Tuesday, December 24, 2013

Bodyguard From Taiping- bab 4



                                                               Bab 4






Terkebil-kebil aku mengikut Akim shopping, dia ni betul-betul kurang waras. Pakaian yang dia belikan untuk aku buat aku rasa macam hendak masukkan sahaja baju-baju itu dalam frame dengan tag harganya sekali. T’shirt sahaja mencecah ratusan ringgit belum lagi jeans aku yang dia pilihkan. Macam mana dia tahu saiz aku, IQ aku bukan rendah sangat hendak meneka kerana dia telah sidai pakaian aku, jadi bukan setakat jeans, seluar dalam dan coli aku pun dia tahu saiznya. Biar betul dia memang singgah di bahagian pakaian dalam wanita! Aku terkebil-kebil, kali ini aku rasa macam hendak hantuk kepala dia ke lantai pula. Agak-agaklah kalau hendak belikan aku pakaian dalam sekalipun.
           


                        “Kenapa berdiri di situ, marilah pilih.” Aku rasa macam tersangkut tulang selangka! Tapi dia anggukkan kepala tanda mengiyakan kata-katanya. Tangannya sarat dengan pakaian yang dia sendiri pilih. Tidak kuasa aku hendak memilih, kerana fesyen pakaian di situ memang kurang sesuai dengan selera aku. Bagi aku pakai t’shirt Four square pun sudak cukup meskipun lehernya akan kembang kalau dibasuh beberapa kali.
                        “Biar betul ni!”
                        “Betullah.”  Dia tersenyum, macam tidak  kekok sahaja dia berada di bahagian pakaian dalam wanita itu. Lengan baju kemeja yang di gulung sehingga ke paras siku menampakkan sedikit aura rugged pada dirinya.
                        “Saya tak biasalah Kim, maaf.” Aku mengalah bila melihat dia bersungguh-sungguh hendak membelikan aku pakaian dalam. Aku tertunduk, muka ku rasa sudah bertukar macam-macam warna. Tiba-tiba Akim ketawa lantas menghampiri ku.
                        “Rock pilihlah, saya tak ikut. Saya tunggu di kaunter bayaran.”
                        Cheq tak tahu.” Aku membalas jujur. Dia nampak terkejut.
                        “Habis selama ni siapa yang belikan?.”
                        “Mak dan abah, yang spender tu abang ngah belikan tu pun kalau kalau cheq yang suruh.”
Aku lihat Akim berubah wajah bila aku menjelaskan dengan jujur. Dia menarik nafas panjang. Aku nampak Akim bercakap sesuatu dengan sales girl di situ.
                        “Perempuan tak pakai spender, tapi panties.” Akim bercakap dengan ku sebelum  meminta sales girl di situ membantu aku mencari pakaian dalam. Macam-macam dia cadangkan kepada ku, puas aku mencari seluar dalam yang ada gambar superman, namun tiada dijual di tempat ini. Bila aku sebut hendak seluar dalam gambar superman dia hanya tersenyum melihat ku. Bukan teruk pun, gambar superman sahaja, bukan aku minta gambar  Justin Bieber pun.




Sampai di rumah aku sangat letih, entah siapa yang beriya shopping, aku ataupun dia?. Yang pasti Akim telah berbelanja besar untuk ku. Entah apalah yang dia beli aku pun tidak pasti. Satu per satu pakaian aku cuba, semuanya sedang elok di tubuh. Fesyennya sahaja yang aku tidak suka, adakah patut dia belikan aku blouse yang beropol-ropol atau yang berikat tali dipinggang. Euwww… gelinya aku hendak pakai ‘benda’ macam itu. Aku rasa macam hendak pulangkan sahaja semua jenis pakaian tersebut, tapi nampak sangat aku tidak tahu berterimakasih dan bersyukur.




