Bab 8
“Saya nak pindah.” Aku bersuara
tenang pagi itu. Akim nampak sudah cukup sihat. Malam tadi aku jaga dia sampai
ke subuh, sampai aku tertidur duduk di tepi dinding. Tahu-tahu bila tersedar
aku sudah elok terbaring atas lantai berbantal dan berselimut. Dia juga baring
atas lantai dan nampak tidur dengan lena setelah makan bersuap. Kasihan katil,
tiada siapa yang sudi tidur di atasnya.
“Pindah?”
Akim nampak terkejut dengan kata-kata ku.
“Yelah
pindah awak lelaki, saya perempuan…
kalau kena tangkap basah kan susah.”
“Takkan
kena tangkap basahnya, saya jamin.” Dia menjawab yakin.
“Hal
nak jadi, mana kita tahu. Awak pun tahu soal halal dan haram, kita bukan
mahram. Semalam saya dah cari rumah, dekat dengan rumah Airiel dan tuan rumah
dah setuju hendak bagi sewa yang agak murah.” Akim nampak terdiam dan enggan
bercakap tentang itu. Aku lihat dia termenung sahaja sampailah tiba ke
pejabatnya.
Tengahari itu aku meminta kebenaran Akim untuk keluar
membayar wang pendahuluan sewa rumah. Aku minta gaji awal sebagai pendahuluan untuk memulakan hidup di bandar.
Akim kelihatan teragak-agak memberikan aku duit sebanyak RM1000.00. Kedekut
juga dia ni, walaupun dia bagi tetapi aku nampak mukanya ‘ketat’ melepaskan aku
dan Airiel keluar.
Aku mengambil masa yang sekejap sahaja mengemaskan
rumah yang sememangnya sudah kemas itu. Perabotnya juga agak lengkap dengan
dapur masak sekali. Aku juga membeli sedikit barang dapur untuk keperluan
beberapa hari. Semuanya dengan bantuan Airiel dan dia ini memang ringan tulang.
Selain dari wajahnya yang sweet dia
juga seorang yang mudah bertolak ansur dalam banyak perkara. Paling penting
Airiel juga tidak kedekut, abah kata kalau seseorang itu tidak kedekut dan
berkira terutamanya soal makan dan minum itu tandanya kawan yang baik.
Akim hanya diam sahaja sepanjang aku menghantarnya
pulang. Dia bagaikan termenung dan memikirkan banyak perkara.
“Kalau
dah pindah ni boleh ka cheq bawak gheta Akim balik sana. Senang cheq nak mai ambik Akim nanti.” Akim diam sejenak dan aku nampak dia sedang
memerhatikan aku melalui cermin pandang belakang. Serba salah aku bila di
tenung begitu.
“Saya
ni selalu sakit, kalau tiada sesiapa di rumah susah jugalah saya nak minta
tolong.” Akim bersuara mendatar, entah kenapa aku rasa kasihan pula mendengar
suaranya itu.
“Tak pa, Akim pukoi talipon ja, tat sat
berdesup cheq mai tolong.” Wah! Bila
sahaja aku gementar habis keluar loghat Taiping ku. Tetapi kenapa pula aku
gementar ya?.
“Itupun
kalau saya sempat call, kalau tak
sempat nak buat macam manakan?” Akim bersuara sayu dan entah kenapa aku memang
rasa cukup sayu dan layu.
“Awat cakap lagu tu, Akim menikahlah
lain… senang ada orang rumah tulong.
Sakit pening senang oghang jaga.”
“Saya
dah kahwin.” Dia menjawab perlahan namun cukup kuat untuk sampai ke telinga ku.
Dan tiba-tiba aku brek mengejut sebab aku memang terkejut. Bum! Porsche dihentam dari belakang. Akim terdorong ke hadapan lalu
terhantuk ke kerusi hadapan. Buat lagi! Sapa suruh tidak pakai seat bealt. Bunyi hon bertalu-talu dan
tiba-tiba seorang pemuda berlagak samseng terus datang ke kereta ku dan
mengetuk-ngetuk cermin tingkap. Jalan mulai sesak dengan orang yang cuba
mengelak kereta kami. Aku nampak hidung Akim berdarah semula, mungkin kesan
benturan di pintu semalam masih belum pulih.
