Sunday, December 22, 2013

Bodyguard From Taiping- Bab 2



Bab 2




Agaknya inilah balasan kerana derhaka kepada orang tua. Sudah empat hari aku duduk di kuala Lumpur, bersendirian di hotel murah namun satu kerja pun aku tidak dapat.  Aku takut hendak minta kerja di KFC, McD atau mana-mana pusat membeli belah kerana aku pasti abang sedang mencari aku. Aku teringat pula suami yang tidak sempat ‘memperisterikan’ aku, nama penuhnya pun aku tidak tahu. Aku cuma tahu namanya Haji Lukhman, mungkin juga dato haji Lukhman, sebab abah kata dia ada title dato. Marah benar aku kerana abah dan mak cair dengan gelaran dato dan haji sehingga mengabaikan perasaan ku.



Aku menyelak helaian-helaian wang RM1 di tangan ku yang merupakan sisa-sisa wang terakhir untuk aku makan. Malam ini juga merupakan malam terakhir aku menginap di hotel murah ini tetapi mujurlah hotel ini bersih tanpa ‘ayam’ seberat 45 kilogram. Sudah dua hari aku memilih untu makan roti dan air kosong sahaja kerana ingin berjimat cermat. Namun demikian pada hari ini setelah membeli roti ada baki lagi RM3 untuk aku belanjakan esok. Kaki ku yang melecet menyukarkan aku bergerak dengan laju, cukup sakit sehingga aku berasa terlalu payah untuk berjalan. Aku bertekad untuk tidak menelefon abah kerana aku malu. Aku mesti buktikan aku mampu berjaya!.




Puas aku bertahan di tepi bangunan ini sambil memerhatikan ada beberapa lagi insan bergelandangan mula tertidur lena di celah-celah kotak yang disandar-sandarkan. Aku juga cuba mencari kotak, namun tidak bertemu. Sejuknya terasa sehingga ke tulang hitam, apatah lagi hujan semakin lebat. Perlahan-lahan aku menyusur laluan siar kaki membawa sejauh yang mampu kaki melangkah. Kesejukkan semakin menggigit, sedangkan aku tidak tahu ke mana arah tujuan ku. Lapar, sakit kaki, sakit perut sakit kepala dan kesejukkan semuanya bersatu dalam ungkapan bernama penderitaan. Aku teringat katil dan tilam ku yang sentiasa selesa di rumah. Aku teringatkan abah, teringatkan mak. Aku menangis lagi di dalam hujan yang lebat.



Ponnnnnnn..! Purrr aku disimbah air dari lopak yang dilanggar oleh sebuah kereta. Aku tidak sempat mengelak lalu terbentur jatuh terduduk. Percikan air itu sangat deras kerana kereta dipandu laju. Sebuah pacuan empat roda segera berundur melihat aku jatuh terduduk di tepi jalan. Aku terasa bagaikan hendak meraung semahu-mahunya kerana marah, terkejut dan sakit. Aku rasa tidak mampu lagi untuk terus bertahan. Biarlahlah, apa nak jadi-jadilah aku segera menerpa ke pintu pacuan empat roda tersebut lalu mengetuk-mengetuk pintu minta dibukakan kunci. Sebaik sahaja kunci terbuka aku segera menerpa masuk dengan pakaian yang basah kuyup tanpa meminta kebenaran.



            “Cepat, bawa saya balik ke rumah awak!” Aku rentap leher baju pemandu pacuan empat roda tersebut.
            “Erkk tapiiii.”
            “Tak de tapi tapi, awak bawak sekarang atau saya report polis awak sudah cederakan saya.” Aku tunjuk siku aku yang mengalirkan darah kerana terjatuh. Seluar aku juga koyak di lutut akibat terjatuh. Di sana-sini terasa sakit dan aku sedar beberapa bahagian tubuh ku yang tercalar turut mengeluarkan darah. Dia nampak teragak-agak tetapi terus memasukkan gear lalu meneruskan pemanduan. Tubuh ku terasa berdenyut merata-rata sehingga aku terpaksa melepaskan cengkaman di leher baju lelaki itu perlahan lahan. Sudahlah sakit, sejuk pula tu. Lelaki ni tidak tahu hendak perlahankan aircond ke? Aku sudah hampir kancing gigi menahan kesejukkan.