Aku dengar pintu bilik diketuk, bila aku membuka pintu Akim tercegat di hadapan ku dengan  short pants separas lutut dan t’shirt putih entah jenama apa yang pasti memang nampak muda sepuluh tahun dari pakaian rasminya di pejabat.
                        “Jom.”
                        “Kemana?” Aku kerutkan dahi.
                        “Esok kan cuti, jom temankan saya tengok wayang.” Tengok wayang??? Kalau abah tahu aku pergi tengok wayang mati aku kena tonyoh ke dinding. Abah kata tengok wayang ‘lagha’ sampai tinggal waktu solat atau melewat-lewatkan solat. Aku garu kepala yang tidak gatal bila teringatkan pesan abah tatkala abang ngah bercadang menonton wayang dengan ku.
                        “Tak boleh tengok wayang, nanti abah marah.” Aku jawab selamba tanpa rasa bersalah langsung walaupun sedar aku dalam tugas.
                        “Sekarang mana ada abah, abang adalah.” Abang?? Aku rasa dia buat lawak, bila pula along dan abang ngah datang.
                        “Mana along…mana abang ngah macam mana depa boleh caghi cheq sampai sini?” Aku memang tidak boleh mengawal loghat Taiping aku bila panik begini.
                        “Abang ni lah.” Akim tunjuk kepada dirinya sendiri. Aku tenung dia, dia tenung aku dan aku baru perasan bibirnya merah semulajadi dan matanya pula berwarna coklat gelap. Ya Allah! Tiba-tiba aku rasa macam hendak sujud syahwi pula, tolonglah jangan tersuka kepada bos ku sendiri. Rock ok Rock, hidup ini hanya sebahagian dari helaan nafas, kau harus bertahan Rukiah! Bertahanlah! Bum! Aku tutup pintu laju-laju menahan diri dari memandang dia lebih lama atau aku akan menanggung dosa yang amat besar, sudahlah lari dari rumah, derhaka kepada ibu bapa kini derhaka kepada suami yang belum aku kenali.



                        “Adoiiiii!!” Aku dengar bunyi benda terhantuk di luar.  Aku tergamam lantas serta merta aku buka pintu semula. Ya Allah! Akim sedang menekup mukanya sambil bertinggung. Aku nampak tangannya berdarah. Aku telan air liur berdas-das dengan rasa cuak yang tidak mampu digambarkan dengan perkataan. Aku terus berlari mengambil tuala lantas menarik tangannya dengan berlapikkan tuala. Sekali lagi aku diserbu gemuruh yang membara, hidung mancung Akim berdarah, banyak sehingga menitis ke bajunya yang berwarna putih. Muka Akim merah padam, dia tepis tangan aku. Aku tahu dia marah lantas aku tutup pintu kembali, biarlah dia tenangkan diri sendiri. Tidak kuasa aku hendak memujuk, tapi bagaimana kalau hidungnya patah?. Aku bersandar di pintu bilik dengan perasaan resah. Lama aku menunggu, tiada satu bunyipun di luar, aku tahu pasti Akim sudah beredar dari sana.



Akim berbaring di sofa ruang tamu dengan mata yang terpejam dan muka yang ditutupi tuala basah. Aku tengok di sebelahnya terdapat takungan air di dalam besen kecil dengan kesan darah. Darah juga membasahi beberapa helai sapu tangan di sekitar besen tersebut. Mungkin Akim tertidur, perlahan-lahan aku ambil dan kemaskan semua barang-barang tersebut lantas mencuci tuala itu bersih-bersih. Aku ke dapur lantas buatkan Akim satu mug air mocha, lantas berkira-kira untuk masak nasi goreng ‘bodoh’. Semua bahan ada dalam peti sejuk, aku pun ber’tukang’lah sesuka hati, lagipun nasi ‘goreng’ bodoh ku memang makanan ruji aku di kampung. Aku memang tidak suka makan nasi berlauk.



