Monday, December 23, 2013

Bodyguard From Taiping- bab 3



Bab 3




Baju Akim gedoboh pada ku. Seluarnya juga amat panjang sampai aku terpaksa membuat beberapa kali gulungan. Nasib baik aku pakai baju lengan pendek, tetapi jeansnya memang panjang. Aku geli hati melihat wajah ku memakai pakaian dia. Rambut ku yang agak panjang aku buat ‘tocang lipan’. Aku nampak ada topi merah dalam almari bilik yang aku huni, aku ambil dan pakai. Sekali tengok memang aku macam budak nakal, tapi aku baik sebenarnya.



Terkebil-kebil Akim memandang aku yang sedang memakai pakaiannya.  Amat kontra sekali dengan dia yang berpakaian kemeja dan slack hitam. Aku hanya tersengih memandang dia yang melihat aku tidak berkelip mata.
            “Jom.” Aku bagi dia isyarat untuk keluar. Dia angguk kepala sambil menghela nafas panjang.
           


            Allamak! Kereta apa ni?”
            “Kenapa pulak.”
            “Pasaipa terkalih?”
            “Mana ada terbalik atau terkalih, betul lah ni!”
            “Aduilahhhh…. Tak da gheta lain ka?”
            “Sekarang awak boleh bawak ke tak boleh?” Aku gelengkan kepala berkali-kali sambil menghela nafas panjang.
            “Proton Saga tak da ka?” Kali ini Akim pula tarik nafas panjang. Aku terus berpusing mengelilingi kereta tersebut, sambil mengelus-ngelusnya. Cukup cantik, aku tidak pernah tengok kereta secantik ini. Bagi aku, reka bentuk kereta ini amat sempurna dengan warna yang juga amat sempurna. Warna hitam di luar dan bahagian dalamnya cukup elegan dengan warna hazel. Aku melihat jenamanya Porsche Cayenne. Gulp! aku telan air liur, betul ke depan aku ni kereta Porsche?
            “Ini ke kereta malam tadi tu?” Akim mengangguk.
            Fuiiyowww, exzos ada empat lah, ni empat empat ke keluar asap?” Akim tersenyum dan menganggukkan kepala.
            “Saya ingat awak bawak kereta Ixora atau CRV.” Akim tersenyum melihat gelagat ku.  Aku pula menarik nafas sedalam-dalamnya.




Pertama kali melihat dan memandu kereta dengan tempat pemandu di sebelah kiri. Kekok! Memang kekok tetapi Akim macam percaya penuh menyerahkan nyawanya kepada ku. Aku memandu dengan penuh rasa takjup. Porsche meluncur, kaki ku tidak terasa menekan throttle, selesa dan amat berbeza dengan proton saga 1.3 milik abang ngah yang aku selalu curi bawa. Itupun kedekutnya separuh nyawa, kalau aku minta untuk bawa secara baik macam-macam syarat dia beri. Kalau along lagilah macam haji bakhil, baru ada kereta Gen-2 macam ada kereta BMW. Walaupun abang Ngah kedekut, aku selalu sahaja curi bawa, dan dia sampai tak sanggup nak membebel lagi sebab mak mesti akan menyokong aku. Kereta abah pula berjenama Waja, kami semua pecinta kereta buatan Malaysia. Itupun sudah cukup gah di kampung ku. Lagipun itu sahaja yang kami mampu.



Jalan jem benar-benar membuatkan aku cuak, mujurlah kereta ini selesa. Akim kelihatan tenang sahaja dengan gajetnya. Sesekali dia memanggungkan kepala bila aku mula laju. Aku faham, lalu memperlahankan kenderaan. Destinasi kami ialah KLCC, Akim kata pejabatnya di sana. Aku ikut sahaja arahan yang diberikan. Akim ada lot parking sendiri jadi tidak susah aku hendak mencari tempat parkir.
            “Tunggu saya habis kerja, nanti kita shopping baju awak.” Aku angguk kepala bersetuju.
            “Tapi saya kena tunggu kat kereta ni ke?” Dia tersenyum lantas menghulurkan briefcasenya kepada ku.
            “Kan bodyguard saya, so bodyguard kena lah ikut bos.”
            “Baik bos!” Aku tidak lagi memanggilnya dengan nama.
            “Panggil saya Akim.” Dia angkat kening aku pula menganggukkan kepala. Seronok pula bila boleh panggil bos dengan nama sahaja.



