Bab 7
Mikha budak baik, aku yang tidak begitu suka kepada
budak-budak selama ini pun boleh suka kepada dia. Petang itu kami sama
menghantar Mikha kepada ibunya. Aku lihat Akim macam berat hendak bagi Mikha
kepada ibunya, malah Mikha sendiri berat hati untuk berpisah dari kami.
Bertalu-talu dia cium pipi aku sampai bibir aku pun dia kucup jugak. Aku tenguk
Akim telah air liur bila Mikha cium bibir aku, mukanya merah tiba-tiba. Takkan
dia malu kot melihat aku selamba sahaja dikucup begitu. Anak abang long pun memang
suka begini, Shamira anak saudara ku pasti akan mengucup aku sekiranya dia
ingin pulang. Tetapi tidaklah sampai macam Mikha yang beriya-iya sampaikan Akim
jeling dan angkat kening kepada ku. Aku tarik nafas panjang sebaik sahaja Mikha
masuk ke dalam rumah.
“Terima
kasih.” Tiba-tiba Akim bersuara dalam perjalanan kami balik ke rumah.
“Kenapa
pulak?”
“Tolong
jaga Mikha dan terima Mikha.”
“Hal
kecik je tu, cuma saya tak suka dia panggil saya mama. Rasa macam tua sangat.”
Aku menjawab jujur.
“Maaf
sebab susahkan Aulia.”
“Rock
ok… Rock, panggil saya Rock.” Aku
tidak suka sesiapapun panggil aku Aulia.
“Maaf
sebab saya dan Mikha susahkan Rock.” Dia menjawab tenang dengan suara yang
mendatar. Entah kenapa tiba-tiba aku rasa bersalah pula, bukankah Mikha anaknya
kenapa aku boleh terang-terang kata tidak senang pada anak dia. Mestilah dia
kecil hati. Aku diam sahaja dan dia meneruskan pemanduan dengan tenang. Aku
ingin sekali bertanya kenapa dia berpisah, tapi aku tahu itu bukan urusan aku.
Maklumlah aku ni hanya bodyguard from
Taiping.
Akim langsung
tidak bercakap hinggalah kami sampai di rumah. Aku pula malas hendak memancing
perbualannya lalu terus masuk tidur. Penat bercampur tidak cukup tidur
membuatkan aku terus lena sampai langsung tidak sedarkan diri.
Aku pandu kereta dengan kelajuan sederhana, lagipun
jalan agak sibuk. Menghantar Akim ke tempat kerja bukan susah pun, yang
susahnya hendak menunggu dia habis kerja. Aku tidak tahu hendak buat apa,
tambahan lagi Akim tidak mengarahkan aku melakukan kerja-kerja lain selain jadi
bodyguard dia. Dari semalam Akim
tidak banyak cakap sampaikan terfikir juga aku, takkan dia sentap sangat bila
aku kata tidak suka Mikha panggil aku mama. Betullah sebab umur aku baru sahaja
sembilan belas tahun, hujung tahun nanti baru masuk dua puluh tahun. Mikha
sudah empat tahun, jadi takkanlah aku jadi mama Mikha masa aku masih di
tingkatan 3. Macam mana kalau orang dengar Mikha panggil aku mama.
“Awak
duduk dalam office saya dulu, nanti
saya minta orang sediakan tempat awak.” Akim mengarahkan aku sebaik sahaja kami
memasuki bangunan pejabat dia. Tahupun bercakap, aku ingat dia sudah bisu.
“Baik
bos.” Dia jeling aku, aku juga jeling dia tetapi dia tidak nampak kerana
terselindung di sebalik topi besbol ku. Kami masuk ke lif dan dalam lif ada
ramai orang. Terdapat seorang lelaki yang dengan sengaja menghimpit aku
sehingga aku terpaksa menjauhkan diri ke belakang. Akim tarik lengan ku lalu
merapatkan dirinya kepada ku sehingga lengan kami bersentuhan. Aku tidak sempat
hendak vibrate kerana rasa marah
kepada lelaki yang sengaja mengambil kesempatan tadi.