            “Masuklah, tiada sesiapa pun kat rumah ni.”
            Erk tak de sesiapa?” aku mula teragak-agak bila dia membuka pintu rumah. Aku pula basah kuyup memeluk beg.
            “Tak pe, masuklah. Sejuk duduk kat luar, lagipun luka tu kena bubuh ubat. Nanti melarat.” Aku telan air liur berkali-kali. Mata ku liar mengawasi persekitaran banglo tersebut  yang bagi ku cukup besar. Bukan setakat cukup besar malah amat besar. Lelaki itu nampak tenang, aku dapat melihat leher bajunya terdapat kesan darah yang terpalit akibat cengkaman tangan ku yang terluka. Otak ku gagal berfikir dengan lebih lanjut kecuali ingin survive.



Dia menunjukkan satu bilik yang amat bersih dan besar kepada ku. Bilik tersebut jauh lebih indah berbanding hotel murah tempat aku menginap, malah lebih indah dari mana-mana hotel yang pernah aku menginap bila melancong bersama abah dan mak. Dia turut memberikan aku beberapa helai tuala dan kain batik, dan t’shirt.
            “Haila mana pulak mamat ni dapat kain batik, mungkin bini dia punya kot.” Aku bergumam sendiri, namun apa sahaja dia bagi aku ambil, aku sambut dengan penuh kesyukuran.
            “Pergi mandi dulu, nanti datang ke  depan ye letak ubat kat luka tu.” Tenang sangat lelaki itu berbicara, dia nampak sangat menghormati aku. Aku segera mengangguk dan penutup pintu. Lega sangat dapat mandi air bersih dan mengenakan pakaian yang kering dan menghangatkan. Sebaik sahaja selesai mandi, aku segera menyelimutkan seluruh tubuh dengan selimut kerana amat sejuk.  Penghawa dingin pula sentiasa terpasang menyebabkan aku  semakin menggeletar bercampur mengantuk. Entah bila aku tertidur, tahu-tahu sahaja aku mendengar ketukan bertalu-talu di pintu.



Aku buka pintu sambil menggenyeh-genyehkan mata kerana masih belum puas tidur. Rambut sudah pastinya kusut masai kerana aku tidak  memakai tudung.
            “Ada apa ni mak, Rock ngantuk lagilah.” Aku masih memejamkan mata sambil menguap.
            “Syarifah Aulia Rukiah binti Syed Izhar…” Tiba-tiba aku bagaikan terdengar nama penuh ku disebut. Tidak ramai yang tahu nama panjang ku itu melainkan sahabat terdekat dan ibu bapa ku sendiri. Mata ku tiba-tiba sahaja jadi segar bugar bila nama penuh aku disebut. Aku bingkas bangun sambil melorotkan selimut. Terkejut bercampur hairan siapa pula yang berani panggil nama penuh ku yang feminine sangat bunyinya itu.  Aku membuka mata besar-besar.




Purrr! Berderau darah ku. Apakah ini cobaan atau benar-benar kejadian?. Berdiri di hadapan ku ialah seorang lelaki kacak yang lengkap berkemeja lengan panjang, bertali leher dan berseluar slack.
            “Hang sapa?” Aku mula bersedia untuk membuka buah judo ku.
            “Syarifah Aulia Rukiah binti Syed Izhar, awak baru bangun tidur?”
            Hang sapa dok sebut nama cheq ni?” Lelaki itu melihat jam tangannya sambil mengerutkan dahi.
            “Jom makan.” Lelaki itu tersenyum. Bibirnya merah, keningnya terletak indah di atas mata lebat, hitam dan agak rapat. Hidungnya bukan macam hidung kebanyakkan lelaki melayu sebaliknya aku dapat merasai aura wajah kacukan di mukanya. Lelaki itu juga agak tinggi, malah lebih tinggi dari aku yang memang tinggi ini. Kalau ketinggian aku ialah 5 kaki enam inci mungkin sahaja ketinggiannya mencecah enam kaki. Haila, sampai 6 kaki, macam model pula.



