Bab 1
Aku mengemaskan pakaian dengan rasa lesu yang melampau
maklumlah aku langsung tidak tidur sampai ke pagi. Jam telah menunjukkan pukul
6.30 pagi dan aku rasa aku patut hantar Akim ke tempat kerja dahulu baru aku
pulang. Tidak mengapalah aku minta Airiel yang hantar sampai Pudu Sentral
asalkan bukan Akim. Kalau Akim yang hantar maknanya aku akan jadi janda
berhiaslah. Setelah melihat Akim belum lagi keluar dari biliknya, aku rasa
mungkin dia tertidur selepas subuh. Aku segera ke bilik dia dan memang betul
tekaan ku dia terlentang memejamkan mata di atas katil.
“Kim
bangun… kerja.” Dia bergerak sedikit. Aku terus memanggilnya dan menggoncangkan
bahunya perlahan.
“Bangunlah
Kim kerja, lepas saya hantar awak nanti saya minta tolong Airiel hantar saya ke
Pudu.” Tiba-tiba mata Akim tercelik dan dia memandang aku terkebil-kebil.
“No way… no Airiel anymore… just me ok.”
Akim terus tarik tangan aku dan aku jatuh ke atas dia. Dia segera melingkarkan
tangannya ke tubuh ku…
“Kita
tidur dulu ye…”
“Urmm…” Entah kenapa aku
tiba-tiba sahaja aku merengek manja grrrrrrrrrrrr.
“Sayang…” Akim bersuara
perlahan dan tertahan. Dia mengetatkan lingkaran lengannya ke tubuh ku. Aku
mula rasa hendak pitam, seluruh tubuh ku bagaikan terkena voltan elektrik
sehingga aku tercungap-cungap mencari ruang udara.
“Ya Allah!” Aku rasa
semput. Akim segera melonggarkan pelukannya. Aku bingkas bangun dalam keadaan
bagaikan baru dimandikan dengan ais.
“Aulia… kenapa ni sayang?”
Akim melekapkan telapak tangannya ke pipi ku, sedangkan aku pula terasa
seolah-olah lidah ku melorot ke dalam. Aku bagaikan tercekik lidah sendiri!
Akim mengelus-ngelus pipi ku dan hangat tangan itu tidak mampu memanaskan aku
yang sudah menggigil seluruh tubuh. Air liur ku seakan-akan tersekat tidak mahu
ditelan apatah lagi diluahkan.
“Sayang…” Aku rasa Akim
bagaikan merengek lembut, aku terus gigit bibir. Langsung tidak sakit sebab aku
rasa semua tubuh ku sudah kebas!
“Bismilahirahmanirahim….” Akim membisikkannya dengan perlahan lalu
dia merapatkan bibirnya ke wajah ku… semakin rapat… dan rapat.
“Aaaachommmmmmmmmmm!!!” bersembur semua apa yang tidak sepatutnya ke
muka Akim. Serta merta dia menutup mukanya yang tempias oleh segala hasil dari
mulut ku ini.
“Sorry!” Aku terpekik sedikit, lalu terus bangun dan berlari keluar
dari bilik dia. Bahaya!
Aku bersandar di pintu
bilik dengan rasa pelik yang tidak pernah aku rasai sebelum ini. Rasa yang amat
aneh, segementar-gementar aku naik ke pentas ketika dipaksa berucap sempena
penerimaan anugerah olahragawati MSSD pun tidak seteruk ini. Aku mencari udara
untuk bernafas, mencari ruang agar aku dapat merasai semula perasaan bebas.
Perlahan-lahan aku genggam tangan ku yang sejuk dan kebas dan menarik nafas
sedalam-dalamnya. Aku raup kedua tangan ke muka, tiba-tiba…
“Sayang… bukak
pintu ni…” Ya Allah apa lagi ni???? Aku diamkan diri kerana aku benar-benar
kehilangan idea untuk bertindak. Akim ketuk lagi pintu.
“Aulia… bukaklah
pintu ni.” Aku terus diam dengan nafas yang tertahan-tahan. Sebenarnya aku cuba
bersuara, cuba untuk mengeluarkan kata-kata, tetapi tidak ada suara yang mahu
keluar sebaliknya aku rasa bagaikan tercekik dan rasa itu tidak mahu lepas.
Tidak lama kemudian suasana jadi sunyi sepi, tidak ada lagi ketukan pintu dan
tidak ada lagi suara Akim. Aku berasa amat lega.
Aku terasa amat lesu,
kalau tadi aku bercadang hendak membantu Akim menyiapkan keperluan dia untuk
bekerja, kali ini semua keinginan aku telah lesap entah ke mana. Aku hanya
terbayangkan lambaian katil dan batal. Perlahan-lahan aku menghapiri katil yang
telalu indah aku rasakan, lalu… gedebum!!!aku
hempaskan diri ku. Selepas itu aku langsung tidak ingat apa yang terjadi kerana
semuanya jadi gelap gelita.