Masuk ke office
masing-masing memberikan ucap selamat kepada Akim, aku pula yang
tersengih-sengih bagaikan model memperagakan pakaian.
“Hai Rock Assalamualaikum.” Dalam
kalangan semua staf memberi salam kepada Akim, tetapi Airiel memberi salam
kepada ku. Wah! kembang lubang hidung ku di sapa sebegitu. Aku membalasnya
sambil memberikan isyarat peace. Dia
kenyit mata kepada ku, wah! baru aku perasan dia ada lesung pipit yang sangat
‘manis’. Sebaik sahaja meletakkan briefcase
Akim, aku terus keluar mencari Airiel. Rupanya Airiel memang sedang setia
menunggu ku dengan kopinya yang tidak sedap tu. Mahu tidak mahu aku minum juga
kerana menghormatinya.
Aku tolong Airiel buat kerja, tolong tampal setem pada
surat, tolong dia membuat salinan foto dan tolong dia menyusun fail-fail yang
banyak di rak fail. Aku tahu banyak mata yang memandang keceriaan aku menolong
Airiel. Sampai pukul 10 pagi Airiel ajak aku minum di luar. Aku ikut Airiel
tetapi dia tumpang kereta Akim yang aku pandu.
Sebaik sahaja aku pakirkan kereta di sebuah warung, aku sedar banyak mata yang
memandang ke arah kami. Maklumlah aku bawa kereta mewah.
“Kau
duduk mana Rock?”
“Duduk
dengan datolah.”
“Kau
satu rumah dengan dia? Eh itu kira sudah bersekedudukan tu. Kalau kena tangkap
khalwat malu woo.” Aku tersentak,
kenapa aku tidak terfikir tentang hal ini.
“Aku
pun memang nak cari rumah lain ni, kau ada tahu rumah kosong ke yang
murah-murah sikit ikut kemampuan aku.” Airiel terdiam sebentar sebelum menghela
nafas panjang.
“Rumah
memang ada Rock, tapi kalau dekat-dekat sini mahal. Itu pun apartmen. Kat sebelah rumah aku tu pun kosong
juga, dah lama kosong cuma aku dengar tempat tu macam keras sikit.” Bila dengar
keras macamlah aku takut, aku tak kisahpun pasal keras ke lembut, janji aku
dapat tidur dan berlindung dari hujan dan panas. Airiel terus membawa aku
berjumpa tuan rumah tersebut dan aku bersetuju dengan sewa yang ditawarkannya.
Wah! Baru aku sedar Akim belum makan apa-apa dari pagi
tadi. Aku bungkuskan dia donut, air nanti aku yang bancuhkan. Sebaik sahaja
pulang ke pejabat, Akim telah pun masuk ke bilik mesyuarat. Aku tunggu hampir
dua jam, akhirnya dia keluar setelah jam menunjukkan pukul satu tengahari. Dia
nampak letih dan agak stress. Aku
malas hendak ganggu lalu segera keluar dari bilik dia dan tolong Airiel buat
kerja. Airiel memang baik, aku senang dengannya. Setelah jam menunjukkan pukul
3 petang aku segera ke pantry dengan Airiel untuk minum-minum setelah keletihan
membantu dia menyusun dokumen telah yang telah selesai dibuat salinan foto.
Tiba-tiba aku terpempan bila melihat Akim sedang minum
bersendirian di pantry.
“Eh
dato, maaf saya tak perasan dato ada di sini.” Airiel terus menyapa Akim. Akim
jeling ke arah ku.
“Selamat
petang dato, erkk maaf saya pun tak perasan dato ada di sini. Kalau saya tahu
dato nak minum saya boleh tolong buatkan.” Tiba-tiba Nelly nampak teruja sangat
ketika bercakap dengan Akim. Akim anggukkan kepala.
