Bab 1
Mamat ni memang betul-betul hendak kena, banyak
sangat permintaannya, banyak sangat pesanannya. Kalau tidak yakin hendak
menghantar kereta ke sini, baik jangan hantar. Dia ingat Lulu hairan sangat
dengan Skyline dia, banyak lagi kereta hebat yang datang service ke sini. Macam-macam brand
ada, malah Gaban iaitu best friend
merangkap bos separuh masanya pernah repair
Ferrary milik seorang gadis berbangsa cina. Baru ada Skyline buruk sudah macam
ada jet peribadi. Tapi buruk ke? Warna merah darah tu bagi Lulu memang cukup
mempesonakan, cuma perangai tuannya sahaja yang tidak cukup adab. Lulu bukannya
hendak bersikap sinis, tetapi begitulah sikap kaum melayu. Kalau ada harta
lebih sedikit, menunjuknya macam ada harta berjuta-juta. Kalau tidak takkanlah
ada pepatah ‘biar papa asal bergaya’.
“Awak kena pastikan kereta saya ni
hanya diservis oleh pakar sahaja, saya tak
nak budak-budak tak cukup umur ni usik kereta saya.”
“Maaf encik, di sini semua pekerja
berusia lebih dua puluh tahun, tiada yang bawah umur.” Lulu masih bertahan
melayani sikap angkuh lelaki itu.
“Hesy awak ni slow lah,
maksud saya... saya tak nak pekerja-pekerja amatur servis kereta saya.
“Di sini semua bertaraf pakar
encik, kalau encik tidak yakin bolehlah dapat khidmat dari tempat lain.” Lulu
masih lagi tersenyum menahan sabar dengan sikap jelek lelaki itu. Customer always right, dan sesilap
mana pun dia, Lulu kena kata betul juga. Sebenarnya Lulu benci dengan falsafah
ini!. Namun teori ilmu perniagaan tersebut kena juga diaplikasikan walaupun
dengan rasa terpaksa.
“Nak berniaga budi bahasa kena
sopan Kiah, cakap dengan customer
kena lembut. Ni saya tengok awak lebih kasar dari lelaki..” Lelaki ini
betul-betul boleh buat Lulu naik angin pasang, dia panggil nama Lulu Kiah!. Lulu
terasa ingin sahaja membaling lelaki itu dengan spanar. Gigi dikertapnya
rapat-rapat sambil memberikan jelingan tahap yang boleh merosakkan pundi
hempedu yang memandangnya. Lelaki itu membalasnya sambil tersenyum, dan
senyuman itu terasa bagaikan tongkang gula tumpah ke laut, walaupun manis namun
tidak terasa ke hati Lulu.
“Nama saya Lulu.”
“Ada saya tanya?” Lelaki berlalu
dengan selamba, grrrrrrrr Lulu rasa
macam hendak mengaum sekarang juga!.
Dengan wajah selamba lelaki itu membuka peti sejuk lalu mengambil setin
Coca-cola dan meneguknya sambil berdiri.
‘Urmm... kalau minum elok duduk encik, rasanya lembu
je kot yang makan berdiri.’ Nah ambil kau, Lulu rasa ingin sahaja bagi sedas
ayat-ayat bercili, namun dia cuma bercakap dalam hati sahajalah kerana budi
bahasa kan amalan mulia. Lulu tidak mahu memalukan tuan tempat dia bekerja walaupun bosnya itu bertaraf BFF kepada dia.
Setakat hendak menukarkan minyak pelincir dan filter Lulu pun tahu. Tengahari ini
Gaban pergi ke kedai membeli makanan sedangkan Adie dengan Ramu pula
masing-masing ada urusan peribadi dan mereka keluar sebentar. Di bengkel ini
hanya ada Pachai yang bekerja sambilan di sini, muka Pachai pula memang macam
wajah budak tidak pernah sekolah, sesiapa yang melihatpun tidak yakin dia mampu
melakukan baik pulih kenderaan. Namun, kalaulah mereka tahu kepakaran Pachai, Lulu
pasti mereka tidak akan meminta khidmat pekerja lain. Hanya Pachai dan Adie
sahaja yang pernah ‘usik’ kereta Gaban dan kereta Lulu. Pekerja Gaban memang
ramai, ada lapan orang kesemuanya tidak termasuk pekerja sambilannya seperti Lulu.