Aku tidak tahu berapa lama
aku tertidur, tetapi apa yang aku sangat pasti ialah sebaik sahaja tersedar aku
berasa amat lapar. Lapar yang tidak dapat di tahan-tahan. Aku capai telefon,
bukan hendak memeriksa pesanan ringkas atau miscall,
sebaliknya aku hanya hendak tengok jam. Gulp!
Aku beliakkan mata tatkala melihat jam sudah menunjukkan pukul sebelas pagi.
Tergopoh-gapah aku bangun kerana teringat Akim yang sedang bekerja. Kasihan dia
pasti dia pergi kerja sendiri.
Aku segera tarik pintu
bilik, toink!! Aku melihat sekujur
tubuh sedang melingkar tertidur di hadapan pintu bilik ku. Tanpa selimut, tanpa
bantal malah tanpa baju! Akim berlenggeng sahaja tidur dengan tangan yang
dikiamkan. Berderau darah ku, cara dia tidur macam orang yang telah meninggal
dunia!. Berkali-kali aku cuba bersikap sewaras mungkin, kerana seingat aku Akim
memang belum makan dari semalam. Aku takut dia gastric lagi.
Perlahan-lahan aku
menghampiri Akim, mula-mula aku letakkan jari di bahagian lubang hidungnya. Aku
merasai ada hembusan panas dan lembut dari hidungnya. Alhamdulilah, Akim masih
hidup. Aku telan air liur berkali-kali kerana amat bimbang dia akan terjaga.
Tidak sampai hati pula aku untuk mengejutkan dia, tambahan lagi bila aku tahu
abang haji ku adalah Lukhman Hakimi!. Aku melutut dan memandang wajah Akim yang
nampak amat tenang dalam tidurnya. Wajah yang cukup mendamaikan, wajah yang
telah meresap jauh ke dalam lubuk hati ku yang sering berpusar ini. Aku terasa
ingin menyentuh hidung Akim yang terletak indah, tertenggek bagaikan banir
pokok tumbang di pesisir pantai.
“Argh apa pulak aku merapu ni?” Aku bergumam
sendiri sebab aku tahu hati aku sedang mengalami pesona yang cukup tinggi.
Lebih hebat dari kereta Persona abang Ngah. Tangan aku memang selalu tidak
siring dengan hati, hati aku menahan tetapi tangan aku tetap bergerak juga. Aku
cuit hidung Akim, dia diam.
“Sah, tidur mati!” Aku
lekapkan pula telapak tangan ku di pipinya. Akim tetap berdiam, namun tangan
aku yang jahat dan tidak berperi kemanusiaan ini mengelus pula pipi itu. Aku
belai wajah Akim, dengan lembut dan perlahan sebab aku amat bimbang kalau dia
terjaga. Aku ingin sekali merompak wajah itu untuk dipinjam agar aku mampu
menyimpannya dalam mana-mana ruang di peti besi hati ku ini.
“Akim…” Aku membisikkan
nama itu, nama yang amat indah untuk ku sebut.
“Urmm…” Grrrrrrrrrr…
tiba-tiba dia menyahut dengan nada yang cukup manja sehinggakan aku rasa serta
merta roma ku berdiri 900. Aku terus tarik tangan ku, reflex bagaikan terkena cerek panas.
Namun tangan Akim lebih pantas, aku
tertangkap kering dalam keadaan yang cukup aib bagi ku kerana mencuri sentuh
wajahnya. Akim genggam tangan ku lalu dikucupnya dan dibawa ke dadanya. Ya
ampun, aku terasa hendak terjun tiruk di lautan atlantik sekarang juga!!.
Akim celikkan sebelah
sahaja matanya, mengenyit aku sambil tersenyum.
“Eiii lepaslah
tangan cheq!” Akim senyum sahaja
lantas dia duduk tanpa melepaskan tangan ku di genggamannya.
“Lepaslah!” Aku tarik tangan ku kuat-kuat.
“Janganlah tarik kuat sangat, kalau abang terpeluk nanti
macam mana?” Grrrrrrrrr aku kehilangan kata-kata. Aku tidak mampu lagi
memandang wajahnya yang pada pandangan aku memang cukup miang rebungnya.
“Huhuuu…” Aku benar-benar rasa hendak menangis, bukan
setakat menangis malah aku rasa hendak meraung.
“Abang suka bila tengok wajah sayang macam ni, wajah yang
akan memerah bila dia malu.” Akim terus berkata-kata dalam nada rendah, dan aku
rasa dia perlu tahu, semakin perlahan suara dia maka semakin kuatlah rasa aku
hendak terpitam. Aku ingin menjawab, namun lidah ku kelu dan aku rasa muka ku
telah berbahang kepanasan. Sekali lagi Akim bawa tangan ku ke bibirnya, hangat
bila bibirnya mengucup tangan ku.