“Kalau
pompuan bawak kereta macam nilah, macam pondan!” Lelaki itu memarahi ku.
“Maaf
encik, saya terkejut tadi.” Aku jeling kereta Personanya, bumpernya pecah
sedikit dan spotlightnya juga pecah.
Aku pusing ke belakang tengok Porsche Akim, nampak elok sahaja, wah keras juga body kereta ini. Aku tersenyum lantas
mengeluarkan RM300 lantas aku berikan kepada mamat tu.
“Hei pompuan, mana cukup banyak ni,
kurang-kurang tujuh lapan ratus nak
repair semua ni.”
“Cukuplah
ni, kalau nak banyak hang pi pecahkan
lagi cermin gheta lepas tu claim insuran. Tu pun aku nak ajaq ka”
“Oh
budak penang ye, kau ingat kau duduk penang aku takut. Bagi aku ganti rugi atau
aku report polis.”
“Wei
hang ingat aku ketaq dengan polis ka, ni orang Taiping tau. Tak cukup ilmu
di dada aku tak berani lari dari rumah. Hang pi lar report, mai tang ni hang nak tengok nenek hang
ni punya report pulak. Hang dok
‘cucuk’ rapat-rapat apa kes! Jarak selamat dua bijik gheta ada faham ka. Hang rapat memanglah tak sempat brek!”
Wah aku bagi syarahan undang-undang jalan raya kepadanya. Dia nampak terkejut
sedangkan Akim aku lihat tenang sahaja di dalam kereta dengan gajetnya.
“Ni
Porsche bos aku ni sapa nak bayaq, ni
calaq ni hang sanggup ka ganti. Mai la ganti kalau sanggup.” Aku terus mencabar, mungkin dia malas hendak
melayani aku lalu terus menghidupkan kembali enjin keretanya serta berlalu
pergi. Melayang duit pendahuluan gaji aku RM300. Masuk kembali ke kereta aku
nampak Akim tersenyum. Melihat senyuman dia aku lega walaupun aku tetap bimbang
dengan hidungnya yang berdarah.
“Lain
kali jangan buat macam tu lagi.” Akim menegur ku. Aku angguk kepala walaupun
sebenarnya aku terganggu dengan apa yang aku dengar sebentar tadi. Aku nampak
Akim menghela nafas panjang dan aku juga melakukan perkara yang sama.
Aku kembali meneruskan perbualan dengan Akim mengenai
isterinya.
“Kalau
dah menikah, kenapa tak duduk sekali dengan isteri. Ke isteri Akim dok jauh?” Aku kembali bertanya sebab
hati ku memang inginkan kepastian tentang status dia.
“Isteri
saya tak sudi kahwin dengan saya, dia lari pada malam selepas perkahwinan
kami.” Burrr berderau darah ku naik
ke muka, aku telah air liur bertalu-talu. Terasa macam kena sindir sahaja,
tetapi memang kebetulanlah sangat sebab aku pun lari juga.
“Pi la try pujuk, mana nak tau hati dia
lembut. Jodoh ni urusan Allah, kalau dah ketentuanNya reda je lah.” Aku
bersuara perlahan meskipun aku rasa ayat-ayat aku tu tidak lebih untuk diri ku
sendiri dan betul-betul kena di batang hidung ku. Entah kenapa aku bagaikan
diserbu rasa sebak.
“Silap
saya sebab tak terus terang dengan dia tentang hati saya. Sekurang-kurangnya
kalau saya mencuba untuk bagi tahu dia saya cintakan dia tak terkejut dan jadi
macam ni.” Akim mula bercerita dan aku ingin menjadi pendengar yang baik.
“Maksudnya
wife Akim tak tahulah Akim ni suami
dia?” Akim angguk kepala mengiyakan kata-kata ku. Aku rasa cerita kami ini
bagaikan ada persamaan, cuma dalam kes aku, aku dapat suami tua. Dan aku kenal
suami aku tu bila aku tersedar dari pengsan tempohari.