Wow! Masuk sahaja ke dalam pejabatnya aku bagai rusa masuk kampung. Seorang perempuan rugged dengan topi merah, membawa briefcase bosnya yang kacak bergaya bagaikan seorang model catwalk, semua memandang aku dengan renungan pelik. Apa yang pelik sangat, takkan mereka tidak pernah tengok perempuan pakai jeans besar dan labuh atau takkan mereka tidak pernah tengok perempuan pakai t’shirt lelaki. Aku mengekori Akim masuk ke bilik pejabatnya, lantas meletakkan briefcasenya di tempat duduk. Buntu aku kalau terpaksa menunggu dia balik. Sekarang baru pukul tiga petang, kalau dia balik lewat maka lewat jugalah aku terpaksa balik.
            “Saya nak kena buat apa ni?”
            “Buatlah apa sahaja asalkan awak suka.”
            “Saya keluar jalan-jalan ye, nanti saya datang balik.” Akim mengangguk.
            “Jangan jauh-jauh, nanti sesat.”
            “Aik, saya bodyguard ke awak yang bodyguard?” Aku kenyitkan mata kepadanya. Dia minta aku tunggu dan memberikan aku not RM100. Bagi ku ia gaji pendahuluan.



Aku tidak tahu hendak ke mana di KLCC ini. Semuanya mahal sampai harganya tidak masuk akal. Agaknya inilah yang dinamakan taraf hidup, apa yang hebat sangat dengan KLCC aku pun tidak tahu. Bagi ku yang sudah terbiasa dengan pasar malam ini, KLCC bukan idaman ku untuk mencari keseronokkan. Aku pulang semua ke pejabat Akim setelah puas merayau.
           

            “I tak suka you angkut pompuan masuk rumah kita!”
            “Mana rumah you, itu rumah I ok!”
            “Macam mana I nak jawab kat Mikhael kalau dia tahu di rumah daddynya  ada perempuan lain, perempuan selekeh yang entah datang dari mana.”
            “Jangan nak babitkan Mikha dalam hal ini, I dah sediakan you tempat tinggal, I bagi you nafkah yang cukup. You nak apa lagi Lynn?”
            I want you Lukhman! Give me one more chance please.”
            No Lynn, there is no chance for you. I dah bagi you banyak masa, but you choose the wrong way.”
            Come on Lukhman, semua orang buat silap. Please demi Mikha, demi anak kita.”
            “Cukup Lynn, cukup!” Aku dengar suara Akim bertengkar dengan seseorang. Aku mula bimbang hendak masuk kerana mungkin sahaja aku mengganggu mereka. Tapi siapa Lynn? Siapa pula Mikha?.



Kakitangan encik Akim masing-masing memandang aku yang terkulat-kulat di luar pintu pejabat. Tiba-tiba baru aku perasan, di luar pintu pejabat tertulis nama Dato  Lukhman Hakimi.  Allamak! Takkan dia dah jadi dato kot?  Ini bukan pejabat dia, tapi pejabat ayah dia. Tapi kan nama dia Lukhman Hakimi! Aku tanggalkan topi lalu tengok betul-betul. Betullah apa yang aku baca, memang nama Dato Lukhman Hakimi terpampang di depan pintu. Nasib baik tidak ada haji, kalau ada haji macam familiar pula nama itu.