“Lia sayang abang?” Aku tidak tahu hendak jawab apa,
rasanya aku hendak balik ke kampung sekarang juga dan aku sudah tidak peduli
kalau Akim hendak merapu apa lagi. Daripada aku mati syahid sakit jantung di
rumah ini, lebih baik aku pulang sahaja untuk membantu mak melakukan persediaan
kenduri perkahwinan ku.
Akim tidak pergi kerja,
katanya dia telah mula bercuti. Lagipun hanya dua hari sahaja lagi majlis kami,
dua hari itu termasuk hari ini. Aku kena balik hari ini, dan aku hanya perlu
tunggu Akim di rumah mak di kampung. Setelah selesai mengemaskan beg pakaian
aku segera menemui Akim yang kelihatan telah lengkap berpakaian.
“Saya nak balik ni.”
“Abang hantar.”
“Eh tak
payahlah, nanti abah marah.”
“Taklah, kenapa abah nak marah? Sayang tak nak tengok
baju pengantin kita ke?”
“Eheh, bila
pulak saya ada tempah baju pengantin?” Akim gelengkan kepala, namun dia masih
tersenyum. Sejurus kemudian, dia menghelakan nafas panjang lalu memegang bahu
ku lantas meraup rambut ku ke belakang. Cukup pantas dia mengucup dahi ku,
tidak sempat aku hendak mengelak.
“Sayang pakai tudung boleh?” Eheh kenapa nak kena pakai tudung pula, tiba-tiba sahaja dia ni.
Namun seperti biasa, hati ku selalu tidak seiring dengan perbuatan, aku angguk
pula kepala.
“Kenapa nak kena pakai tudung, nanti-nanti tak boleh ke?”
“Boleh, tapi abang jeles
bila ada orang lain tengok rambut sayang yang cantik ni.” Aduh! Kenapalah
Akim hari ni, sudah macam orang tidak waras pula ayat-ayatnya. Adakah patut
rambut aku yang berkarat semula jadi ini dia kata cantik. Tahukah dia aku
teringin sangat hendak mewarnakan rambut ku ini dengan warna hitam gelap, namun
selalu sahaja abah bagi amaran keras. Abah kata tidak sah wuduk kalau anak
rambut di warnakan.
Akim mengambil alih tugas
menjadi pemandu. Aku pula duduk di sebelahnya dengan rasa kekok. Memanglah
kekok, kalau sebelum ini aku boleh lepas laku dengannya, namun semenjak tahu
dia suami aku a.k.a pak haji yang aku sangka sudah tua renta, aku jadi hilang
bahan untuk berbual dengannya. Dia pula yang lebih dominan dalam perbualan
kami.
“Kita pergi butik pengantin ye?” Aku angguk kepala. Akim
hela nafas panjang bila melihat aku tidak banyak cakap seperti biasa.
“Sayang ok ke?” Aku angguk lagi, dan dia tetap tenang
memandu. Pap! Tangannya jatuh atas
tangan ku lantas terus dia genggam dan bawa ke bibirnya. Dia juga diam, aku
pula rasa tidak sampai hati hendak tarik tangan ku, tambahan pula dia sedang
memandu. Manalah tahu kalau-kalau nanti dia hilang tumpuan. Akim memandu dengan
sebelah tangan dan meletakkan tangan aku atas pahanya. Aku sudah lenguh
bertahan dengan tangan yang terjulur ke tepi di atas ribanya, maklumlah jarak
kami agak jauh kerana kereta Akim yang besar. Lainlah kalau naik kereta kancil,
bukan setakat paha sebelah sini, sampai sebelah sana pun aku boleh capai!.
Sampai di butik pengantin, kami telah disambut oleh
seorang jejaka lembut merangkap pak andam pengantin kami kelak. Aku terasa
hendak ketawa bila melihat dia yang jauh lebih lembut dari aku sendiri.
“Alah dato ni, kenapa lewat sangat datang try baju. Nanti kalau I tak sempat nak ubah kan susah.”
“Kalau awak tak boleh, saya cari kedai lain.” Akim terus
berlalu sambil menarik tangan ku.
“Eiii dato ni!”
Lelaki lembut itu terus memegang tangan Akim dan menariknya dengan kuat. Akim
terdorong ke arahnya lalu lelaki itu menahan dada Akim sambil tersenyum. Serta
merta aku nampak wajah Akim memerah bagai udang kena goreng. Naik turun
halkumnya menelan air liur tatkala lelaki lembut itu mengelus dadanya sambil
tersenyum.
“Hisy awak ni
Redza.” Akim terus menolak tangan lelaki lembut yang bernama Redza itu agar
berjarak darinya. Redza ketawa terbahak-bahak. Aku pula memang tidak boleh
bertahan, rasa hendak terguling-guling aku senak perut ketawa. Akim hanya
mengeleng-ngelengkan kepala sambil menghela nafas panjang.