Otak aku kembali normal bila menyedari aku berada di rumah seseorang. Kejadian malam tadi segera terlayar jelas di minda ku apatah lagi bila ketara tubuh ku sakit-sakit.        
            “Ok.” Aku menjawab sepatah lalu terus menutup pintu. Entah kenapa aku rasa lelaki itu merenung aku dengan pandangan yang amat dalam. Paling menghairankan, bagaimanakah dia tahu nama aku yang glamer ni. Selesai mandi aku segera keluar. Lelaki itu telah sedia menunggu di hadapan pintu, haila agaknya dia memang telah tunggu aku dari tadi.
            “Jom ke dapur.” Aku angguk dan mengekorinya. Aku pakai baju yang dia bagi semalam kerana semua baju ku basah, beg aku juga turut basah.
            “Eh mana beg saya?”
            “Beg apa?”
            “Beg baju, saya lupa nak bawa masuk semalam.”
            “Ada, semua dah basah dalam tu. Saya dah masuk mesin cuci.” Gulp! Aku tercekik air liur, dia cuci pakaian ku yang memang tidak pernah bercuci selama aku menginap di hotel?.
            “Maaf, ampaian saya sikit je, jadi saya hangerkan sahaja pakaian-pakaian awak tu.” Mak! Dia sidai pakaian ku? Matilah aku macam ni! Tiba-tiba aku rasa muka ku jadi panas berbahang, aku bagaikan ditampar berdas-das dengan jurus-jurus maut dia yang berwajah suci itu.



Aku lihat dia tenang sahaja tanpa sebarang riak pelik. Namun aku terbayang pula seluar-seluar cute aku yang kesemuanya bergambar kartun. Memang saiz aku yang tidak bergitu besar ini menyebabkan aku gemar memakai seluar dalam bercorak. Ada yang bergambar Hello Kitty, ada yang bergambar Mickey Mouse tetapi hampir keseluruhannya berwarna terang. Entah kenapa aku suka warna terang. Bagi ku warna terang menimbulkan aura keceriaan dan rasa yakin diri yang tinggi.



Nasi bungkus itu cukup menyelerakan aku. Aku memang kelaparan setelah tidak menyentuh nasi selama 3 hari, hanya makan roti kosong sahaja. Kami makan dengan tenang. Sebaik sahaja dia menyinsingkan lengan baju hingga ke siku, aku dapat melihat kulit cerahnya ditumbuhi roma-roma keperangan yang agak lebat. Cara dia makan amat tertib di hujung jari dan makanan yang dimakan langsung tidak bersisa. Mungkin dia sedar aku memerhatikan dia makan, namun dia hanya bersikap selamba sahaja. Aku pula yang letih cuba mengawal mata dari terus memerhatikannya.



            “Kenapa  Aulia keluar malam-malam semalam, keluarga tak risau ke?”
            “Mana tahu nama penuh saya?”
            “Ni.” Lelaki itu menghulurkan kad pengenalan ku. Aku tergamam bila matanya tepat memandang aku. Aku tidak berdaya menentang pandangan hening itu.
            “Nama saya Hakimi, Lukhman Hakimi bin Haji Hamzah.” Aku angguk-anggukkan kepala.
            “Cheq panggil encik Kimi boleh?”
            “Panggil saya Lukhman.” Entah kenapa bila dia sebut Lukman, aku rasa macam alergik sangat. Mungkin dia sedar perubahan wajah ku bila dia meminta aku memanggilnya Lukhman.
            “Kenapa cik Aulia?”
            “Tak da apa aih, jangan panggei cheq Aulia, call me Rock ok… Rock.”  aku tunjukkan isyarat peace kepadanya. Dia tersenyum, entah kenapa senyuman dia buat aku rasa bagai hendak hantuk kepala ke dinding biar waras kembali. Aduhai, bala apakah ini?.
            “Baik Rock, Rock boleh panggil saya Akim, ini nama rock saya.” Lelaki itu ketawa perlahan, dan ketawa itu bagaikan mencetuskan bom biologi di hati ku. Wah,habislah aku kalau macam ni.



