Pagi-pagi
dah marah macam ni, nanti muka cepat berkedut makcik, kalau dah berkedut suntik
botox pun tak guna.” Aku sembur dia sedas. Mesti dia marah sangat sebab aku panggil
dia makcik.
“Ini
anak makcik ke, wah hensem boy. Come here
boy… come to mama..come to mama.” Aku bergurau sebenarnya
langsung tiada niat hendak memanggilnya. Namun tiba-tiba sahaja budak itu
melepaskan diri dari pegangan ibunya lalu menerpa dan memeluk paha ku. Haila
kasihan pula aku, lantas aku lap pipinya yang penuh air mata dan hidungnya juga
berhingus. Separuh hati aku lap dengan baju yang sedang aku pakai, dia
menghembusnya. Aku telan air liur, geli bercampur kasihan tetapi aku dukung
juga budak ini yang bertubuh kecil. Dia peluk leher ku terus aku bawa masuk ke
dalam. Lantaklah di luar, apa hendak jadi-jadilah aku aku bawa budak ini ke
dapur lalu bersihkan apa yang patut. Dia terus mengekori aku ke mana sahaja aku
pergi sampaikan aku terpaksa salin baju di hadapannya bila dia mengekori aku
masuk ke bilik. Makanya, dialah lelaki pertama yang dapat melihat aku separa
bogel. Pherghh ayat separa bogel tu
memang aku sendiri tidak boleh terima, tapi ada ayat lainkah yang lebih
sesuai?.
Aku lapar, jadi aku rasa budak ni juga lapar. Aku buat
roti celup telur dan omellete yang
paling ringkas mengikut bahan yang sedia ada dan air mocha. Aku tengok bukan
main berselera lagi budak ni makan. Hairan pula aku, bila masa Akim ni ke pasar
membeli barang-barang dapur?.
“Makan
sorang je, tak pelawa saya sekali ke?” Aku segera melihat Akim yang sedang
datang ke arah kami dengan wajah yang tenang. Dia ni tidak tahu marah ke
selepas apa yang berlaku di luar tadi. Aku pelawa dia makan, dia tarik kerusi
sebelah budak tu lantas mencium sambil menggosok-gosok kepalanya. Aku hidangkan
dia air dan dia pandang aku dengan renungan yang lembut.
“Terima
kasih Aulia.”
“Terima
kasih pasaipa? Panggil saya Rock ok..Rock.”
“Terima
kasih sebab bawa Mikha masuk, saya kesian tengok dia.”
“Anak
awak kan, sepatutnya awak pertahankan dia bukan melayan isteri awak tu
bertengkar, tak baik anak-anak tengok ibu bapa bergaduh.” Aku tengok Akim
terdiam mendengar ceramah percuma aku.
“Dia
bekas isteri saya, bukan isteri saya.”
“Tak
kisahlah bekas ke plastik ke besen ke yang penting sekarang awak duda yang ada
anak. Anak tu tanggungjawab awak sampai akhirat kelak.” Hisy tiba-tiba sahaja aura ustazah aku datang. Aku tengok Akim baik
sangat melayan Mikha, dia suap Mikha makan, dia suap Mikha minum sampai aku
rasa cemburu pula. Kemudian dia mandikan Mikha dan bermain-main dengan budak
lelaki itu.
“Mama
jomlah main kat belakang.” Alamak dia panggil aku mama, ini sudah lebih.! Tapi
aku ikut juga bila dia menarik tangan ku ke halaman belakang rumah Akim.
“Eh
kenapa aku tidak sedar di belakang rumahnya ini ada satu padang basketball. Tapi aku mana tahu main basketball, kalau main bola jaring aku
tahulah. Lagipun tempat masuk golnya tinggi sangat. Dulu aku selalu jadi centre bukannya shooter dalam permainan bola jaring. Akim pegang bola basketball, dia kenyit aku dan ajak aku
main sekali. Aku geleng kepala, sementara Mikha hanya tersengih-sengih melihat
gelagat Akim yang sedang memancing minat
ku. Dia melakukan dribble sambil
berlari dengan lincah. Sesekali bola itu sengaja dibiarkan melalui celahan
kelangkangnya dan sesekali dia sengaja membiarkan bola itu kebelakang sebelum
dia berpusing lalu menyambung kembali aktiviti dribble tersebut. Aku memang agak pantang dicabar, setakat bump bola begitu nenek aku pun pandai.
“Pergilah
mama, pergilah.” Mikha menyokong aku dan memberikan aku semangat. Bangga aku
ada pom pom boy yang memberikan
sokongan padu begini. Mikha bertepuk-tepuk tangan teruja sebaik sahaja aku mula
berlari ke tengah padang.