Redza memberikan sepasang
baju songket ungu lembut untuk aku cuba.
“Eh saya je ke,
awak punya mana?”
“Dato dah cubalah, you
je yang belum lagi.” Redza menyahut dan aku angguk kepala faham. Redza tarik
tangan aku mengajak ke fiting room.
“Eh nak kemana tu?” Akim nampak tergamam.
“Nak try
bajulah dato.” Redza menyahut selamba.
“Yang awak pegang tangan wife saya tu kenapa, nope biar
saya yang temankan . Kalau ada yang tak sempurna nanti saya suruh kamu alter.” Akim nampak serius dan Redza
nampak serba salah, serta merta dia melepaskan tangan aku.
“Biar abang yang temankan sayang cuba baju.” Akim terus
raih pinggang aku dan kami sama-sama masuk ke fitting room. Arghhh biar
betul!! Takkan aku hendak cuba baju di hadapan Akim? Takkan aku hendak… Arghhh. Dia ini macam sengaja pula
hendak mengenakan aku.
Sebenarnya Fitting Room
itu tidaklah kecil sangat seperti yang selalu ada di kompleks membeli belah
itu. Sebaliknya fitting room butik
tersebut hampir sebesar bilik tidur aku di kampung dan dilengkapi dengan cermin
besar yang boleh nampak keseluruhan tubuh badan aku. Di dalam fitting room itu juga dilengkapi dengan coner sofa. Akim menyerahkan baju itu
kepada ku lantas dia menutup pintu dan duduk di sofa tersebut. Aku pula jadi
tercengang-cengang memerhatikan gelagatnya.
“Saya nak kena cuba sekarang ke?” Akim anggukkan kepala.
“Habis takkan nak salin depan awak?”
“Tak salah kan?” Aduh! Soalan dijawab dengan soalan dan
soalan Akim itu memang sengal tahap tujuh petala langit!. Aku terus tarik
tangan Akim supaya dia berdiri dan tolak dia supaya dia tahu hendak keluar.
“Eh kenapa ni?” Akim nampak terperanjat.
“Keluarlah, kan saya hendak salin baju depan awak?”
“Eii, kalau
abang keluar, takkan Redza pula yang nak tolong sayang kenakan zip kat belakang
tu.
“Alamak! Ada zip ke?” Aku segera tengok baju kurung moden
ini. Memang ada zip!.
“Awak keluarlah dulu, nanti datang masuk balik.” Akim
angguk kepala lalu melangkah dengan berat keluar dari fitting room ini. Aku salin baju dengan tergopoh gapah, dan aku
cuba untuk menzip baju itu sendiri, namun ternyata hanya separuh sahaja yang
boleh di zipkan, sedangkan separuh lagi terlapang mempamerkan bahagian belakang
aku sehingga baju dalam aku juga turut nampak sekali. Arghh! bala macam ini. Aku terkial-kial menarik zip sampai merenek
peluh di dahi walaupun bilik itu berpenghawa dingin.
“Sayang ok ke?” Akim bertanya dari luar.
“Ok!” cepat-cepat aku menjawab. Rasanya sudah hampir dua
puluh minit aku masih gagal menzip baju pengantin ini. Dan entah berapa kali
pula Akim bertanya ‘ok ke?’
Purrrrrrrrrr berderau darah ku bila tiba-tiba sahaja Akim masuk dan
melihat aku dengan mata yang separuh terbeliak dan mulut yang terlopong. Aku
terasa hendak tepuk sahaja dahi dia sekarang juga, supaya dia tahu tutup mata.
“Apa ni?” Aku rasa terperanjat dan marah.
“Tak selesai lagi ke?” Aku gelengkan kepala.
“Bagi abang tolong.” Dia bersuara perlahan. Aku terpaksa
angguk walaupun sebenarnya aku ingin mengeleng. Aku berdiri membelakangkan Akim
dan aku tahu dia berada terlalu hampir di belakang ku. Akim menyelak rambut ku
dengan lembut. Entah kenapa, adrenalin ku buat hal lagi, dan aku rasa perasaan
ingin ‘mengepit’ ku datang kembali. Arghh
lambatnya Akim buat kerja, aku rasa masa terlalu lama berlalu. Aku tidak mahu
bahagian belakang aku terdedah di hadapan Akim, lalu aku terus melepaskan
kembali rambut menutupi bahagian belakang ku.
“Cepatlah!”
“Macam mana nak buat kalau sayang tak bagi abang selak.”
“Tak payah selaklah, buat je cepat-cepat.”
“Yelah, abang buatlah ni.”
“Cepatlah tarik!”
“Ok…ok.” Akim terus tarik zip ke atas.
“Aduhhhh… sakitlah, tariklah pelan-pelan!” Zip lekat di rambut
aku yang panjang mengurai ini.
“Sorry… sorry.” Akim melepaskan rambut yang melekat di
zip perlahan-lahan. Lalu menyelak rambut ku ke tepi. Tiba-tiba dia menyentuh
bahu ku, lalu mengucupnya dengan lembut. Huhuuu…
aku rasa sistem kawalan urin aku semakin berkurangan.
“Sayang…” Akim
bagaikan merengek dan aku terus siku perut Akim, boleh tahan juga kuatnya.
Biarlah, tembus pun tidak mengapa asalkan Akim kembali waras.
Kami segera keluar sebaik
sahaja aku sempurna mengenakan baju pengantin. Purrr… tercegat Redza diluar pintu fitting room dengan wajah yang merah padam. Dia nampak teragak-agak
hendak menegur kami.
“Eh awak ni
kenapa Redza, macam ternampak hantu.”
“Maaf dato, kalau dato nak lama-lama lagi kat dalam pun
tak mengapa. I tolong jaga pintu ni, mana tahu kalau ada customer lain yang datang dekat sini.” Redza menjawab
teragak-agak.
“Biarlah dorang nak dekat pun, bukan ganggu kami pun.”
Akim menjawab ringkas.
“Tak manislah dato, kalau dato nak privacy rasanya fitting room
ni kurang selesa.”
Tiba-tiba Akim menyeringai
sampai nampak giginya.
“Apa awak merepek ni!” Akim gelengkan kepala. Aku tidak
memahami gelengan Akim dan aku juga langsung tidak faham apa yang di maksudkan
oleh Redza.
Baju pengantin memang
sedang elok sahaja dengan tubuh ku tanpa perlu sebarang ubahsuai. Akim cukup
berpuas hati dengan pakaian tersebut dan selepas ini Redza akan ikut kami
pulang ke kampung untuk menyolekkan aku dan Akim. Rasanya kalau aku make-up sendiri pun wajah aku ini tidak
mengapa, kerana aku cukup benci bulu mata palsu. Kalau Redza berani-berani cuba
letakkan bulu mata palsu di kelopak mata ku aku sanggup tendang dia sampai
tersungkur.
Rupa-rupanya keluarga Akim
sudah menyewa homestay berhampiran
dengan kampung ku. Akim membawa aku pulang ke rumah ibu-bapanya, merangkap ibu
dan bapa mertua ku. Selepas itu dia akan menghantar aku pulang ke kampung
berjemaah sekali dengan semua ahli keluarganya. Sampai sahaja di rumah ibu-bapa
Akim, aku melihat sudah ramai sanak saudara dia berkampung di sana. Semua
kereta yang terpakir di halaman rumahnya bertaraf kereta mewah. Malah rumahnya
juga aku rasa boleh memuatkan sebuah padang bola sepak!. Besar gedabak sampai
aku sendiri hairan, bagimanalah hendak menyapu dan mengemas rumah sebesar ini.
“Ini rumah ke banglo?” Aku
tercengang menyoal Akim.
“Apa-apalah sayang.” Akim
ketawa perlahan lalu meraih pinggang ku dan menarik aku masuk ke dalam banglo
milik orang tuanya.
Tiba-tiba semua memandang
kami tatkala aku dan Akim melangkah masuk ke rumah agam milik orang tua Akim.
“Lukman, ya Allah dah seminggu anak umi tak balik,
tahu-tahu hari ni bawa menantu umi sekali!” Seorang wanita tua segera bangun
menghampiri kami. Wanita itu bertudung labuh dengan karektor yang cukup ramah
dan lemah lembut. Akim segera menghampiri uminya lalu mencium tangan dan pipi
wanita itu. Aku cuma mampu menelan air liur dan terpinga-pinga keran langsung
tidak mengenali sesiapapun dalam rumah itu.
“Sayang… umi kita.” Akim berbisik kepada ku. Aku segera
menghulurkan tangan dengan teragak-agak lalu spontan mencium tangan itu.
“Ya Allah menantu umi, ya Allah… Ya Allah.” Umi Akim
bagaikan kehilangan kata-kata lantas meraih aku ke dalam pelukannya. Pelukan
wanita yang mempunyai tubuh agak berisi itu aku sambut dengan penuh rasa
berbaur. Aku teringatkan mak, aku rindu mak, aku hendak memeluk mak. Aku
menitiskan air mata secara tidak sengaja, pelukan umi benar-benar menghangatkan
rindu ku. Umi mencium aku di pipi kiri dan kanan, malah turut mencium dahi ku.
Ya Allah, aku yang begini rugged
berada dalam kelompok wanita-wanita yang kebanyakkannya bertudung labuh.
“Cantiknya menantu umi…” umi melekapkan kedua telapak
tangannya ke pipi ku lantas mengelus rambut ku yang agak keperangan ini.