Lelaki itu telah beberapa kali melihat jam tangan.
Mungkin dia terdesak hendak cepat agaknya.
“Lambat
lagi ke Kiah?” Lulu angkat bahu sambil mengelengkan kepala. Lelaki itu menyalakan
rokok, namun cepat-cepat Lulu berdehem dan tunjukkan tanda larangan merokok.
Namun dia buat muka selamba, terus menyedut rokok sehingga nampak berbara kuat
di hujung puntung. Lulu cuak melihat gelagat tidak sopan itu, Lelaki ini
betul-betul spesies yang ‘tidak makan saman’ agaknya. Setelah menunggu hampir
setengah jam, Gaban masih belum juga pulang sedangkan lelaki itu nampak semakin
gelisah. Lulu juga bertambah gelisah melihat lelaki itu yang gelisah, dan Lulu semakin
resah bila selang dua minit lelaki bertanya soalan yang sama kepadanya.
“Lambat lagi ke Kiah!”
Setelah berfikir panjang, Lulu segera mencapai
kelengkapan untuk menukarkan minyak pelincir serta filter dan set gasketnya sekali. Lulu sudah biasa melakukan kerja
ini, tapi untuk keretanya sendiri sahajalah, kereta orang lain belum pernah
lagi. Lelaki itu nampak teragak-agak bila Lulu meminta dia memilih minyak
pelincir.
“Awak
ke yang nak servis?” Lulu angguk kepala dan Lulu nampak jelas dahi lelaki itu
berkerut. Mungkin dia ingat Lulu hanya tahu bekerja di kaunter pembayaran
sahaja agaknya.
“Saya
nak aligment sekali.” Lulu angguk
juga kepala, kerana perkara itu bukan susahpun semuanya boleh dilakukan dengan
bantuan komputer.
“Pastikan
kereta saya tidak calar dan terpalit minyak hitam.” Lulu angguk lagi sambil
tersenyum.
“Awak
jangan usik kereta saya kalau tangan awak kotor.” Lulu hela nafas dan angguk
lagi sambil mula membuka bonet kereta. Lelaki itu datang melihat Lulu bekerja,
dan Lulu memang cukup pantang kalau kerja-kerjanya diperhatikan sampai begitu
sekali. Kalau lelaki itu tidak yakin, dia telah mencadangkan dia hantar sahaja
ke mana-mana kedai lain namun tidak pula lelaki itu berbuat demikian. Lelaki itu
hampir kepada Lulu, cukup hampir sampai Lulu pula rasa tidak selesa. Tetapi dia
terus juga bertahan supaya lelaki itu tidak perasan Lulu mula rasa ‘pelik’.
Lulu segera mengeluarkan alat penyukat minyak pelincir dan melakukan
pemeriksaan tahap kelikatan dan paras minyak. Dia segera berpaling ke arah
lelaki itu kerana dia tahu, minyak ‘hitam’nya mungkin baru sahaja ditukar, jadi
apa motif lelaki itu? Sudah kaya sangatkah hendak membazir menukar minyak
lagi?. Lulu hela nafas panjang lalu menghembuskannya deras-deras...
“Minyak
hitam ni elok lagi encik, membazir je kalau ditukarkan.” Lelaki itu angkat bahu
dan buat wajah selamba sambil bersandar pada pintu keretanya. Sekali lagi Lulu
hela nafas panjang kerana riak wajah lelaki itu memang suruh Lulu tukarkan juga
minyak pelincirnya. ‘Biarlah dia, duit dia bukan duit aku pun’!. Lulu bergumam
sendiri.
Adie pulang sejurus selepas itu lalu menyambung
kerja-kerja yang Lulu lakukan. Lulu segera menghela nafas panjang lalu kembali
ke bilik khas tempat membuat pembayaran. Gaban juga kembali sejurus selepas itu
dan kepulangan mereka benar-benar membuatkan Lulu berasa lega. Lega kerana
tidak perlu berhadapan dengan mamat kerek
dan berlagak ini. Sebelum beredar, Lulu lepaskan dulu segaris senyuman
untuknya, bukan untuk menggoda, cuma ia sekadar layanan mesra peniaga kepada
pelanggannya. Lelaki itu juga membalas senyumannya sambil angkat kening,
tiba-tiba Lulu terrasa macam hatinya kena ragut dengan ganas, berdesup darah naik
ke wajah. Lelaki itu mengulum senyum
melihat wajah Lulu yang memerah, dan Lulu pula cepat-cepat angkat kaki blah!