“Saya
yang salah, saya kenal dia tapi dia yang tak kenal saya. Saya suka dia sejak
dia sekolah form three lagi. Masa tu
dia pelari pecut sekolah, wakil negeri ke SUKMA. Saya kawan dengan abang dia
yang nombor dua. Kebetulan syarikat saya salah satu penaja sukan tersebut, dia
ceria dan sentiasa tersenyum dan suka ketawa. Paling saya suka sebab dia penyayang, dengan kucing pun dia
berbelas kasihan. Saya perhatikan dia dari jauh dan selalu ikut perkembangan
dia melalui abangnya. Saya simpan beberapa gambar dia sejak dia sekolah lagi
sampailah sekarang. Saya tengok kalau saya rindu. Tapi saya tak berani dekat,
sebab dia ni memang kurang gemar bersosial mahupun berlebih-lebih dengan
lelaki, lagipun abang dia garang.” Akim terus ketawa menyudahkan cerita. Aku
pula rasa nafas ku sempit tiba-tiba dan berduyun-duyun rasa cemburu menerpa ke
dada ku. Betulkah aku cemburu, ini Rock
lah… Rock mana boleh cemburu!. Namun aku sempat juga berfikir kalaulah aku yang
jadi perempuan tu, alangkah indahnya. Wah! Awas Rock awas! Kau kena pindah
segera atau kau akan jatuh cinta sehingga senak menahan rasa.
“Maksudnya
Akim curanglah kepada ibu Mikhaeyll kalau dah suka kat pompuan tu.” Tiba-tiba sahaja aku membuat tuduhan. Aku nampak Akim
tersentak dengan tuduhan ku.
“Mikha
bukan anak kandung saya.” Perlahan
sekali Akim menuturkannya. Aku enggan bertanya lebih lanjut, kerana tidak mahu
Akim membuka aib bekas isterinya dan Akim juga nampak keberatan untuk bercerita
lebih lanjut tentang Lynn. Sekarang aku tahu dia duda tanpa anak namun sejauh
mana ‘kedudaan’nya aku tidak sanggup hendak bertanya. Hello Rock! Buaya mana
menolak bangkai! Tetapi agak-agaknya Akim ni masuk kategori buayakah?.
Sebaik sahaja sampai di rumah aku terus mengemaskan
pakaian untuk ke rumah sewa ku. Aku nampak Akim macam berat hati, aku juga rasa
berat hati namun aku terpaksa kerana aku tidak sanggup menanggung dosa
bersekedudukan dengannya walaupun rumah dia besar.
“Nah.”
Akim berikan aku wang RM500.00 tetapi aku menolak dengan baik kerana aku masih
belum memerlukannya.
“Ambillah,
saya bagi. Mana tahu kalau awak perlu nanti.” Aku sambut dengan hati yang
berbelah bagi, hairan pula aku di pejabat tadi nampak macam kedekut sahaja,
tapi kali ini pemurah pula. Akim bagi aku pinjam handphone dia, haila kalau dia bagi handphone dia nanti dia hendak guna apa. Berlebih-lebih pula cara
dia menolong aku.
“Kalau
saya ambik telefon Akim, nanti Akim nak guna apa.?”
“Malam
ni je, esok pagi pulanglah, dalam tu ada nombor tablet saya, call saya kalau ada apa-apa yang tak
kena.”
“Erk,
sampai nanti call ye, kalau ada
apa-apa jangan lupa call.” Akim pesan
lagi, dia dah jadi macam abah pula suka pesan macam-macam kalau aku hendak
keluar. Aku angguk kepala,tapi entah kenapa aku rasa macam berat hati pula,
tambahan kalau teringat dia sakit semalam.
“Tak
pe, rumah Airiel sebelah je. Apa-apa hal dia ada.” Aku jawab selamba bagi
melegakan hati dia. Tapi aku nampak Akim macam tersentak bila aku sebut nama
Airiel.
Aku tergolek-golek baring di ruang tamu dengan
beralaskan toto sahaja. Aku malas hendak tidur di bilik sebab sunyi sangat.