            “Saya cari kerja ni.” Terus terang sahaja aku bercakap, malas hendak berbasa basi lagi. Aku harus keluar dari rumah ini atau aku bakal dilanda musibah yang lebih besar, aku takut ‘tersuka’ kepada Akim. Sudahlah kacak, kaya pula tu malah paling hebat dia seorang yang tenang dan penuh karisma.
            “Rock nak cari kerja apa?”
            Gheja kuli kot, SPM pun kantoi cukup-cukup makan ja.”
            “Cuba spesifik sikit.”
            “Bagi cheq jadi jaga pun ok dah.”
            “Boleh bawak kereta?” Aku angguk kepala.
            “Tahu seni bela diri.” Aku angguk lagi.
            “Boleh menembak?” Aku angguk lagi sebab memang betul aku pandai menembak. Di sekolah dulu aku pasukan kadet polis, memang aku ada mengikuti latihan menembak. Akim tersenyum dan senyuman dia pun bagaikan peluru sesat yang boleh menembusi hati ku kalau tidak di pasang perisai secukup-cukupnya.
            “Jadi bodyguard saya boleh?”
            “Apa bodyguard?!” Akim menganggukkan kepala.
            “Saya bayar Rock RM3000 sebulan, tapi Rock kena escort saya ke mana sekali pun 24 jam. Makan dan penginapan saya tanggung. Jadi driver saya dan jaga keselamatan saya.” Aku tenung wajah Akim dan dia angguk kepala sambil tersenyum. Aku pula membayangkan RM3000 yang bagi cukup besar dengan kerja semudah itu. Makan dan penginapan ditanggung pula tu. Wah! bagaikan bulan jatuh ke riba. Aku melihat kesungguhan di wajahnya, matanya tepat memandang ku.” Aku angguk kepala tanda setuju.


           
            “Bila saya kena mula kerja?” Aku bertanya jujur.
            “Lepas solat zohor ni, Rock hantar saya ke pejabat dan tunggu saya sampai balik dari pejabat.”
            “Tapi baju saya basah lagi.”
            “Nanti kita cari baju lepas ni, pakai baju saya dulu. Nanti salin kat sana.” Aku angguk kepala kerana aku memang sempoi, aku dah biasa pakai baju abah. Jeans abang juga aku biasa pakai, apatah lagi t’shirt abang-abang ku. Mak pun akan geleng kepala bila aku mula bergaya macam lelaki. Aku mula rindukan mak dan abah, sejak lari dari rumah, aku langsung tidak pernah menghubungi mereka.



Akim menyerahkan kunci kereta kepada ku, aku tergamam.
            Cheq mana gheti jalan kat sini bos.”
            “Panggil saya Akim. Tak pe, saya tunjuk.”
            “Beres bos.” Aku segera menyambut kunci kereta itu dengan senyuman lantas melihat logo pelik pada keychain kunci tersebut. Aku membelek-belek Keychain yang cantik dan nampak amat ekslusif itu dengan dahi yang berkerut. Aku sedar Akim pula sedang memerhatikan aku membelek kunci keretanya, wallah! Kunci pun dah cantik, apatah lagi keretanya.  Aku angkat bahu untuk sesuatu yang aku sendiri tidak tahu.
           

4 comments: