Bab 10
Aku bertukar tempat dan jadi driver kepada Akim. Akim nampak tenang sahaja seolah-olah dia tidak
membuat dosa dengan memasukkan gambar aksi-aksi seksinya kepada ku. Itu sudah
kira melakukan gangguan seksual kot.
“Lena
tidur malam tadi?” Dia bagi soalan maut kepada ku. Aku angguk kepala tidak mahu
menjawab, aku sengaja hendak tengok apakah motifnya letakkan gambar-gambar
sebegitu, gambar-gambar dia sedang posing
tanpa baju dan hanya berseluar jeans sahaja dan gambar dia berpeluh-peluh.
“Saya dah padam gambar-gambar tu,
buat semak je.”
“Ok.”
Dia menjawab sepatah lalu terus melayani gajetnya sedangkan aku terus berdiam
diri.
“Saya
minta maaf ye.” Tiba-tiba sahaja dia minta maaf tanpa sebarang motif.
“Kenapa?”
“Sebab
buat Aulia tak selesa. Saya hanya nak bergurau, lagipun bukan ada salahnya
gambar-gambar tu.”
“Panggil
saya Rock ok… Rock.”
“Ok
Rock, maafkan saya boleh tak?” Aku telan air liur menahan rasa sebab aku nampak
dia sangat jujur. Aku tengok di di cermin pandang belakang, walaupun hanya
nampak mata sahaja tetapi aku tahu mata yang indah itu selalu melihat aku
secara curi.
“Akim
dah kahwin, dah ada isteri janganlah buat perkara-perkara yang tak normal macam
ni. Handphone tu ambillah balik,
nanti dapat gaji saya beli handphone
lain. Terima kasih sebab bagi saya, tapi saya tak boleh terima. Mahal sangat.”
Aku bagi syarahan percuma pagi ini dan entah kenapa walaupun aku berkata benar
tetapi hati ku pedih sangat. Aku bagaikan mengulum rasa… come on Rock, janganlah sampai jatuh cinta. Dia nampak gelisah dan
meraup rambutnya ke belakang. Gajetnya di masukkan ke dalam beg dan dia terus
bersandar memejamkan mata. Aku nampak halkumnya turun naik, entah kenapa aku
terpandang ke situ. Bagi ku halkum lelaki memang cukup maskulin, abang ngah
memang memiliki halkum yang menonjol, tetapi along punya leher macam leher perempuan.
Aku rindu sangat kepada kedua-dua abang ku ini. Hari ini merupakan hari ke
empat aku bekerja dengan Akim dan tinggal lagi enam hari sahaja sambutan majlis
perkahwinan ku akan berlangsung.
Sebaik sahaja sampai, Airiel telah menunggu aku. Airiel
bagi salam kepada Akim dan aku nampak Akim macam tidak senang aku rapat dengan
Airiel. Airiel ceria kerana hari ini dia tidak perlu banyak melakukan
penghantaran. Kami terus ke pantry
lantas makan nasi lemak bungkus yang dia bawa untuk ku. Lagipun masih awal dan
masa kerja belum bermula. Kami makan berhadap-hadapan dan aku buatkan air untuk
Airiel. Kami berbual riang dan aku boleh cakap lepas dengan Airiel. Airiel pun
tidak suka sibuk hal orang, dia langsung tidak bertanya tentang Akim yang seksi
di dalam rumah ku. Selesai sahaja makan, aku nampak Akim tercegat melihat aku
dan Airiel dengan sorotan mata yang tajam. Wajah dia ketat, kalau longgarkan
guna sepanar pun belum tentu boleh. Airiel minta diri keluar dan aku anggukkan
kepala.
“Ikut
saya!” Akim bersuara tegas. Iskhh
lain macam pula dia kali ini.
“Kemana?”
“Masuk
bilik saya dan tolong kemas bilik saya sampai saya puas hati.” Fuh! Bukan itu kerja makcik cleaner ke?. Tetapi aku malas hendak
membantah jadi aku ikut sahaja dia dan buat apa yang patut. Aku rasa tidak ada
apa yang perlu dikemaskan dalam biliknya, semua nampak kemas dan rapi. Tapi
Akim tidak benarkan aku keluar sebaliknya dia suruh aku kemaskan pula bilik
solatnya dalam pejabat itu. Baru aku tahu, dalam bilik dia ada satu lagi bilik
kecil yang tersembunyi siap dengan tandas dan bilik air sekali. Ada juga katil
bujang yang cukup selesa kalau hendak berbaring-baring dan merehatkan diri. Aku
kemaskan lagi bilik yang memang sudah kemas itu, segala-galanya dalam bilik itu
cukup harum sampaikan tandasnya juga amat harum. Kalau begini aku sanggup tidur
dalam tandas. Untungnya jadi orang kaya, serba-serbi selesa dan cantik. Aku
segera keluar setelah berpuas hati
dengan kekemasan bilik tersebut. Akim sedang tekun menghadap laptop dan
aku juga nampak dia sedang membaca fail yang berada di hadapannya. Aku menonong
ke pintu untuk keluar…
“Nak
ke mana tu?” Purrrr berderau darah
ku, dia ni betul-betul hendak kurung aku kah?.