Puas memujuk mata, namun aku masih tidak mahu tidur sedangkan jam sudah
menunjukkan puku 12 malam. Sesekali meremang juga bila teringatkan kata-kata
Airiel tentang rumah ini yang ‘keras’. Aku belek-belek telefon Akim, wall paper gambar dia tersenyum
menghiasi skrin telefon yang bersaiz buku nota itu. Entah kenapa aku rasa
gambar itu macam sedang tersenyum kepada ku. Akim memang kacak dan aku paling
suka dengan hidung dan bibir bawahnya yang nampak lekuk sedikit ke dalam macam
bibir Yutaka Takenochi hero jepun kegemaran ku. Sejak bila pula aku pandai
tengok lelaki hensem ni?, sebelum ni
aku rasa orang yang paling hensem
ialah abah dan yang kedua abang ngah, lepas tu baru along. Aku tatap wajah Akim
sepuas-puasnya sampai aku rasa sesak nafas tiba-tiba dengan rasa sebak yang
menderu bagai prahara dari lautan. Setitis… dua titis air mata tiba-tiba panas
jatuh di pipi, aku sendiri hairan kenapa aku menangis. Tapi mungkin juga aku
kecewa bila tahu Akim suami orang dan aku merupakan gangguan kalau berada di antara
dia dengan isterinya. Tapi wajarkah aku kecewa, kerana aku juga isteri orang?.
Tiba-tiba telefon vibrate
dan mengalunkan lagu Aisheteru versi jepun. Wah! Macam kebetulan sangat lagu
ini memang lagu kegemaran ku. Aku tidak
menjawab sebab aku bimbang yang menelifon itu ialah kawan Akim. Aku
biarkan ia berbunyi beberapa kali dan akhirnya diam. Biarlah, esok nanti mesti
Akim check miscall dan akan buat
panggilan semula kalau penting. Aku tidak tahu jam berapa aku tertidur, apa
yang pasti aku tidur sambil memegang telefon yang ada gambar Akim.
Akim telah tercegat menunggu di luar bila aku datang
menjemputnya ke tempat kerja. Seperti biasa, dia tenang dan tidak banyak cakap.
“Nanti
buatkan saya air macam semalam ye, donut tu jugak. Awak beli di mana, sedap.”
Dia memulakan perbualan. Aku hanya angguk kepala yang masih terasa agak pening
kerana tidur lewat. Sebaik sahaja sampai di pejabat, aku terus buatkan dia air
walaupun aku tahu PAnya pasti telah siap-siap membuatkan air.
“Nah
telefon awak, malam tadi ada banyak kali miscall, saya tak jawab sebab mungkin
kawan-kawan awak.” Akim menyambut telefon itu sambil mengangkat keningnya yang
lebat. Aku segera beredar kerana enggan terus menahan pesona wajahnya.
“Rock
tunggu” Aku segera menoleh.
“Eh
macam mana banyak air liur basi kat sini ni, awak tidur tengok gambar saya ke?”
Akim tunjuk telefon kepada ku. Aku panik yang teramat panik, habislah aku kalau
dia tahu malam tadi memang aku tidur sambil pegang gambar dia pada handphone.
“Eh!
mana takkan sampai kena air liur basi kot! Mana-mana bak sini saya cuci balik.”
“Maksudnya
betullah awak menatap gambar saya sampai tertidur malam tadi?”
“Eh
taklah… mana ada awak ni main serkap jarang pulak.” Aku mula terasa muka ku
memijar panas kerana malu.
“Habis
air liur ni.”
“Erk kena ke? Eh saya tak sengaja sebab henfon terhempap pipi saya kot.” Aku
menjawab lurus… pembaris pun tidak selurus jawapan aku.” Tiba-tiba Akim
tersengih sampai nampak semua gigi depannya. Dan tiba-tiba aku rasa baru aku
tersedar dia sedang menduga aku atau sengaja mengenakan aku. Aku rasa bagaikan
ingin jadi halimunan dengan cincin Lord of The Ring masa itu juga. Malu yang
teramat sangat sebab tanpa sengaja aku mengakui memang aku menatap gambar dia
dan tidur dengan gambar dia. Rock! Rock kenapalah kau bodoh sangat!.
“Lain
kali kalau rindu jawablah call saya,
jangan gigit handphone.” Akim berkata selamba lantas terus minum dengan penuh
nikmat. Aku terus keluar dan terasa muka kebas menahan malu.