“Cantik rambut menantu umi, patutlah Lukhman dah lama
tergila-gilakan menantu umi ni.” Arghh
apa pula yang umi leterkan ini, aku langsung tidak faham. Takkan Akim sudah
lama angau dengan aku?.
“Kenapa berdiri di situ, Lukhman… bawalah isteri tu makan
dulu. Tengok apa umi masak. Kami semua dah makan.” Tiba-tiba seorang lelaki
muncul dengan sebuah buku yang agak tebal dan memakai kopiah putih. Aku telan
air liur bertalu-talu kerana lelaki ini aku pernah tengok! Ya lelaki yang
berada dipinggir katil ku tatkala aku pengsan di hari pernikahan ku!.
“Sayang… salam walid.” Umi berbisik ke telinga ku lalu
memimpin ku ke hadapan walid. Teragak-agak aku menghulurkan tangan kepada
lelaki itu. Dia hanya tersenyum dan baru aku sedar, Akim memiliki senyuman
lelaki walidnya.
“Dah
baik dah?” Walid menyentuh kepala ku tatkala aku mencium tangannya. Aku segera
angkat kepala memandang wajah walid, sebenar aku tidak faham langsung
soalannya.
“Walid tanya, Rukiah sakit lagi ke macam hari tu?” Umi
memecahkan kebuntuan aku. Aku tidak tahu hendak jawab bagaimana, namun aku
angguk kepala. Ya Allah aku rasa kekok sangat bila dikelilingi ahli keluarga
Akim termasuk nenek dan ibu saudaranya. Baru aku tahu, rupa-rupanya Akim anak
tunggal. Wah! ini sudah bagus sebab aku tidak perlu bersaing dengan
menantu-menantu umi yang lain.
Cara nenek menerima ku
agak berlainan berbanding saudara mara yang lain. Di sebelah nenek ada adik
umi, iaitu ibu kepala Lynn mummy Mikha! Lynn juga ada di situ dan aku dapat
mengesan wajah cuaknya.
“Mama!” Tiba-tiba Mikha menerpa lalu memeluk paha ku.
Spontan aku juga peluk Mikha, Akim menghampiri kami lalu mendukung Mikha. Mikha
cium Akim bertalu-talu, lalu berbagai-bagai soalan keluar dari bibir mogelnya.
Sebaik sahaja selesai makan, Akim mengajak aku masuk ke biliknya untuk mandi
dan salin pakaian sebelum kami bertolak pulang ke kampung. Aku patuh, kerana
aku memang sudah jadi pak turut pula sekarang ini di rumah Akim. Umi melayani
aku dengan amat baik, malah Walid juga terlebih-lebih baik. Akim mengambil beg
pakaian ku dari kereta lantas membawanya bersama menuju ke bilik.
Sebaik sahaja pintu bilik
Akim terbuka, aku terhenti dan rasa teragak-agak untuk melangkah masuk.
“Ini bilik ke hotel?”
“Ini bilik abang lah.” Akim terus raih pinggang aku. Dia
ini tiada kerja lain kah selain dari sengaja ambil kesempatan untuk memeluk
pinggang aku. Kalaulah dia tahu, setiap kali dia peluk pinggang ku pasti aku
rasa bagaikan terkena arus elektrik dan jantung ku mula berima tidak sekata.
Kalau setiap hari dia buat begini, silap-silap aku akan mati muda. Silap-silap
sekali lagi dia jadi duda berhias! Eh, siapa pula hendak pecahkan rekod duda
berhiasnya? Takkan aku pula?.
Bilik Akim amat indah pada
pendapat aku. Kombinasi warna coklat gelap dan warna kuning air (cream)
benar-benar menaikkan aura bilik tersebut. Terdapat coner sofa yang besar serta
katilnya juga amat besar. Boleh main kejar-kejar dalam bilik Akim ini, langsir
bilik Akim kelihatan amat mewah dan kombinasi warna redup melahirkan aura
romantic dan penuh ketenangan.Wall paper
bilik Akim juga diperbuat dari kertas berwarna coklat dengan corak abstrak
kecil. Terdapat cermin yang besar di dinding serta set teater rumah yang serba
lengkap. Aku benar-benar kagum dengan seni reka hiasan dalaman bilik ini
sehingga aku jadi tidak terkata.