Lulu bekerja sambilan di tempat Gaban ini lantaran
masih belum mendapat pekerjaan yang sesuai
dengan minatnya. Mungkin agak pelik seorang perempuan sepertnya boleh bekerja
di bengkel kereta seperti ini. Namun inilah dunia Lulu, selain dari menyertai
perlumbaan drift secara sambilan
mengikut Gaban dan kawan-kawannya. Gaban merupakan jurulatih Lulu merangkap
juruteknik, jururunding, jurutera, juruukur, jururawat dan segala macam juru
kerana dialah tempat Lulu ‘bergantung hidup’ kala dia pokai. Jika tidak pokaipun
Gaban tetap selalu ada untuk Lulu kerana mereka sudah macam adik beradik
biarpun Gaban dan Lulu berlainan agama dan budaya.
Semua pekerja Gaban adalah kawan-kawan dia juga, dan
mereka juga masing-masing ‘kaki libas’ merangkap kaki ‘bakar jalan’ yang
sama-sama menyertai sukan formula D sebagai juruteknik Gaban. Namun demikian,
Lulu sendiri tidak pasti apa peranannya dalam kumpulan ini kerana setiap kali
berlumba, Lulu selalu ada jadi pom-pom
girl atau jadi co-driver kepada
Gaban. Mungkin Lulu tidak terkenal seperti Tizz Zaqyah, namun dia cukup
tersohor dalam kalangan pelumba drift kerana
ke mana-mana sahaja dia pergi, pasti ada yang bertanya dan bila Gaban datang
masing-masing pula menikus tidak berani untuk lepas laku. Allah, dengan Gaban
pun mereka hendak takut!. Kalau Lulu jegil mata, pasti Gaban mengalah. Jadi Lulu
rasa, dia lebih hebat dari Gaban agaknya!. Lagipun cara Gaban mengawal Lulu
buat sesiapa pun tidak berani hampir, kalau bukan Gabanpun, semua kawan-kawan
Gaban sedia menurut perintah Lulu. Namun Lulu bukanlah jenis perempuan murahan
atau bertaraf ‘cikaro’. Sebaliknya dia
bagaikan mawar mekar yang tetap indah dikelilingi duri-duri tajam sehingga
tiada sesiapapun mampu menyentuhnya.
“Ban,
esok wa tak ‘turun’ tau, ada interview.” Gaban angkat kepala, sejurus
kemudian dia mengangguk.
“Ada
duit tak?” Lulu anggukkan kepala namun Gaban sudah menyeluk poket seluar
bahagian belakangnya dan mengeluarkan dompet. Beberapa keping not berwarna ungu
diserahkan kepada Lulu, namun Lulu hanya mengeleng.
“Wa ada duitlah.” Lulu menolak dengan
baik.
“Ambiklah, mana tahu nak pakai. Kalau tak
guna pun simpan lah buat belanja.” Lulu sambut wang itu dan menghela nafas
tidak lama kemudian menghidupkan Viva kuningnya...
“Cepat
balik hari ni.”
“Wa letihlah, semalam tidur lewat.”
“Melukislah
tu!” Gaban pula tarik nafas lalu mengeleng-ngelengkan kepala. Lulu segera
beredar kerana lagi lama dia di situ, pasti Gaban akan memberikan syarahan
percuma sampai berdarah telinga Lulu menerima ‘jurus-jurus’ serangannya. Lelaki
ini memang kurang bercakap, namun jika dia mengeluarkan bicaranya jarang orang
dapat menyanggah. Setiap tindakannya adalah tepat, padat dan bernas sehinggakan
kadang-kadang Gaban buat Lulu rasa sesak nafas.
Suka Starting drift cinta nie......
ReplyDeleteTq...terus terang sy maklumkan cerita ni byk part aksi..huhuuu..layanzz
DeleteBila nk keluar nvl ni hayati...x sabar dh nk feluk kudin ketat2...hehehe
ReplyDelete