Aku cuba merampas bola dari Akim, nampak mudah namun
rupanya Akim sangat licik. Puas dia mengacah-acah aku membawa bola menggunakan
teknik dribble dan tiba-tiba sahaja dia melakukan shooting sehingga aku tidak terkata.
Dalam jarak yang tidak aku sangka-sangka bola tepat masuk ke dalam jaring bola
keranjang. Sebaik sahaja bola mendarat aku segera merampas lalu melakukan dribble. Wah! skill aku dalam permainan bola baling masih tidak hilang. Aku
berlari sambil membawa bola, walaupun aku tidak secekap dia, namun tubuh kecil
ku memudahkan aku menyelinap mengelakkan diri dari dia. Dia tersenyum sebaik
sahaja melihat aku bersungguh-sungguh mempertahankan bola. Bola semakin hampir
ke destinasi, aku cuba mencari jalan untuk mendapatkan mata sama dengan dia.
Namun tiba-tiba sahaja dia melompat tinggi lalu merampas bola yang sedang
menuju ke ring. Aku terkedu melihat
aksinya yang tangkas. Sebaik sahaja dia mendapat bola dia terus melompat
melakukan slamdunk sehingga aku
melopong melihat bajunya yang terselak ke dada. Dia bergayut di ring sebelum melepaskannya lantas
tersenyum melihat aku yang terlopong.
Tidak sampai sepuluh minit bermain dia telah dibasahi
peluh, aku memang tidak berputus asa untuk menyanginya. Perlawanan man to man memberikan aku satu mata
berbanding dia tiga mata. Aku memang belum letih kerana aku bekas atlit sukan,
Namun dia sudah basah dengan peluh berjejeran. Cukup 10 minit kami berhenti dan
dia segera menanggalkan bajunya yang basah oleh peluh. Aku rasa lain macam pula
lalu memalingkan diri ke tempat lain tambahan pula aku rasa gerun melihat
tubuhnya yang berlekuk-lekuk. Kalau sudah tubuh begini, apalah gunanya bodyguard macam aku ni.
“Kenapa
ni?” Dia ni sengaja menguji tahap kesabaran aku, boleh pula dia datang dekat
dengan ku. Aku pula tidak sengaja tertengok perut dia, come Rock tengoklah tempat lain. Tengok telinga ke, rambut ke atau
mana-mana tempatlah asal jangan perut. Tapi mata aku memang tidak taat kepada
tuan, aku tetap tertengok perut dan di perut ada pusat. Aduh! Aku rasa macam
hendak buat lari berganti-ganti dengan Mikha.
Huhuhu...pandai rock.kesian kat mika mamanya bergaduh depan dia. Bagi makan lagi bagus.. best aaa main basketball..apsal rock kalih...dah tertengok perut dengan pusat akim tu...rezeki tu....hahaha. akim tu macam nak guda2 je macam saje2 je tunjuk body yg berlekuk2 tuuuu...
ReplyDeletehuh..tau tak pew...mmg sengajalah tu..hailahaaaaaahaha..abam hj ni mmg dlm misi mngguda2 tew
DeleteRse cm xpuas je....cm pendek je...cm xsabo je
ReplyDeletekihkihkih...cam suka jew..cam sonok jew..larikkkkk
DeletePasaipa pendek ja bab ni....mau lg....rock ooo rock...sabauu.. tengok aura lelaki tu...haram ooooo
ReplyDeleteAyu...hahaha bukan senang nk kawal mata lorhhhh
ReplyDelete#aurat#
ReplyDeletehuhu..comel je mikha..nk lagi!!
ReplyDeletebetul ke mikha tu anak dia?
ReplyDeletehahaha hk tungguuuuuuuuuuuuuu......
Deletenk lg kak hayati *rock jgn tergoda dgn body akim yg berketul2 2..jaga mata tau
ReplyDeletekalau la dpt join si rock tu fuh..dpt lak tgok perut ngan pusat akim...body nganjam jiwa lak tu...tergoda dah ni..
ReplyDeleteUp lg utk next episode.....
ReplyDeleteHuhuhu
hehehehhe ala ala best la kak.. gedik malu ni kak.. hihi
ReplyDeletegedik ekkk...hahaha
Deletekak! omg stop buat saya nak tercabut jantung please sambung T.T tu ke suami aulia aijsdajij rasa macam ada aura cakap yang tu memang suami dia :<
ReplyDeletesukaaaaaaaaa
ReplyDeletehaippp..jaga mata tu Rock...hehehe
ReplyDeleteai maraton dr bab 1...besttt
teruskan berkarya,,caiyok3
(zamzurisz eian ;) )
kak zurada..insyaAllah akan di naskahkan,,, sookong ye..tq
ReplyDeleteBEST NAK LAGI,DAN SELAMAT TAHUN BARU SEMUA.
ReplyDeletenak lagi..awat pendek nau kak hayati...
ReplyDelete