Thursday, December 26, 2013

Bodyguard From Taiping -Bab 6



Bab 6





Usai solat subuh gajah lantaran ‘terbabas’ sebab tidur lewat semalam aku bercadang hendak meneruskan tidur ku semula. Namun tiba-tiba aku mendengar suara bising-bising di hadapan rumah. Suara tangisan seorang budak begitu menganggu aku, maklumlah aku anak bongsu jadi aku jarang mendengar suara budak menangis.
            “Mikha nak papa! Nak papa jugak!. Mummy kata ahad Mika boleh duduk dengan papa tapi mummy tipu.”
            Shut up Mika! Mummy dah bagi Mika jumpa papa, sekarang kita balik!”
Aku mengintai, aku lihat budak lelaki yang berusia dalam lingkungan empat tahun itu sedang menarik-narik tangannya dari wanita yang aku jumpa di pejabat Akim semalam. Mengelinjang budak itu minta dilepaskan sedangkan aku melihat Akim hanya berdiri memandang dengan muka ketat.
            “Biarlah dia tinggal dengan I, nanti I hantar dia balik.” Akim bersuara tenang.
            No way Lukhman, since you dah bawak perempuan sundal dalam rumah ni, I haramkan anak I tinggal dengan you!” Mak aihh perempuan sundal?, siapa tu aku kah. Ini sudah lebih kalau berani-berani kata aku sundal.
            “Jaga mulut kau Nurhaslynna! Dia lebih berhak ke atas aku! Lebih berhak atas rumah ini melebihi hak kau dan Mikhaeyll!” Aku lihat Akim mengertap mulutnya dan merenung wanita itu tepat-tepat. Erkk berhak ke atas dia, oh legaaanya aku, maksudnya perempuan sundal tu bukan akulah sebab aku tak berhak langsung ke atas Akim apatah lagi rumahnya. Aku terus tarik selimut semula, lantaklah perang saudara ke, perang dunia ke aku hendak tidur!.



Tapi aku tidak boleh tidur, aku kasihan bila teringat budak itu yang beriya-iya hendakkan Akim. Betulkah itu anak Akim, maknanya Akim duda. Aduhai dudalah pula, aku memang reject awal-awal kalau duda ni. Anak dara mesti dengan anak teruna, kalau duda kenalah dengan janda. Falsafah ni aku dapat dari manapun aku sudah lupa, tetapi aku pegang kukuh-kukuh supaya ia tetap terpahat di hati ku. Tapi bukankah aku sudah berkahwin, dan suami ku seorang pak haji tua dan sudah pastinya dia seorang duda. Allamak pancung terus nafsu tidurku, aku terus bangun lantas mandi dan bersiap seadanya.



Tangisan budak itu masih kedengaran, peperangan ibu dan anak yang berlaku di luar malas aku hendak campur. Akim pun aku lihat hanya berdiam diri dari tadi. Cuma perempuan itu sahaja yang tidak habis-habis memberikan ceramah percumanya dan ayat sundal tidak habis-habis dari keluar dari mulutnya. Aku keluar, kasihan pula aku tengok Akim mendapat jurus-jurus serangan mulut dari wanita itu sedangkan dia tidak membalas. Haila Akim, kalau betul itu isteri awak, dayuslah biarkan diri dicerca begitu.



            “Assalamualaikum, apa kes bising-bising ni. Cantas mood nak tidur tahu.” Aku berpura-pura bengang padahal aku langsung tidak rasa apa-apa.
            “Aduhhh!” Tiba-tiba aku rasa pedih di pipi. Cepat betul perempuan ni, macam Mak Lampir pula entah bila sampainya tahu-tahu dia tampar muka aku yang jelita ini. Sekali lagi dia cuba, tapi aku sempat pegang pergelangan tangannya. Tadi bolehlah sebab aku tidak bersedia, kali ini kalau dia bagi lagi aku sanggup sahaja hendak tampar pipinya yang bertepek bedak dan blusher itu. Pagi-pagi lagi sudah bermake up macam hendak pergi ke kelab malam.
            “Pagi-pagi dah marah macam ni, nanti muka cepat berkedut makcik, kalau dah berkedut suntik botox pun tak guna.” Aku sembur dia sedas. Mesti dia marah sangat sebab aku panggil dia makcik.
            “Ini anak makcik ke, wah hensem boy. Come here boycome to mama..come to mama.” Aku bergurau sebenarnya langsung tiada niat hendak memanggilnya. Namun tiba-tiba sahaja budak itu melepaskan diri dari pegangan ibunya lalu menerpa dan memeluk paha ku. Haila kasihan pula aku, lantas aku lap pipinya yang penuh air mata dan hidungnya juga berhingus. Separuh hati aku lap dengan baju yang sedang aku pakai, dia menghembusnya. Aku telan air liur, geli bercampur kasihan tetapi aku dukung juga budak ini yang bertubuh kecil. Dia peluk leher ku terus aku bawa masuk ke dalam. Lantaklah di luar, apa hendak jadi-jadilah aku aku bawa budak ini ke dapur lalu bersihkan apa yang patut. Dia terus mengekori aku ke mana sahaja aku pergi sampaikan aku terpaksa salin baju di hadapannya bila dia mengekori aku masuk ke bilik. Makanya, dialah lelaki pertama yang dapat melihat aku separa bogel. Pherghh ayat separa bogel tu memang aku sendiri tidak boleh terima, tapi ada ayat lainkah yang lebih sesuai?.