“Tak
mengapalah, saya kejap je ni. Kamu jangan susah-susah.” Dia segera berlalu
keluar. Sebaik sahaja Akim keluar aku tengok Nelly bertambah-tambah gediknya,
dia benar-benar angau kepada Akim.
“Oh my gosh… dato datang masuk pantry, dato cakap dengan aku. Hensemnya dia…oh.” Nelly memejamkan
matanya benar-benar membayangkan wajah Akim.
“Eh
selama ni dia tak pernah masuk pantry ke?”
Aku tanya Airiel dan Airiel hanya mengelengkan kepala. Aku tarik nafas panjang.
Aku ambil cawan Akim minum yang ditinggalkan tadi,
rupanya dia hanya minum air kosong sahaja. Aku hela nafas panjang lalu
membancuhkan satu mug air mocha dan membawakan donut ke biliknya. Akim
panggungkan kepala lalu aku terus datang dekat dia. Aku nampak tangannya macam
menggigil menulis sesuatu di atas kertas. Bukan macam menggigil tetapi memang
Akim menggigil.
“Kim!”
dia pandang muka aku.
“Awak
ni kenapa?” Dia gelengkan kepala dan aku nampak dahinya berkerut. Lain macam
pula muka mamat ni.
“Hang ok dak ni.” Aku mula keluar sawan kalut ku. Dia anggukkan kepala,
namun tiba-tiba sahaja dia terus menuju ke bilik air. Aku ikut dia walaupun
nampak macam tidak logik. Dia tidak mengunci pintu lalu aku tolak
perlahan-lahan dan aku tengok dia sedang terbongkok-bongkok muntah angin dan
air. Kasihan pula aku lantas aku urut belakang badannya. Muka Akim jadi merah
ketika muntah, selepas habis muntah aku tolong pula mengelapkan mulutnya dengan
sapu tangan. Huh! aku berkira-kira
hendak buangkah sapu tangan aku ini. Kembang tekak aku bila teringatkan ia
bekas muntah Akim. Tetapi macam biasa, perbuatan aku selalu tidak seiring
dengan fikiran, sapu tangan kembali aku masukkan ke dalam poket seluar.
“Terima
kasih.” Dia bercakap dengan suara yang perlahan dan kedengaran agak menggigil.
Aku angguk kepala, dia minum perlahan-lahan air yang aku bancuh dan tidak lama
kemudian dia muntah lagi. Aku sudah hilang idea hendak menolongnya. Habis semua
yang dia minum keluar semula tanpa sempat dia ke singki, baru melalui pintu
bilik air di situ juga dia melambakkan muntahnya.
“Kita
baliklah.” Aku bagi cadangan dan dia angguk kepala. Aku tanya juga jika dia
hendak pergi ke klinik tetapi dia menolak dan hanya ingin berehat di rumah.
Akim hanya memejamkan mata sepanjang kami pulang ke
rumah. Aku tahu dia mesti pening kerana tadi dia muntah-muntah. Aku bawakan
begnya dan dia terus menuju ke bilik tidurnya. Aku tidak ikut Akim sampai ke
bilik tidur, sebaliknya aku segera membersihkan diri lalu solat. Selepas solat
aku tertidur sehinggalah tersedar waktu telah hampir masuk waktu maghrib. Usai
solat maghrib aku lihat Akim masih belum keluar dari biliknya. Aku terus ke
dapur dan masak apa yang patut. Aku masak sebab aku memang sedang kelaparan.
Ketika hendak makan , aku tidak sampai hati kerana teringatkan Akim. Aku segera ke biliknya, pintu ku ketuk
perlahan dan nampaknya dia tidak menguncikan pintu. Aku tolak daun pintu dan
tiba-tiba aku kaget melihat Akim sedang kiam di atas sejadah dalam keadaan
berbaring. Matanya terpejam rapat dan dadanya turun naik menarik nafas.
“Kim…
Akim kenapa ni?” Aku tepuk-tepuk bahu dia namun dia masih memejamkan mata.
