Bab 9
“Posto posto!” Airiel datang membawakan
bungkusan untuk ku. Wah bagusnya baru masuk tiga hari bekerja aku sudah
menerima bungkusan hadiah siap dengan coklat sekali. Aku tersenyum namun penuh
dengan tandatanya. Makhluk mana pula yang bagi aku hadiah tengahari celik ni?.
“Sapa bagi ni?” Airiel angkat bahu tanda
tidak tahu, namun dia nampak teruja hendak tahu isi bungkusan tersebut. Aku
buka dengan sedikit menggigil, lagipun nama yang tertulis diluar nama penuh ku,
musykil aku bila ada yang tahu nama penuh ku. Entah-entah Akim sudah bocor
rahsia aku kat kampung dan ini bungkusan dari kampung, silap-silap kad jemputan
yang minta aku edarkan. Aku rasa macam hendak hantuk kepala ke dinding bila
menyangka yang bukan-bukan.
“Wow I-phone 5S!” terbeliak mata Airiel
dan mata aku juga. Kami membelek-belek kartu tanpa nama pengirim itu. Aku mula
rasa tidak sedap hati bila menerima hadiah mahal begini.
“Hang ka yang bagi Riel?” Aku serkap
jarang.
“Kau
ni agak-agaklah, jenuh aku nak kumpul duit beli handphone macam ni.”
“Habis
tu sapa bagi?” Airiel angkat bahu tanda tidak tahu. Aku mula hilang mood dan
dilanda persoalan.
“Onlah dulu.” Airiel mengemukakan
cadangan, tapi aku menolak. Aku kena tahu siapa pengirimnya baru aku berani
hendak menggunakan barang yang dia bagi.
Entah kenapa sekarang ni aku tengok Airiel mula sibuk
semacam. Ada sahaja barang yang di kena hantar sehingga dia jarang masuk ke office. Bosan juga aku kalau dia tiada,
lantas aku mengemas-ngemas pantry dan apa yang patut. Selepas menghantar
bungkusan untuk aku tadi dan berbual ala-kadar dia terus keluar dan tidak
masuk-masuk lagi. Aku tanya Nelly kenapa Airiel sibuk sangat, Nelly kata dato
arahkan Airiel buat kerja despact dan
peon sekaligus menggantikan staf yang
ditukarkan kebahagian stor serta merta. Kasihan pula aku tengok Airiel yang
nampak kelam kabut dan agak letih. Macam
kejam pula dato Lukman ni, heyss!
bila sebut nama dato Lukhman aku rasa meremang sebab teringatkan suami ku. Aku
gelengkan kepala tanda protes, handphone
itu aku tinggalkan dalam kereta sementara aku tolong buatkan kerja-kerja Airiel
di pejabat.
Baru aku perasan, ramai yang sedar keberadaan aku di
pejabat itu selain Airiel dan Nelly. Ramai juga menegur aku dan meminta aku
tolong itu dan ini. Aku tidak kisah, walaupun aku tahu itu bukan bidang kerja
ku, waktu rehat aku gantikan receptionist,
waktu tidak rehat aku gantikan tempat Airiel, namun aku sudah tidak lagi bosan
dan makan gaji buta. Akim pun macam
sibuk sahaja, aku malas hendak mengganggu dia.
“Hai
tak nak balik lagi ke?” Tiba-tiba sahaja ada seorang pemuda menegur ku. Aku
segera menoleh dan tengok muka dia, aku angkat kening. Wow! boleh tahan kacak jugak dia tetapi tidak sekacak Akim dan
tidak semanis Airiel.
“Oh,
saya tunggu bos balik. Saya ni bodyguard
dia.” Aku menjawab jujur. Bila aku sebut bodyguard
ketara wajah lelaki itu berubah dan dia tersenyum sinis.
“Bodyguard dato? Bodyguard ke apa? Dengarnya duduk sekali dengan dato… untunglah
awak ye. Psstt kalau saya ada
peluang, boleh saya try main dengan
awak jugak ye?” Lelaki itu berbisik kepada ku.