Aku lapar, jadi aku rasa budak ni juga lapar. Aku buat roti celup telur dan omellete yang paling ringkas mengikut bahan yang sedia ada dan air mocha. Aku tengok bukan main berselera lagi budak ni makan. Hairan pula aku, bila masa Akim ni ke pasar membeli barang-barang dapur?.
            “Makan sorang je, tak pelawa saya sekali ke?” Aku segera melihat Akim yang sedang datang ke arah kami dengan wajah yang tenang. Dia ni tidak tahu marah ke selepas apa yang berlaku di luar tadi. Aku pelawa dia makan, dia tarik kerusi sebelah budak tu lantas mencium sambil menggosok-gosok kepalanya. Aku hidangkan dia air dan dia pandang aku dengan renungan yang lembut.
            “Terima kasih Aulia.”
            “Terima kasih pasaipa? Panggil saya Rock ok..Rock.”
            “Terima kasih sebab bawa Mikha masuk, saya kesian tengok dia.”
            “Anak awak kan, sepatutnya awak pertahankan dia bukan melayan isteri awak tu bertengkar, tak baik anak-anak tengok ibu bapa bergaduh.” Aku tengok Akim terdiam mendengar ceramah percuma aku.
            “Dia bekas isteri saya, bukan isteri saya.”
            “Tak kisahlah bekas ke plastik ke besen ke yang penting sekarang awak duda yang ada anak. Anak tu tanggungjawab awak sampai akhirat kelak.” Hisy tiba-tiba sahaja aura ustazah aku datang. Aku tengok Akim baik sangat melayan Mikha, dia suap Mikha makan, dia suap Mikha minum sampai aku rasa cemburu pula. Kemudian dia mandikan Mikha dan bermain-main dengan budak lelaki itu.



            “Mama jomlah main kat belakang.” Alamak dia panggil aku mama, ini sudah lebih.! Tapi aku ikut juga bila dia menarik tangan ku ke halaman belakang rumah Akim.
            “Eh kenapa aku tidak sedar di belakang rumahnya ini ada satu padang basketball. Tapi aku mana tahu main basketball, kalau main bola jaring aku tahulah. Lagipun tempat masuk golnya tinggi sangat. Dulu aku selalu jadi centre bukannya shooter dalam permainan bola jaring. Akim pegang bola basketball, dia kenyit aku dan ajak aku main sekali. Aku geleng kepala, sementara Mikha hanya tersengih-sengih melihat gelagat  Akim yang sedang memancing minat ku. Dia melakukan dribble sambil berlari dengan lincah. Sesekali bola itu sengaja dibiarkan melalui celahan kelangkangnya dan sesekali dia sengaja membiarkan bola itu kebelakang sebelum dia berpusing lalu menyambung kembali aktiviti dribble tersebut. Aku memang agak pantang dicabar, setakat bump bola begitu nenek aku pun pandai.
            “Pergilah mama, pergilah.” Mikha menyokong aku dan memberikan aku semangat. Bangga aku ada pom pom boy yang memberikan sokongan padu begini. Mikha bertepuk-tepuk tangan teruja sebaik sahaja aku mula berlari ke tengah padang.



