Saturday, December 21, 2013

Bodyguard From Taiping- Prolog



Prolog





“Kiah ambikkan abang kopiah kiah. Abang hendak ke surau. Kiah dok rumah elok-elok na. Kalau orang ketuk pintu jangan buka, tunggu abang balik baru buka.” Lelaki itu tersenyum merenung ku, giginya yang sudah tinggal beberapa batang itu cukup meloyakan aku. Senyumannya penuh dengan gaya lelaki miang. Tetapi aku tidak berdaya hendak menidakkan hak lelaki itu terhadap ku kerana dia suami aku.
            “Kiah, abang nak sayang sikit boleh?” Lelaki itu segera menghampiri ku lantas memuncungkan bibirnya ke arah bibir ku. Aku cuba mengelak, namun dia terus juga cuba mencium ku. Aku cuba lari, tetapi dia pegang tangan ku. Aku tergamam… mulutnya semakin hampir ke bibir ku…
            “Mak!!! Tolonggggggggggg!” aku menjerit sekuat-kuat hati. Aku mengelepar hendak melepaskan diri.



“Apa hal ni Kiah?” Aku lihat mak dan abah berdiri tercegat di pinggir katil ku. Mak nampak risau melihat aku yang berpeluh-peluh terkejut dari tidur.
            “Hang ni kenapa Kiah?” Abah pula bertanya. Aku renung abah dengan pandangan yang sayu.
            “Kiah tak nak bertunang dengan pak haji tu bah.” Aku menjawab polos. Abah mengelengkan kepala, mak pula menghela nafas panjang
            “Oh… itu ja ka, ingatkan apa tadi.” Mak dan abah berkata serentak sejurus kemudian mereka segera meninggalkan aku. Aku terkebil-kebil dalam kebingungan bercampur ‘ngeri’ bila teringatkan ‘pak haji’ itu. Trauma rasanya hendak meneruskan tidur.

6 comments:

  1. Huhuhuhu.... muncunh itik ekkk...

    ReplyDelete
  2. kak yati... tak mau hero tuaaaaaa...

    ReplyDelete
  3. Muahahhahaha....kiah...kiahhhh....kehkehkeh..

    ReplyDelete
  4. wahhh..ada citer baru..syabas ek..
    sampai mimpi kiah kena kawin..mesti dia ingat hj tu dh tua...bestt

    ReplyDelete