“Orang
nak pi buat ayaq sat.” Keluar semula loghat Taiping ku.
“Buatkan
abang sekali.” Dia selamba berkata sambil menatap skrin laptopnya. Grrr aku rasa hendak gerudi telinga aku
dalam-dalam kalau-kalaulah aku tersalah dengar.
“Apa?”
“Buatkan
saya air yang macam awak selalu buat tu.” Oh! betullah aku salah dengar tadi,
nasib baik kali ini lebih jelas. Kalau tidak harus aku kena cari driller untuk gerudi telinga aku ni
sampai tembus sebelah lagi.
“Saya
keluar kejap ye cari donut.” Dia angguk kepala dan aku rasa macam hendak lompat
bintang sebab seronok dapat keluar.
Aku gamit Airiel dan kebetulan memang waktu rehat. Aku
keluar dengan Airiel tetapi kali ini kami agak tergesa-gesa sebab tidak mahu
Akim tunggu lama. Sebenarnya aku bukan beli donut di tempat-tempat ekslusif pun
tetapi aku hanya beli donut pada makcik yang berniaga di warung tepi jalan.
Memang sedap donut makcik tu, donut Big Apple pun tak boleh menandingi lembut
dan halusnya tekstur donut makcik ni.
Tiba-tiba sedang Airiel membuka dompet hendak membayar
harga donut, meluru sebuah motorsikal terus merampas dompetnya. Aku pula
bagaikan hero tamil terus mengambil tin susu makcik warung lantas mengejar dan
membaling penunggang motorsikal tersebut. Meletup bunyi tin susu berlaga dengan
helmet dan penunggang itu kehilangan imbangan lalu terbabas ke dalam longkang.
Aku dan Airiel mengejar dan serta merta peragut itu terus menyepak aku tepat
kena di dada. Senak rasanya sampai ke ulu hati, lantas aku bagi dia beberapa
jurus taekwondo sehingga lelaki itu jatuh terduduk. Orang ramai berkerumun lalu
menangkap lelaki itu.
“Kau
ok Rock, kau ok ke ni lain macam je rupa aku tengok.”
“Aku
oklah.”Aku menjawab ringkas walaupun dada ku sakit dan aku memang nampak muka
Airiel betul-betul risaukan aku.
“Relak rr beb, cheq oklah yang hang muka
macam bini bersalin tak lepaih ni apa
kes?” Aku berjalan perlahan dengan
terbatuk-batuk kecil. Airiel nampak betul-betul risau sampai aku pula risau
bila tengok muka dia yang ketat. Kami segera pulang ke pejabat dengan bungkusan
donut. Aku hidangkan donut untuk Akim lantas terus ke bilik privacy Akim untuk menenangkan diri. Aku
cuba bertahan dari batuk, lantas aku mengurungkan diri dalam bilik air. Dada
aku terasa betul-betul sakit dan rasa penuh dan sempit. Aku tanggalkan kasut
lalu berbaring atas lantai yang berkarpet. Entah bila aku tertidur pun aku
tidak sedar, tahu-tahu sahaja aku terbaring di atas katil siap berselimut kain
pelikat Akim. Ketika sedar aku lihat Akim sedang solat, dia berdoa dengan mata
yang terpejam.
“Dah
ok ke atau sakit lagi.” Akim hampir lalu duduk di samping ku. Aku kekok sangat
bila dia melihat aku berbaring begini.
“Iskhh cheq ok lah, mana ada sakit pun.”
“Jangan
tipu abang boleh tak?” Haila aku salah dengar lagi ke? Aku segera bangun dan
tiba-tiba sahaja aku terbersin sehingga hidung ku terpercik darah lalu kena pada
kain pelikat yang menyelimuti aku. Aku tengok muka Akim terus berubah.
“Awak
buat apa tadi, kenapa sampai macam ni?” Akim segera tanya aku bertalu-talu. Dia
tarik selimut aku dan segera mengelapkan hidung ku dengan kain tersebut.
“Cheq pi beli donut lah.” Aku jawab
ringkas sambil membiarkan dia tekun membelek hidung ku yang berdarah.
“Ni
kenapa baju kotor.” Dia sentuh dada ku…grrr
aku vibrate lantas terus menepis tangannya dengan kuat.
Dia punya tangan lagi kuat, lantas dia tangkap tangan aku yang sedang menepis
tangannya.
“Saya
bukan nak buat tak senonoh, kalau saya nak saya mintak izin awak dulu. Sekarang
bagi tahu saya apa yang dah berlaku?” Akim nampak serius. Grrrrrrrr…aku rasa macam hendak kancing gigi bila dia kata hendak
minta izin dulu… tapi dia hendak apa ye. Harap-harap aku salah faham dan tidak
mahu menyangka yang bukan-bukan. Aku tergagap-gagap juga bercerita dengan Akim
kisah yang berlaku digerai donut tadi. Akim menggigit bibir lantas menghela
nafas panjang. Aku juga turut melakukan perkara yang sama, sebab aku lega dia
tidak marah.
Petang itu Akim balik awal, dia membatalkan mesyuarat
yang sepatutnya akan dia adakan. Entah kenapa aku pun tidak faham. Pukul tiga
petang dia telah mengajak aku pulang. Dia terus ke rumahnya dan tidak menghantar
aku balik terlebih dahulu. Aku pula mula rasa tidak sedap badan dan mual-mual.
Mungkin kesan tendangan di dada yang siang tadi.
“Malam
ni tidur sini.” Dia bersuara tegas dan aku pula tidak sedap badan lalu malas
hendak memandu pulang. Aku masuk ke bilik lantas terus membaringkan diri sebab
aku betul-betul rasa tidak sihat. Dada aku terasa sempit dan penuh sampai aku
jadi sesak nafas. Selepas solat asar aku mula kerap terbatuk-batuk tambahan
pula dingin aircond membuatkan aku
semakin sesak nafas. Akim pula hanya duduk di luar berhampiran dengan bilik ku
sambil membuat kerja-kerja pejabatnya yang disambung di rumah.
“Awak
ok tak ni?” Tiba-tiba sahaja Akim terjongol depan pintu. Aku tiada perasaan
untuk berbual dan hanya menganggukkan kepala. Entah kenapa tiba-tiba sahaja aku
rasa semuanya bagaikan senget dan aku juga ikut senget ke tepi. Aku tidak sedar
bila masanya Akim datang menerpa, tahu-tahu sahaja dia sedang memeluk di atas
lengannya. Muka ku ditarik rapat ke dagunya dan dia nampak agak kalut. Walaupun
aku rasa lemah dan tidak berdaya, namun aku dapat merasai geselan tunggul
janggutnya yang mulai tumbuh agak kasar. Sakit pula pipi aku yang lembut ini.
“Kita
ke hospital.” Aku mengeleng namun dia terus membawa aku masuk ke kereta dan
memandu dengan tergopoh gapah.
Sampai di hospital aku terus dikejarkan ke bahagian
kecemasan. Macam-macam doktor buat dan pertama sekali aku di X-ray. Setelah
pemeriksaan lanjut, doktor menyatakan paru-paru ku dikhuatiri mengandungi
cecair yang mungkin sekali darah. Aku dimasukkan ke wad dan menerima rawatan
yang intensif daripada beberapa orang doktor. Sepanjang malam Akim jaga aku,
sedangkan aku sentiasa mamai akibat sedative
yang diberikan oleh doktor.
Pagi ini aku tersedar dari tidur yang panjang dan tahu-tahu
sahaja aku melihat satu makhluk keji yang selalu jadi rakan sepergaduhan ku
sedang melingkar tidur di atas sofa bersebelahan dengan Akim. Aku terus baling bantal kepadanya. Dia
terkejut lalu menggenyeh-genyehkan mata.
“Ngah
awat mai sini?”
“Hang ok dak ni?”
“Haa la ok dah ni, aku ketawa perlahan
lantas mencium tangannya. Angah gosok kepala ku sambil ketawa perlahan.”
“Hang ni saja buat orang risau, awat tengin sangat pi lawan budak jantan?”
“Mana
ada, cheq belasah perompak ja.”
“Huh kunun nak jadi hero lah, lembik
macam cekodoq nak jadi hero.”
“Huh! dasar kojaq memang patut kena lah.” Aku pula membidas kata-kata abang
ngah. Akim terpisat-pisat bangun dan kemudian dia merenung aku dengan tenang.