“Oh
nak main, boleh je datang lah rumah.” Aku menjawab lurus dan lelaki itu nampak
teruja bila aku pelawa datang ke rumah. Tapi permainan apa yang ada di rumah
ku, takkan hendak main batu seremban? Tetapi kalau main congkak pun best juga, atau main Dam Haji lagi best
sebab aku memang pakar Dam Haji. Kalau lawan dengan abang ngah dia jarang
sekali menang, dan kalau menang pun semata-mata atas ihsan aku mengalahkan
diri. Tiba-tiba aku sentap sendiri kenapalah dam haji bukan dam yang lain.
Sebab perkataan haji ini buat aku rasa alergik.
Lewat petang baru Akim keluar dari biliknya. Aku
bawakan briefcasenya dan ketika aku
dan Akim lalu ke hendak keluar, memang pejabat telah sunyi sepi. Hanya ada aku
dengan dia. Agak kekok pula rasanya bila dia sengaja berjalan beriringan dengan
ku. Masuk ke dalam lif terdapat beberapa pekerja asing yang mencuci yang
bertugas sebagai pengawal di waktu malam. Akim tarik aku rapat kepadanya, aku
hanya ikut kerana aku sedar pekerja-pekerja itu melihat aku dengan pandangan
yang aneh. Aku tidak sedar, Akim menggenggam tangan ku malah jari kami berselisih
saling menggenggam. Aku tidak pasti dia sedar ataupun tidak, namun aku tarik
tangan ku perlahan-lahan tapi dia menggenggam dengan kemas dan dada ku naik
lemas. Aku lemas di daratan dan aku inginkan pelampung untuk merenangi lautan yang
bergelora ini. Abah tolong Rock bah! Rock kelemasan!. Sebaik sahaja kami keluar
dari lif dia masih memegang tangan ku sedangkan aku sudah kecut perut rasa
hendak buang air kecil.
“Kim…
Kim lepaih buleh tak? Cheq ngasa nak kencing sat.” Nah aku betul-betul panik dengan
loghat aku yang cukup kental ini. Dia angkat kening, dan matanya betul-betul
buat aku rasa senak.
“Jamban
mana jamban! Aku kelam kabut mencari tandas di kawasan pakir tersebut. Akim
tunjukkan aku tempat tandas, waktu-waktu begini kawasan pakir agak lengang dan
hanya terdapat pekerja-pekerja asing yang menjaga kawasan di bawah ini. Aku
rasa cuak bila yang menjaga depan tandas juga beberapa pekerja asing dan mereka
adalah lelaki. Aku masuk juga kerana aku memang hendak terkucil.
Sebaik sahaja selesai menunaikan hajat, aku segera
keluar namun tiba tiba aku di tarik semula ke dalam secara paksa. Dua orang
pekerja asing telah sedia menunggu sedangkan seorang lagi yang menarik aku ke
dalam. Aku mula menghidu sesuatu yang tidak baik akan berlaku. Aku segera
berlari keluar untuk melepaskan diri, namun tiba-tiba aku dipeluk dari
belakang. Aku meronta dan mula membuka jurus taekwondo ku. Aku berjaya
melepaskan tendangan demi tendangan kepada mereka, namun tiba-tiba sahaja salah
seorang daripada mereka berjaya menarik kaki ku lantas kaki ku di tarik
sehingga aku jatuh terlentang. Ya Allah! sakitnya kepala aku terhentak di atas
lantai. Berpinar pandangan ku sampaikan aku rasa otak ku bagaikan mengalami
gegaran. Aku pusingkan tubuh lalu membuat tendangan dengan menggunakan
kedua-dua belah kaki sehingga menyebabkan lelaki itu terbentur ke dinding. Baru
aku hendak bangun aku ditangkap lagi. Ini memang sudah lebih, aku hilang
pertimbangan, judo entah ke mana, taekwondo entah kemana aku gunakan silat gigi
yang warisi sejak pertama kali tumbuh gigi susu lagi. Aku gigit sekuat-kuat
hati lengan lelaki itu sehingga dia menjerit sekuat-kuatnya. Aku rasa gigiku
bagaikan terbenanm dalam lengan hitam legamnya. Aku tidak peduli, janji aku di
lepaskan. Namun tiba-tiba sahaja sebelah lagi tangannya cuba menampar ku tetapi
aku mengelak dengan bertahan menggunakan kepala. Bertalu-talu dia memukul
kepala ku dengan sebelah tangannya sementara sebelah lagi lengannya di gigi
aku. Kawan-kawannya cuba menolong dengan menarik aku jauh dari lelaki itu.