Aku cuba merampas bola dari Akim, nampak mudah namun rupanya Akim sangat licik. Puas dia mengacah-acah aku membawa bola menggunakan teknik dribble dan  tiba-tiba sahaja dia melakukan shooting sehingga aku tidak terkata. Dalam jarak yang tidak aku sangka-sangka bola tepat masuk ke dalam jaring bola keranjang. Sebaik sahaja bola mendarat aku segera merampas lalu melakukan dribble. Wah! skill aku dalam permainan bola baling masih tidak hilang. Aku berlari sambil membawa bola, walaupun aku tidak secekap dia, namun tubuh kecil ku memudahkan aku menyelinap mengelakkan diri dari dia. Dia tersenyum sebaik sahaja melihat aku bersungguh-sungguh mempertahankan bola. Bola semakin hampir ke destinasi, aku cuba mencari jalan untuk mendapatkan mata sama dengan dia. Namun tiba-tiba sahaja dia melompat tinggi lalu merampas bola yang sedang menuju ke ring. Aku terkedu melihat aksinya yang tangkas. Sebaik sahaja dia mendapat bola dia terus melompat melakukan slamdunk sehingga aku melopong melihat bajunya yang terselak ke dada. Dia bergayut di ring sebelum melepaskannya lantas tersenyum melihat aku yang terlopong.



Tidak sampai sepuluh minit bermain dia telah dibasahi peluh, aku memang tidak berputus asa untuk menyanginya. Perlawanan man to man memberikan aku satu mata berbanding dia tiga mata. Aku memang belum letih kerana aku bekas atlit sukan, Namun dia sudah basah dengan peluh berjejeran. Cukup 10 minit kami berhenti dan dia segera menanggalkan bajunya yang basah oleh peluh. Aku rasa lain macam pula lalu memalingkan diri ke tempat lain tambahan pula aku rasa gerun melihat tubuhnya yang berlekuk-lekuk. Kalau sudah tubuh begini, apalah gunanya bodyguard macam aku ni.
            “Kenapa ni?” Dia ni sengaja menguji tahap kesabaran aku, boleh pula dia datang dekat dengan ku. Aku pula tidak sengaja tertengok perut dia, come Rock tengoklah tempat lain. Tengok telinga ke, rambut ke atau mana-mana tempatlah asal jangan perut. Tapi mata aku memang tidak taat kepada tuan, aku tetap tertengok perut dan di perut ada pusat. Aduh! Aku rasa macam hendak buat lari berganti-ganti dengan Mikha.

21 comments:

  1. Huhuhu...pandai rock.kesian kat mika mamanya bergaduh depan dia. Bagi makan lagi bagus.. best aaa main basketball..apsal rock kalih...dah tertengok perut dengan pusat akim tu...rezeki tu....hahaha. akim tu macam nak guda2 je macam saje2 je tunjuk body yg berlekuk2 tuuuu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. huh..tau tak pew...mmg sengajalah tu..hailahaaaaaahaha..abam hj ni mmg dlm misi mngguda2 tew

      Delete
  2. Rse cm xpuas je....cm pendek je...cm xsabo je

    ReplyDelete
    Replies
    1. kihkihkih...cam suka jew..cam sonok jew..larikkkkk

      Delete
  3. Pasaipa pendek ja bab ni....mau lg....rock ooo rock...sabauu.. tengok aura lelaki tu...haram ooooo

    ReplyDelete
  4. Ayu...hahaha bukan senang nk kawal mata lorhhhh

    ReplyDelete
  5. nk lg kak hayati *rock jgn tergoda dgn body akim yg berketul2 2..jaga mata tau

    ReplyDelete
  6. kalau la dpt join si rock tu fuh..dpt lak tgok perut ngan pusat akim...body nganjam jiwa lak tu...tergoda dah ni..

    ReplyDelete
  7. hehehehhe ala ala best la kak.. gedik malu ni kak.. hihi

    ReplyDelete
  8. kak! omg stop buat saya nak tercabut jantung please sambung T.T tu ke suami aulia aijsdajij rasa macam ada aura cakap yang tu memang suami dia :<

    ReplyDelete
  9. haippp..jaga mata tu Rock...hehehe
    ai maraton dr bab 1...besttt
    teruskan berkarya,,caiyok3
    (zamzurisz eian ;) )

    ReplyDelete
  10. kak zurada..insyaAllah akan di naskahkan,,, sookong ye..tq

    ReplyDelete
  11. BEST NAK LAGI,DAN SELAMAT TAHUN BARU SEMUA.

    ReplyDelete
  12. nak lagi..awat pendek nau kak hayati...

    ReplyDelete