                        “Hai, saya Nelly.” Tiba-tiba sahaja ada seorang gadis berkebaya pendek dan bertudung datang menghampiri ku.
                        “Oh hai, saya Rock aka Rukiah binti Izhar.” Sedapnya nama dia macam nama pelakon.
                        “Oh Rukiah…” Perempuan itu nampak tersenyum-senyum menyebut nama ku. Hello nama anakanda rasullulah pun Rukiah tahu! Abah letak nama ku Rukiah sempena nama anak rasullulah. Aku langsung tidak malu dengan nama ini malah bangga kerana aku masih mewarisi nama melayu klasik. Nelly meninggalkan aku bila melihat aku merenung dia ke atas sampai ke bawah. Aku jauh lagi tinggi dari dia meskipun hanya memakai kasut leper. Aku seluk poket lalu bersandar di pintu bilik Akim, tidak sampai hati aku hendak masuk. Mungkin kalau aku masuk kurang sesuai.



Seorang pemuda tiba-tiba menawarkan kerusi kepada ku.
                        “Hai! saya Airiel, duduklah.” Wah baiknya budi bahasa budak ni, anak siapa lah agaknya. Airiel seorang pemuda sederhana yang berkerja sebagai ‘budak pejabat’ ditempat Akim. Aku dapat melihat wajah jernihnya bila dia tersenyum. Aku menumpang di meja Akim yang terletak tidak jauh dari bilik Akim.
                        “Panggil saya Rock.” Aku cuba memaniskan muka semanis-manisnya kerana Airiel sentiasa tersenyum dari tadi.
                        “Airiel nampak Rock datang dengan dato Lukhman tadi, erkk kerja dengan Dato ke?”  Wah!betullah Akim ni dato, untunglah muda-muda dah ada pangkat dato.
                        A’ah jadi bodyguard  Akim.” Aku menjawab selamba.
                        “Akim?” Aku sedar mungkin aku silap sebut.
                        “Dato Lukhman.” Aku menjawab separuh hati kerana alergik dengan nama Lukhman.
                        Bodyguard?” Aku lihat Airiel senyum meleret bila aku sebut bodyguard.
                        Yess I’m bodyguard from Taping… ada masalah ke? Aku tengok Airiel melongo dengar aku speaking, sebenarnya hanya itu sahaja ayat yang aku tahu pun. Itupun setelah beberapa kali cuba hendak menyebutnya, berbelit juga lidah ku.  Aku dengan Akim berbual panjang, dia menyediakan aku  secawan kopi 3 in 1 yang langsung tidak sedap di minum. Kalau di kampung aku mesti tambahkan sedikit lagi susu supaya rasanya lebih enak.
           


                        “Riel ada lagi tak air ni?”
                        “Ada, nak lagi ke.” Aku gelengkan kepala tapi meminta Airiel menunjukkan aku tempat untuk membuat air. Dia menunjukkan aku pantry tempat mereka minum-minum dan membancuh air. Tiba-tiba aku teringatkan Akim. Aku terpandang juga milo 3in1. Aku rasa mesti Akim stress jadi aku bancuhkan dia satu mug milo panas yang telah aku ubahsuai sedikit mengikut selera aku. Aku tambahkan sedikit cappuchino dalam milo tersebut dan dimasukkan sedikit susu pekat. Wah! Memang sedap tahap boleh menjulingkan biji mata. Aku juga sediakan beberapa keping biskut yang ada di pantry itu, lantaklah siapa punya. Dia bos maka kalau ada sesiapa yang mintak ganti nanti aku akan claim dari dia sahaja. Airiel tengok sahaja apa yang aku buat, kasihan pula aku, lantas aku buatkan dia secawan. Melambung-lambung dia puji, memang aku pakar bancuh air di rumah. Abah lebih suka aku yang bancuh air berbanding mak, abah kata mak bancuh manis sangat tahap boleh kena potong kaki. Ayat abah memang tidak boleh tahan, cair otak mendengarnya.





Aku tolak pintu bilik Akim, aku lihat dia sedang berdiri dengan tangannya ditekap di atas meja. Dia nampak terkejut, wanita yang berada didepannya juga terkejut melihat aku masuk. Aku lagi terkejut melihat cara berpakaian wanita itu. Allamak! Skirt ketatnya tahap boleh membuatkan bola mata aku merekah. Serta merta aku bersiul…phewwittttttt! Aku terlopong. Kaki wanita itu punyalah panjang dengan kasut tinggi tahap boleh dipacakkan buat tukal untuk tanam jagung. Putih melepak macam ‘mem saleh’, lipstick warna oren dan baju yang juga sendat. Haila macam manalah dia ni hendak bernafas dengan baju sesendat ini.