Tiba-tiba lelaki-lelaki itu masing-masing terbentur ke
dinding dan ada yang jatuh terlentang. Aku segera melepaskan gigitan dan aku
tengok… phergh!! Akim menghambur
bagaikan panglima perang Mortal Combat, rebah rempah pekerja-pekerja itu lari
sambil meminta ampun. Satu persatu kena tendangan sampai ada yang jatuh
tersungkur dengan mulut berlumuran darah. Aku rasa pasti ada yang tertelan gigi
sendiri. Akim segera tarik tangan aku lantas memeluk aku dengan erat. Aku tegun
bagaikan arca batu, entah betul ataupun khayalan aku rasa dia mengucup kepala
ku. Aku telan air liur, nampaknya posisi sudah bertukar dia pula yang jadi bodyguard aku, tetapi berapakah gaji
yang aku harus bayar?.
“Lepaskan
saya.” Aku tolak tubuhnya. Dia segera melepaskan aku. Uwekkkk aku hampir termuntah bila teringat lengan yang ku gigit,
entah-entah beberapa hari lelaki itu tidak mandi.
“Kita
balik.” Akim tarik tangan aku. Aku angguk kepala, tapi kali ini dia pula yang
jadi driver atas kerelaannya sendiri.
“Singgah
di rumah saya dulu, nanti lepas solat kita makan sama, baru awak balik ke
rumah.” Akim memberikan arahan.
“Telekung
saya ada kat rumah.”Aku menjawab jujur.
“Habis,
waktu kerja awak tak solat?”
“Solat
je, saya gunakan telekung surau.”
Hairan aku, walaupun dia amat menjaga solat tetapi dengan aku siap peluk dan
pegang tangan lagi. Pelik sungguh dia ini. Kami menghala ke rumah aku dan dia
ikut pula aku masuk ke rumah walaupun puas aku mengelak.
“Pinjam
tuala, saya nak mandi.” Haih
macam-macam pula mamat ni. Aku bagi dia pinjam tuala aku yang baru sahaja aku
pakai kerana sehelai lagi aku sedang rendam dalam besen untuk di cuci. Dia kata
dia tidak kisah berkongsi asalkan dia boleh mandi dan ingin solat sekali dengan
ku. Termenung aku dengan undang-undang dia ni, solat dijaga tetapi masuk dan
tumpang mandi di rumah bukan mahram. Ironi pula dengan sikapnya yang nampak
macam warak, disebaliknya dengan aku dia main langgar sahaja perkara-perkara
mengenai batas hubungan lelaki dan perempuan.
.Kelentang
kelentung aku di dapur menyediakan masakan ringkas untuk dia dan aku
sebagai alas perut.
“Aulia,
pinjam t’shirt.” Tiba-tiba ada suara menyapa aku dari belakang. Grrrr… tiba-tiba aku rasa hendak gigit
sudip yang sedang panas itu, dia buat aku rasa hendak menerpa bilik air sekali
lagi. Adakah patut dia hanya bertuala yang sengaja diikat di bawah pusat
sehingga mempamerkan unsur-unsur yang langsung tidak wajar ku lihat dengan mata
suci ku ini. Aku telan air liur berkali-kali dan entah kenapa aku rasa muka ku
berbahang dan aku juga nampak dia macam tersenyum melihat aku yang mengepit
lutut hendak terbuang air kecil. Rock bertahanlah, tabahlah hati mu menghadapi
onak dan duri ini.
