Prolog
“Kiah ambikkan abang
kopiah kiah. Abang hendak ke surau. Kiah dok
rumah elok-elok na. Kalau orang ketuk
pintu jangan buka, tunggu abang balik baru buka.” Lelaki itu tersenyum merenung
ku, giginya yang sudah tinggal beberapa batang itu cukup meloyakan aku.
Senyumannya penuh dengan gaya lelaki miang. Tetapi aku tidak berdaya hendak
menidakkan hak lelaki itu terhadap ku kerana dia suami aku.
“Kiah,
abang nak sayang sikit boleh?” Lelaki itu segera menghampiri ku lantas
memuncungkan bibirnya ke arah bibir ku. Aku cuba mengelak, namun dia terus juga
cuba mencium ku. Aku cuba lari, tetapi dia pegang tangan ku. Aku tergamam…
mulutnya semakin hampir ke bibir ku…
“Mak!!!
Tolonggggggggggg!” aku menjerit sekuat-kuat hati. Aku mengelepar hendak
melepaskan diri.
“Apa hal ni Kiah?” Aku
lihat mak dan abah berdiri tercegat di pinggir katil ku. Mak nampak risau
melihat aku yang berpeluh-peluh terkejut dari tidur.
“Hang
ni kenapa Kiah?” Abah pula bertanya. Aku renung abah dengan pandangan yang
sayu.
“Kiah
tak nak bertunang dengan pak haji tu bah.” Aku menjawab polos. Abah
mengelengkan kepala, mak pula menghela nafas panjang
“Oh…
itu ja ka, ingatkan apa tadi.” Mak
dan abah berkata serentak sejurus kemudian mereka segera meninggalkan aku. Aku
terkebil-kebil dalam kebingungan bercampur ‘ngeri’ bila teringatkan ‘pak haji’
itu. Trauma rasanya hendak meneruskan tidur.
Besttt
ReplyDeleteuik...citer baru...terus kan.
ReplyDeleteHuhuhuhu.... muncunh itik ekkk...
ReplyDeletekak yati... tak mau hero tuaaaaaa...
ReplyDeleteMuahahhahaha....kiah...kiahhhh....kehkehkeh..
ReplyDeletewahhh..ada citer baru..syabas ek..
ReplyDeletesampai mimpi kiah kena kawin..mesti dia ingat hj tu dh tua...bestt