“Kalau sayang letih rehatlah dulu, abang nak mandi.” Aku
anggukkan kepala, lalu Akim membuka pintu almari dan mengeluarkan dua helai
tuala mandi, satu diberikan kepada aku. Aku cium tuala itu, wah wanginya!. Akim
tersenyum dan mengenyitkan mata, tiba-tiba sahaja aku rasa darah ku naik ke
muka. Akim segera menghidupkan pemain cakera padatnya, berkumandanglah
instrumental violin memenuhi ruang bilik ini dengan kekuatan yang amat
sederhana. Sebaik sahaja Akim masuk ke bilik air, aku terus rebahkan tubuh di
atas katil. Ya Allah, lembutnya! Semuanya berbau harum! Akim guna pewangi apa
ni?. Aku pejamkan mata, menikmati damai di bilik Akim dan aku benar-benar rasa
tenang. Aku terus memejamkan mata menghayati indahnya alunan instrumental
sambil membayangkan aku sedang menelusuri sebuah sungai di ladang ternakan
kuda. Alangkah indahnya kalau aku boleh kembali di zaman klasik inggeris,
menjadi wanita yang memakai gaun yang ramping di pinggang. Aku ingin sekali
menelusuri sungai bersama hero pujaan ku Legolas dan sama-sama memetik bunga
yang mekar di musim bunga. Legolas akan membawa busur panah di belakangnya dan
aku dan dia akan berkuda bersama-sama. Aku terus memejamkan mata sambil
tersenyum bila Legolas memeluk pinggang ku sambil menarik tali kekang kuda
sedangkan aku duduk menyeget penuh sopan. Tiba-tiba Legolas menarik tali kekang
lantas kuda berhenti sambil mengangkat kaki hadapannya lalu menjatuhkannya
kembali. Legolas tersenyum bila melihat aku ketakutan lantas meletakkan dagunya
di leher ku, hangat hembusan nafasnya sehingga aku kegelian. Grrrr….eh kenapa
kuat sangat rasa panas ni. Aku celikkan mata, pom! Jantung aku meletop! Akim sedang melingkarkan lengannya ke
pinggang ku… bukan setakat itu! Malah…erkk… malah
“Sayang… abang nak…” Akim merengek lembut. Aku sudah rasa
tidak tentu hala, dengan nafas yang semakin pendek dan pendek. Aku pejamkan
mata rapat-rapat membayangkan Legolas… tetapi Legolas tidak juga muncul dengan
kudanya. Akim semakin berani…aku sudah hilang pertimbangan untuk membaca doa
apa yang patut.
“Allahhummabariklana
Fimarozaktana Waqina A’zabannar” Terketar-ketar aku membaca doa itu.
Tiba-tiba Akim terus ketawa dan ketawa…
“Sayang baca doa apa tu?”
“Erkk doa
makan!” Aku menjawab ringkas dan gugup.
“Bukan doa tu… sayang ikut ye abang bacakan…” Anehnya aku
angguk juga kepala walaupun aku rasa dada dan kepala ku bagaikan hendak pecah
seribu.
“Bismillahi
Allahumma Jannibna Syaitona Wajanibi Syaitona Marozaktana
Dengan nama Allah. Ya Allah jauhkanlah kami
dari syaitan dan jauhkanlah dari syaitan apa yang akan Engkau kurniakan kepada
Kami” Akim membacanya dengan nada perlahan dan berbisik ke telinga ku.
Aku rasa hendak menangis pun ada… hendak ketawa
pun ada kerana rasa gementar yang melampau. Agaknya aku sudah gila kot, silap-silap aku menjadi kejung
seperti batu nisan tergolek di tepi kubur. Tidak mampu rasanya membalas
perbuatan Akim melainkan aku rasa bila-bila masa sahaja aku boleh terkena
serangan jantung.
“Sayang…
janganlah macam ni, syhhh…” Akim cuba
menenangkan aku. Aku hanya mampu mengelengkan kepala tanpa ada kekuatan untuk berbicara.
“Sayang…
calm down, I do it gently. I wont hurt
you… abang promise.”Akim memujuk
ku dengan lembut dan dia mengenggam tangan ku dengan erat lantas di bawa ke
dadanya yang tidak beralas dengan seurat benang pun.
“Lukhman!
Lukman!” Tiba-tiba kedengaran pintu bilik Akim di ketuk. Akim bingkas bangun
lalu membetulkan tualanya yang sudah 85% terbarai. Sumpah bukan aku yang buat
dan aku langsung tidak berdosa dalam adegan membaraikan tuala dia!. Mungkin dia
yang buat sendiri atau tuala itu sendiri yang membaraikan diri. Cuma aku cukup
pasti aku langsung tidak terlibat dengan kejadian ini.
“Lukhman,
walid panggil tu.”
“Ye
mi, Lukman turun sekejap lagi.” Lukhman membuka pintu. Tiba-tiba mata umi
terbeliak memandang aku. Eh kenapa pula ni? Aku kehairanan.
“Umi
minta maaf nak… umi minta maaf.” Tergagap-gagap umi menutup kembali pintu
bilik. Akim segera menoleh ke arah ku. Tiba-tiba dia tepuk dahi, sambil
tersenyum dan gelengkan kepala.