Tergopoh gapah aku angkat karipap segera yang sedang
ku goreng. Lantas aku masuk ke bilik mencari t’shirt dengan tergesa-gesa.
“Ada
ke?” Aku yang sedang terbongkok-bongkok menggelidah beg yang belum sempat
berkemas segera terbangun mendadak. Aku rasa hendak tumbuk perut dan dada dia
yang nampak kekar dan berbayang petak-petak itu. Aku gigit tali beg tanpa
diiringi rasa waras. Memang aku rasa tahap kewarasan semakin menghilang bila
melihat dia tersenyum sambil sengaja pula mengangkat-angkat keningnya gaya
‘penari tiang’. Haila aku rasa macam
hendak sudipkan sahaja kening dia biar dia tiada kening. Tiba-tiba aku
terbayang kalaulah dia tiada kening pasti sudah rupa makhluk asing.
“Kenapa
ni, dia hampir lalu menyelak sebelah rambut ku yang menutupi telinga. Grrrr…
aku rasa nak hantuk kepala ke dinding sekarang juga kalau dia tidak segera
keluar, biarlah aku mati syahid mempertahan maruah ku yang suci. Dia tersenyum
dan tenung mata aku dalam-dalam sehingga aku nampak bayangan aku ada dalam
matanya. Akim semakin mendekat dan mendekat, wajah aku semakin membesar dalam
matanya yang jernih dan berwarna coklat gelap. Ya Allah, makhluk apakah yang
kau kirimkan dihadapan ku ini, aku rasa sebahagian tubuhku semakin mengebas dan
jantungku seakan ingin meletup menahan rasa. Akim sentuh bibir ku dengan
jarinya…
“Auuuchommmmmm!!!” Aku terbersin dengan
kuat sehingga menyemburkan perkara yang tidak wajar tersembur di hadapannya.
Tiba-tiba…
“Assalamualaikum.”
Ada suara memberi salam di luar. Aku segera menerpa lalu membuka pintu. Terpampang Airiel dengan nasi
bungkusnya dan aku nampak matanya sedang terbeliak bagaikan ternampak hantu
jembalang. Aku segera menoleh, dan aku rasa hendak hantuk sahaja kepala mamat
ni ke dinding, adakah patut dia ikut aku
ke pintu dengan keadaan yang seksi begitu.
“Mm..maaf ddato… maf ..maf kan saya.”
Punyalah Airiel gagap sampai maaf pun jadi maf sahaja. Setelah menyerahkan nasi
bungkus dia segera beredar, nasi bungkus ada dua dan aku pasti nasi itu untuk
aku dengan dia.
Ketika Akim mengimamkan
solat, aku tahu ilmu agama Akim bukan calang-calang kerana bacaannya dalam
solat cukup baik tajwid dan mahrajnya. Sampaikan aku rasa setiap bacaannya
benar-benar masuk ke hati. Usai solat dia memanjatkan doa dengan penuh khusyuk…
"Wahai Tuhan kami, anugerahkan kepada kami pasangan-pasangan
dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya,
dan jadikanlah kami imam / ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa.
Ya Allah....
Jadikanlah pasangan kami...
Pembantu kami dalam melakukan ketaatan kepada-Mu...
Kekalkanlah kasih sayang kami hingga ke syurga-Mu...
Tunjukilah kami jalan keluar ....
Terhadap masalah-masalah yang kami hadapi ....
Hanya kepadaMu tempat kami mengadu ...
Engkau Maha Berkuasa membuka hati-hati manusia...
Jadikanlah anak-anak kami zuriat yang soleh...
Lembutkanlah hati-hati mereka ...
Masukkanlah Nuur HidayahMu ke dalam hati mereka...
Ya Allah ,
Ampunilah dosa kami di atas kelalaian kami dalam mendidik mereka mengenali-Mu...
Jauhkanlah mereka daripada pengaruh-pengaruh...