Kemudian aku nampak dia celik dan memandang ke atas lalu kembali
terkumat-kamit. Rupa-rupanya Akim solat sambil berbaring. Aku tunggu dia
selesai, dia telengkan kepala merenung ku dengan mata redupnya. Bibirnya kering
sangat dan nafasnya turun naik seolah-olah menanggung kesakitan sangat. Aku
tergamam melihat keadaannya yang selemah ini. Aku sangka dia hanya
muntah-muntah biasa sahaja. Akim seolah-olah ingin bercakap dengan ku namun
suaranya jauh sehingga aku tidak dapat mendengarnya. Ini serius ni, aku
bagaikan terdengar-dengar lagu wonderpet. Aku segera merapatkan telinga ke
bibir Akim, dia minta aku lapkan tubuhnya dengan tuala suam. Aku bergegas ke
dapur lalu menyediakan keperluan yang diingininya. Aku duduk bersila lalu aku
tanggal kan baju yang dipakainya. Aku lap seluruh tubuh Akim dengan tuala suam.
Setelah mengelap bahagian hadapan dia mengereng meminta aku mengelap bahagian
belakang tubuhnya juga. Tidak lama kemudian Akim sendawa berkali-kali.
Sebenarnya aku tahu juga petua begini, abah selalu suruh aku buat begini kalau
dia rasa perut memulas kerana serangan ‘angin’. Abah mengajar aku satu petua
dengan membacakan selawat syifa dan surah al-ikhlas sebanyak 11 kali ketika
melakukan perkara itu.
Tubuh Akim terasa keras dan pejal tidak macam tubuh
abah. Bila sesekali tangan aku terkena dada atau perutnya aku rasa lain macam,
bagaikan kena renjatan elektrik sehingga aku rasa aliran darah ku tidak normal.
Sebaik sahaja sendawa beberapa kali Akim mula boleh duduk, aku suruh dia pakai
baju semula. Aku bawa makanan ke bilik Akim lalu aku minta dia makan sedikit.
Dia macam tidak berdaya, lalu aku tolong suapkan dengan tangan ku sendiri.
Bodoh betullah, mesti dia geli makan dengan tangan aku, kan lebih baik kalau
pakai sudu. Namun aku nampak dia tetap mengangakan mulut bila aku menyuapnya
dengan tangan. Dia makan sambil memejamkan mata, entah kenapa aku rasa macam
ternampak dia senyum. Ah! mungkin khayalan ku sahaja, takkan orang sakit hendak
senyum. Satu… dua… tiga… akhirnya habis sepinggan dia makan bersuap, ini
betul-betul sakitkah atau mengada-ngada. Aku keliru, tapi berbaik sangka itukan
lebih bagus.
Ala kesian abam hj mesti pasal takk makan.
ReplyDeletebijakkkknya dia..gastrik rr tu
ReplyDeletewaaaaaa...akim makan bersuap...hehehhe...manjanyer dia
ReplyDeleteehemmmm.....mustilarrr
Deletelain x jgn xmkn abg hj..kan dh gastrik...
ReplyDeletexpe..bodygad ada...bestttt
muehehehe..kak Zurada sakit ada makna tu
Deletebest.. mesti akim seronok rock jgkan dia.. klau mcm ni, hari2 sakit pon berbaloi
ReplyDeletehamboiiiii..kikikiki
Deletekesempatan dlm kesempitan btol la abam hj ni..huhuhuhu
ReplyDeleteHuhuhu.....sakit + skit mengada2 dr akim
ReplyDeleteehemmmm dlm hati ada taman kak Ayu
Deleteahahahaha seronoknya kalau kena suap hari hari!
ReplyDeleteSweetnya tgk rock layan abam haji.
ReplyDeleteSweetnya tgk rock layan abam haji.
ReplyDeletebest.
ReplyDeletedapat gak bacer..hehe..suwittnyaaaa
ReplyDelete