Aku duduk tunggu Akim sedar dari tidur, perlahan-lahan aku tarik tuala lembap yang menutupi hidungnya. Ya Allah! Bengkak dan nampak senget, aikkk takkan patah kot?. Dia tarik balik tuala itu lalu menutup mukanya kembali, aku tarik balik perlahan-lahan.
                        “Jangan kacaulah…” Dia bersuara perlahan. Rasanya dia tidak marah kot.
                        “Makan jom.”
                        “Awak makanlah dulu.” Dia terus menutup mukanya.
                        “Saya minta maaf.”
                        “Benda dah jadi.” Dia bersuara tenang. Aku tarik kembali tuala di mukanya, dia pejam sahaja. Aku tenung wajahnya yang tenang terpejam. Walaupun nampak bengkak, hidungnya masih terletak indah di wajah, bibirnya renggang sedikit dengan wajah yang amat bersih. Mungkin dia sedang bernafas melalui mulut.
                        “Tak payah tengok saya, pergi call mak tu. Bagi tahu awak dapat kerja dengan saya.”
                        “Takutlah, nanti mak marah.” Aku tunduk menahan rasa. Aku tahu kata-kata Akim ada benarnya.”
                        “Mak awak tak marah, dia risau.”
                        “Mana awak tahu?”
                        “Mak mana tak sayang anak, awak call lah. Kesian mak dah menangis cari awak.” Dia ni macam tahu-tahu sahaja pasal keluarga aku. Aku diam sahaja kerana aku pasti kalau aku telefon pasti mak suruh aku balik. Kenduri perkahwinan aku lagi sepuluh hari sahaja lagi.
                        “Saya tak nak balik.” Aku bersuara mendatar. Akim bangun lalu memandang aku dengan renungan hening.
                        “Kenapa tak nak balik? Tak sayang keluarga? Kita hanya ada sepasang ibu bapa yang tiada gantinya sehingga akhirat kelak, bukan semua orang bernasib baik ada ibu-bapa yang penyayang. Aku hela nafas panjang dan aku lihat Akim bersungguh-sungguh meminta aku balik.
                        “Saya takut dan saya tak nak balik.”
                        “Kenapa? Boleh share dengan saya.” Aku terdiam dan tidak dapat meneruskan kata-kata ku. Aku tidak sanggup menyatakan tentang perkahwinan tanpa rela ku kepada Akim. Nampak sangat aku memang manusia tidak berguna. Bukankah soal jodoh itu kuasa Allah swt. Aku macam menolak takdir. Aku lihat Akim menarik nafas panjang.





Setelah memastikan nasi goreng bodoh ku terhidang, aku kembali masuk ke bilik. Ada satu perkara yang tiada siapa pun tahu, aku gemar menulis puisi. Aku akan menulis mengikut rasa hati, dan kadangkala aku larut dalam puisi-puisi yang aku anggap picisan dan sukar dimengertikan. Walaupun demikian, aku tetap suka walaupun aku sedar ia hanya tentang diri ku sendiri.

Hidup ini singkat...sekadar helaan nafas
buih-buih yang menghilang satu persatu
membolosi masa... sekadar kudratnya
saling mengalun angklung resah oleh ketidaksyukuran
berpusar pada satu titik... matlamat
resahnya aku... dihambat walang
menoleh oleh rasa yang ketinggalan
puing-puing yang tidak terkutip... yang tertinggal jauh
berkolek mencari dayung yang patah
akukah...kasih yang tertinggal
sekadar iradatNya jua
malai dalam keharuman... tarbiah dan juang yang tiada akhir
mohon..bimbinglah aku agar tidak tenggelam… Syarifah Aulia Rukiah aku menulis catatan ini pada sehelai kertas lalu aku carikkan kertas tersebut dan aku keronyokkan lalu membuangnya ke dalam tong sampah.




Aku termenung bila mengingatkan kata-kata Akim. Memang ada benarnya, tetapi aku tidak sanggup mendengar rayuan mak yang meminta aku balik. Paling aku takut ialah aku terpaksa menerima seorang pak haji sebagai suami. Eh! betulkah aku sudah berkahwin, jadi sekarang ini status aku isteri orang?. Ya Allah besarnya dosa ku, dosa kepada orang tua, dosa kepada suami yang langsung tidak ku hadap. Aku resah diperbaringan. Kenapa aku boleh mengambil tindakan sejauh ini?.

15 comments:

  1. Sian ke abe aji rockk oiiii...hahahaha..

    ReplyDelete
  2. Seperti biase saya mmg suke dgn setiap entry kak hayati..Seperti sy lah si Rock yg tersgt Rock!!Haha..

    ReplyDelete
  3. Seperti biase saya mmg suke dgn setiap entry kak hayati..Seperti sy lah si Rock yg tersgt Rock!!Haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rock yang naif...Rock yg lurus..Rock yang keras hati tp rock juga seorang yg lembut dan penyayang...

      Delete
  4. Sujud sahwi ko na buat apa rock....hahaha....kesian akim hidung jadi senget. Tau takut rock derhaka kat suami. Kak nak lagi

    ReplyDelete
  5. Good...
    Tp nape rock x minta pindah ajer dr tggl berdua gitu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akan dijelaskan dlm bab seterusnya kak Ayu, pd entry akan dtg pembaca akan faham kenapa dan masa ni br hari kedua rock di rumah hj Lukhman

      Delete
  6. Hahaha rock ni mmg btul btul rock la

    ReplyDelete
  7. terbaik kak.. biarlah aksi dera mendera diteruskan hewhehwhehw

    ReplyDelete
  8. cayaaaalah Rock...
    cian abg Akim...huhuhu

    ReplyDelete