Yang merosakkan akhlak dan aqidah mereka...
Jauhkanlah mereka daripada kawan-kawan yang jahat ...
Kurniakanlah kami kekuatan untuk terus menasihati dan mendoakan mereka ...
Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa menunaikan solat ...
Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa ringan melakukan ketaatan kepada-Mu ...
Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa mendoakan kami ketika kami berada di dalam kubur...."
Akim memejamkan mata saat melafazkan bait-bait doanya
dan aku pula meng’amin’kan dan doa itu biarpun ia kedengaran agak aneh dan
janggal. Bermula dengan bacaan doa dalam bahasa Arab dan bila dia melafazkannya
dalam bahasa Melayu baru aku sedar doa itu mungkin sekali hanya untuk dirinya
dan isterinya. Tetapi aku ‘amin’kan juga sebab aku memang hendak dia bahagia.
“Nanti
ajak Airiel keluar makan sekali dengan kita.” Dia menawarkan aku untuk
mempelawa Airiel, cepat-cepat aku pergi ke rumah Airiel dengan telekung sekali.
Aduhai kenapalah aku ni ni sengal sangat, sepatutnya aku bukalah dulu. Airiel
tidak banyak komen bersetuju sahaja dengan pelawaan aku. Namun dia meminta
untuk membawa kenderaan sendiri.
Akim bawa kami makan di hotel. Airiel pula nampak
keletihan dan tidak banyak cakap. Bila pulang semula, aku menyuarakan rasa
tidak puas hati ku terhadap beban kerja Airiel.
“Kenapa
suruh Airiel buat dua kerja?”
“Mana
ada dua, kan kerja dia awak dah tolong buatkan, biarlah dia buat kerja lain.
“Habis
tu macam mana pulak kerja tempat mat despatch
tu?”
“Dia pun dah ada bahagian
dia.”
“ Kesianlah Airiel, letih
sangat nampaknya dia tu.”
“Lelaki kena kerja kuat
untuk maju, yang awak sibukkan Airiel ni kenapa? Suka kat Airiel ke?”
“Suka, dia baik.” Aku
berterus terang dengan Akim dan serta
merta dia tekan brek kecemasan sampai terbelahak aku tercekik air liur sendiri.
Nasib baik di belakang tidak ada kereta, kalau tidak sejarah pasti berulang.
Tiba-tiba Akim jadi serius dan terus berdiam sehinggalah kami sampai.
“Handphone tu jangan lupa charge
dan on.” Akim mengingatkan aku dengan nada yang tegas.
Baru aku teringat semula tentang
handphone itu. Sebaik sahaja memastikan aku sampai ke rumah barulah dia
pulang semula. Maksudnya esok dia yang akan ambil aku untuk ke pejabat. Selepas
selesai solat aku bergolek-golek di ruang tamu lantas mencapai handphone yang baru aku terima siang
tadi. Aku tekan butang on, dan beberapa detik kemudian terpampang wajah dia
sedang tersenyum, wajah yang sama menjadi wallpaper
pada skrin telefonnya. Bergetar hati ku, sahlah hadiah ini dari Akim dan dia ini
sengaja menguji keimanan ku dengan gambar-gambarnya.
Entah kenapa, aku rasa sampai lenguh tersenyum dan
tersengih melihat wajahnya di skrin telefon. Rupa-rupanya bukan satu malah lima
lagi gambar dia telah dimasukkan siap-siap dalam telefon dan kesemuanya gambar
yang boleh membengkakkan bola mata ku, jadi aku ambil keputusan tidak sanggup
hendak tengok sebab aku takut esok mata ku ketumbit.
Best tak sabo nak tunggu Abm aji sampai...
ReplyDeleteAduhai kesiannya rock...mujur abang haji ada.
ReplyDeletebest la....nak lagi...
ReplyDeleteHayati....Gelak guling2 baca kisah rock ni
ReplyDelete:)
Abam haji ni..tau pun jeles tp still xnk confess
ReplyDeleteBEST...
ReplyDelete