“Kenapa
boleh lupa ni sayang?” Akim terus merapati ku yang ketika ini masih separa
terbaring di atas katilnya. Satu persatu Akim mengenakan kembali butang blouse aku yang juga sudah 80% terbarai,
kurang 5% dari tuala dia. Ya Allah! Kerja siapa ni? Sumpah aku langsung tidak
menyentuh butang baju ini. Aku rasa bagaikan hendak meraung semahu-mahunya
sedangkan aku nampak dengan jelas tangan Akim mengeletar mengenakan butang baju
ku ini. Aku rasa hendak tampar muka Akim yang merah bagaikan udang kena
goreng!. Aku malu pada umi, dan aku malu pada dunia!
“Macam
mana boleh jadi macam ni?” Giliran aku pula merengek.
“Macam
apa?” Akim buat-buat tidak faham.
“Siapa
buat saya macam ni.” Aku tunjukkan kesan merah di leher. Aku rasa macam hendak
menangis dan aku terus menangis. Akim menjadi serba salah dan cuba memujuk aku,
namun aku semakin teresak-esak menangis.
“Habislah
kalau abah nampak.” Akim menarik aku dan membawa aku ke dadanya. Aku tidak
berdaya hendak menolak.
“Sayang
jangan fikir bukan-bukan boleh tak. Kita melakukan perkara yang halal, perkara
yang menjadi ibadah.”
“Huhuu…boleh
mengandung tak?” Aku bagi soalan penuh timbang taranya, soalan paling lurus,
malah lebih lurus dari bendul. Tiba-tiba Akim terus ketawa sampai bergegar
tubuhnya. Akim tenung wajah ku…
“Sayang
jangan menangis ye.” Dia mengelap air mata ku dengan tangannya yang hangat.
“Saya
boleh mengandung tak?” Aku ulang semula soalan ‘sengal’ ku.
“Sayang…
kita masih lagi belum sempat ‘bersama’, Lia masih dara… mana boleh anak dara
mengandung.” Akim bersuara tenang, dan penerangannya buat aku rasa lega sedikit.
Aku masih anak dara.. ya masih anak dara. Akim segera menggumpalkan tuala yang
belum sempat aku gunakan, lalu tuala tersebut ditekupkan ke mulutnya. Sejurus
kemudian Akim menuam tuala yang suam akibat hembusan dari mulutnya itu ke leher
ku. Agak lama juga Akim melakukannya dan mengulanginya beberapa kali, bila aku
tengok semula ke cermin, kesan kemerahan itu sudah hilang. Aku menarik nafas
lega.
Kami turun ke bawah sebaik sahaja aku selesai
mandi. Segalanya dilakukan dengan agak tergopoh gapah kerana masing-masing
hendak cepat. Kami akan bertolak ke kampung ku di Taiping selepas solat Asar.
Umi lebih banyak tersenyum, Akim memandu kereta, walid duduk di sebelahnya dan
aku di belakang dengan umi. Saudara mara yang lain mengiringi kami dari
belakang. Umi sentiasa memegang tangan ku dan meletakkan tangan ku di atas
ribaannya. Sikap umi sama macam Akim yang suka pegang tangan orang. Tetapi
dengan umi, aku genggam tangannya semula dan aku lentukkan kepala di bahu umi.
Aku tertidur dengan lena dan penuh ketenangan.
“Ya
Allah, semoga umi cepat-cepat dapat cucu.” Aku mendengar umi berbisik halus,
namun aku terus buat-buat tidur walaupun sebenarnya aku mula rasa semacam bila
umi berdoa begitu.
Besttttt....rock.....rock...kak nk sambungan lg..please..hehe
ReplyDeletehahaha rase macam nak gelak lagi...
ReplyDeletemmng blur tahap kronik la si rock ni...
Rock yg polos..next entry plz
ReplyDeleteSambung lg...best giler. ..
ReplyDeleteBila nk upkn bab baru ni hayati....mengigau den tiap mlm nk jumpa abam HJ akim....huhuhh
ReplyDeleteWohoo...tq 😋😋😋
ReplyDeleteCepat2 upload next entry....
ReplyDeletesemoga cepat dapat cucu...umi akim bersuara..
ReplyDeletebila ya...merah kat leher blh pregnant ke?
hahaha...aapa daa rock ni...
Sungguh cute rock ni....
ReplyDeleteBEST!
ReplyDeleteWaktu baca novel ni, sy kecewa d penghujung cerita. Kenapa x ada scene romantik lepas Rock tahu dia isteri Abam Hj. Bila dpt special n3 ni, x kesal sy beli. Good job writer! Boleh sambung lagi ke utk special n3.
ReplyDeleteAdey aulia... blur sungguh... kak hayati sambung babak lagi romantik dr abam hj... please.....
ReplyDeleteHahahaha teruja baca..... esok nak jugak beli buku niiii tahniah akak Yati
ReplyDeleteLurus betul la si rock ni haha suka lah dgn cite ni.cpt cpt sambung ea kak
ReplyDelete