“Dah
ok ke?” Aku angguk kepala. Tetapi aku masih hairan bagaimana abang Ngah boleh
sampai ke sini.
Doktor melakukan pemeriksaan lanjut setelah melihat
aku semakin sihat. Rupa-rupanya bukan paru-paru aku yang berdarah tetapi
hidung, bila aku terus bernafas menggunakan hidung dan
tertidur dalam keadaan hidung yang berdarah ia masuk sedikit ke dalam
paru-paru. Dulu pun hidung aku memang sering berdarah kalau panas, dan kesan
tendangan ke dada hanya memberi impak kesakitan fizikal sahaja. Airiel nampak
takut-takut dengan Akim ketika melawat aku. Kasihan pula aku pada Airiel dan
kami berbual dengan keadaan yang amat terkawal. Tetapi aku memang nampak Airiel
ambil berat sangat terhadap ku.
Akim dan abang Ngah keluar sebentar, dan tiba-tiba
sahaja Airiel datang kembali. Rupa-rupanya dia ada bawakan aku bubur yang mak
dia masak. Tetapi dia tidak berani hendak bagi kerana bimbang Akim marah,
hairan aku kenapa dia takut sangat pada Akim. Bubur yang dia bawa nampak sedap
sangat sampai aku benar-benar terliur.
“Wow!
Bestnya Riel, saya memang rindu masakan mak ni.”
“Mak
kirim salam kat Rock, dia ucapkan terima kasih sebab tolong saya.”
“Mualaikum
salam,hal kecil aje Riel.”
“Aku
suap ye.” Airiel menawarkan khidmat dan aku rasa memang mengada-ngada
menganggukkan kepala. Airiel suap aku dengan perlahan dan penuh santun. Aku pun
makan dengan tertib. Sopannya betul Airiel ni, mujurlah dia dengan aku sama
umur, kalau tidak memang aku boleh jatuh cinta dengan dia. Wah! Rock berapa
kali mau jatuh cinta daaa?. Tetapi
aku memang banyak sangat falsafah untuk memilih lelaki, aku tidak suka lelaki
sama umur dengan ku.
“Awak
kena cepat baik, dan boleh masuk kerja. Bosan Rock takde kat office” Dia bersuara tenang. Aku
anggukkan kepala dan aku berjanji akan segera keluar, kalau boleh hari ini juga
aku hendak balik.
Tiba-tiba abang ngah masuk dengan muka yang tidak
mesra alam.
“Hang pasai pa ni, hamboi meghela sungguh aih men suap-suap bagai.”
“Cheq saja la ngah, bukan selalu pun.” Abang ngah tunjuk jari telunjuknya kepala ku sampai senget kena
tunjal. Haila dia ni garang sangat
kenapa.?
“Maaf
bang, saya yang nak suap dia, sian saya tengok tangannya ada jarum drip.” Airiel jadi lelaki budiman dan
aku memang suka lelaki budiman. Aku tahu abang ngah memang pantang dengan orang
yang mengalah ni, hatinya cepat sahaja lembut.
“Lukhman
dah bayar duit hospital, hang boleh keluaq sat gi. Tunggu nurse cabut jarum kita balik.” Abang
ngah bersuara mendatar.
“Mana
dia?” Aku tanya abang ngah bila tidak nampak Akim di mana-mana.
“Pi sondol jalanlah, hangin.” Abang ngah menjawab ringkas. Haila kenapa pula dia naik angin, tidak ada ribut… tidak ada guruh
tiba-tiba dia naik angin. Musykil aku dengan mamat seorang ini.
Airiel pulang sejurus mengemas-ngemas bekalan yang
dibawanya. Aku pula berkemas-kemas untuk pulang. Jururawat mencabut jarum drip dari tangan ku dan Akim muncul
sebaik sahaja Airiel keluar. Hairan aku, apa yang tidak kena dengan Airiel dan
Akim ni, macam musang dengan ayam pula.
abam haji cemburu...hehehhe rok....rok...
ReplyDeleteHayati... pandai betui abam hj jelezzz.. sayang bini tuuu.. ^_^
ReplyDeleteHaila Rock... Kecian Akim memendam rasa..
ReplyDeleteBEST....
ReplyDeleteSbr ye akim ..huhuhu..rock2 sian k abn aji..jeles tahap kuasa 3
ReplyDeletekesian abam haji..memendam rasa..huhu
ReplyDeletebest sngt... taniah cik writer..
ReplyDeleteBestt crta ni bla nk ada sambgn lgi.. tk sbr nk tau rock tau tu suami dia...
ReplyDeleteaduila...best...terus terang jela abg haji oi...
ReplyDelete