                        “Ini yang  you  kata PA you? Huh! langsung tak sophisticated. You betul-betul tak de taste Lukhman. Tengokpun I rasa loya, selekeh sangat!. Wait! Dia pakai baju you yang I belikan, you melampau Lukhman!” Argh sudah! Drama apa pula kali ini, aku pun terbabit sekali. Perempuan itu mengelilingi aku yang sedang memegang mug berisi air milo yang mungkin sahaja telah suam. Aku tengok Akim tenang memandang ku. Tiba-tiba wanita itu terus menepis air yang sedang ku pegang sehingga menyebabkan mug yang aku letakkan di atas piring jatuh. Serta-merta juga tindakan reflex aku berlaku, aku menyambut mug tersebut dengan hanya sedikit kocakan. Aksi ala kungfu berlaku dengan amat spontan sehingga aku juga tidak menyangka ia boleh berlaku. Fuh! Lega cuma tangan aku terkena air milo panas, walaupun sedikit, tetapi perit juga. Wanita itu nampak terperanjat dengan aksi aku sedangkan Akim angkat kening dan tersenyum. Tiba-tiba aku rasa hendak hantuk mug ke kepala bila melihat senyuman dia. Rasanya senyuman dia lebih manis dari milo yang aku bancuh ini.



                        “Nak letak mana ni?” Aku tanya Akim, dia menggamit aku datang rapat ke mejanya.
                        “Awak pergi mana tadi?”
                        “Saya ada kat luar sembang dengan Airiel.”
                        “Lain kali jangan tinggal saya lama-lama, nanti saya rindu.” Akim berbisik kepada ku . Kali ini aku rasa jantung aku macam hendak pecah!.Wanita seksi yang berada berdekatan dengan kami nampak amat marah dan tidak senang duduk.
                        “You jangan nak buat scandal dengan budak selekeh ni ye Lukhman.!”
                        Why not kalau sama-sama suka. It’s doesn hurt you, rite?”  Wanita itu mendengus  lalu tergesa-gesa meninggalkan kami. Aku tarik nafas lega, Akim juga tarik nafas lega.
                        “Air ni untuk saya ke?” Aku angguk kepala. Dia minum dengan penuh tertib.
                       “Sedap, alhamdulilah.” Aku tengok Akim minum dengan berselera sekali dengan biskut yang aku bagi. Aku tanggalkan topi lalu melihat-lihat ke dalam rak-rak fail yang tersusun dengan kemas. Aku tidak tahu hendak buat apa, Akim pula tekun melakukan kerja-kerjanya. Aku segera mengutip semula mug setelah melihat Akim selesai minum.

           


16 comments:

  1. best kak.... hero dia ni alim ke kak?

    ReplyDelete
  2. Tak boleh bayang la kak macammana rock bgtau kat ariel doa bodyguard from taiping tu. Akim ni duda ke. Wah suka suka...nak lagi kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silalah bayangkan..akk pun dah tergelak2 buat babak ni..mmg nampak rock yg naif

      Delete
  3. suami si rock ni eh??

    ReplyDelete
  4. Nasib baik tak lipstik ungu....hahaaha

    ReplyDelete
  5. kompom hj lukhman ni.......ngeeeeeeeeeee

    maslina aini

    ReplyDelete
  6. Up lg..x sabr nie..kak hayati up bnyk2 tau

    ReplyDelete
  7. saya SANGAT suka!!! konpem Akim tu laki dia... hehe

    ReplyDelete
  8. mmg duda encem ni pilihan fmliy Rock..Hj Lukhman...hehehe

    ReplyDelete
  9. sedap kan..air tuh en luqman..hehe..awatla rock tak tuang je air tuh kat lynn??

    ReplyDelete