Bab 1
MAK...
pak usu pitam, masuk hospital!. Aku memekik dari dalam sebaik sahaja talian telefon
dimatikan. Kelepuk! kepala ku diketuk
dengan tangan mak...
“Yang jerit tu ngapa? mak ada je kat belakang ni..” Aku segera menoleh, nah!.. terpampang muka mak sedang
‘menelinga’ perbualan aku di telefon. Mak ni selalu buat aku hendak sakit
jantung. Kadang-kadang aku hairan kenapalah mak dengan pak usu berbeza macam
langit dengan bumi? sikap mereka sangat berbeza. Mak seorang yang banyak cakap,
kelam kabut macam ribut dan terburu-buru sedangkan pak usu seorang lelaki yang
tenang, pendiam dan paling penting dia kacak. Itu kawan aku lah yang cakap... aku
iyakan sahaja sebab aku rasa aku pun cantik sebab mewarisi kekacakan pak usu...
(silalah perasan tahap tujuh petala langit ye Orked).
Aku (Saidatul Orked
binti Megat Idrus), seorang anak yatim sejak usia aku dua tahun. Pedulikan
tentang nama yang tidak bergelar pada awal nama ku. Abah dan mak memang tidak
pernah akur tentang status tersebut. Aku hanya kenal abah melalui gambar. Abah
super kacak! Setakat muka Tom Cruise memang tidak boleh lawan abah, tubuhnya
sasa, tinggi dan cukup berkarisma. Sayangnya abah meninggal apabila pesawat
udara yang dikendalinya mengalami masalah teknikal dan menjunam ke dalam sawah.
Maknanya abah aku ialah tentera udara. Sejak abah meninggal, mak terus menunggalkan
dirinya sehingga kini.
Memandangkan abah
yang kacak, aku pula tidak mahu kalah dengan mak dan aku tetap inginkan lelaki
kacak sebagai pendamping ku, tidak kaya pun tidak mengapa asalkan kacak dan
romantik. Untuk mencapai tahap penanda aras ku yang agak tinggi tentang lelaki
ini, sehingga usia ku masuk dua puluhan aku masih belum pernah mempunyai teman
lelaki. Sumpah! Bukan sebab tiada yang memikat aku, tetapi aku yang tidak ada
hati untuk terpikat.
MAK
nampak kelam kabut, dia mandi seadanya lantas menukar baju hendak pergi ke
hospital.
“Hang
tak mau pi ke Orked?”
“Orang kena pergi ke mak?”
“Suka
hanglah nak pi ke tak nak, mengkala
jadi sesuatu kat pak usu hang, jangan sebai
pulak.”
Haih, pekat sungguh
loghat utara mak walaupun sudah lama meninggalkan kampung halaman. Pak usu
merupakan adik bongsu mak, dia tinggal dengan kami sejak usianya 10 tahun,
ramai yang sangka aku adik pak usu, tambahan lagi wajah kami juga seiras. Pak
usu satu-satunya adik lelaki mak dari tiga beradik.
MAK
segera menghidupkan enjin kereta waja kami, vroooooooooom...
dia terus masuk gear dua, ‘tersedak’ kereta. Aku jadi kecut perut, mak
kalau bawak kereta... sumpah aku tidak berani tidur.
Mak tekan throttle
dan keluar dari simpang tanpa signal. Aku memang hendak menegur sikap
tidak baik itu, tapi aku terpaksa ambil pendekatan berdiam sambil telan air
liur berkali-kali. Meter naik dari angka 0 ke 110... kemudian 120... 130... 140...
aku mula rasa waja kami bergegar. Mak terus pandang kehadapan penuh tumpuan
sedangkan aku sempat menoleh kiri kanan jalan terpampang tanda 60km/jam.
“Mak, tolonglah jangan laju lagi... orang
takut ni”.
“Diam Orked... pakai seat belt...” Mak bertempik bila aku kata aku takut. Aku segera
memakai seat belt dengan perasaan
kecut perut.
“Ya Allah ya tuhan ku, panjangkanlah umur
kami.” Aku tadah tangan sampai rasa tercekik air liur. Cukup menyakitkan bila
menjeling meter kereta yang sudah senget ke kanan. Aku jeling mak, dia terus
memandang jalan penuh penumpuan, aku rasa mak ada bakat jadi pelumba drift. Cara mak menukar gear, cara mak menekan clutch, cara mak mengawal imbangan throttle dan clutch memang lelaki pun tidak boleh pertikaikan. Cuma mak agak kalut,
terutama kalau dia hendak cepat, habis semua skillnya berterabur dan segala undang-undang mak akan langgar.
Nenongggg... nenongggg
sebuah kereta polis mengekori kami dengan rapat. Aku menoleh, patutlah... polis
tu guna kereta Inspira, kalau naik kancil makan asap waja kamilah jawabnya.
“Sila ke tepi! Ke tepi! berhenti di bahu
jalan” amaran diberi dengan menggunakan healer...
aku mula rasa malu macam kena tempek dengan najis lembu, kalaulah kawan-kawan aku
nampak aku kena kejar dek polis, mana
aku hendak letak muka. Mak buat ‘derk’
aku pula yang serba salah.
“Mak berhenti mak, polis nak tahan kita.” Aku
menggoncang-gancang bahu mak.
“Apa?” Mak tanya aku kembali.
“Tu polis tu mak, tak nampak tu siap himpit
kereta kita lagi.” Aku menjelaskan dan mak segera menoleh ketepi. Tiba-tiba mak
tarik hand break dan menekan minyak rapat. Aduh kenapa minyak!... sepatutnya break. Mak betulkan kakinya, dia tekan break pula. Kereta waja kami mengeluarkan bunyi seretan dan decit
yang langsing. Mak tekan clutch dan
pulas stereng hendak ketepi... tapi kereta waja kami ‘terseret’ sehingga
melintang jalan. Bum! Inspira polis
terbentur ke dalam parit!.
Mak terus angkat kedua-dua tangan seolah-olah
takut kena tembak. Muka mak berpeluh... setitis... dua titis aku nampak peluh
dari dagu mak. Suasana jadi hening walaupun sebenarnya sudah hiruk pikuk dengan
bunyi hon kereta. Aku mengabaikan semua aspek-aspek lain, kereta polis senget
di dalam parit yang tidak berair. ‘Mati’lah kami, macam manalah mak boleh
‘tendang’ kereta polis sampai masuk parit?
Aku toleh ke
belakang, rupanya ada sebuah lagi motorsikal polis trafik mengejar kami. Dia
menghentikan motorsikalnya lalu turun dengan tergopoh gapah.
“Keluar dari kereta
sekarang” polis itu datang dan mengetuk cermin kereta kami. Mak keluar sambil
membetulkan cermin matanya dan mengangkat kedua-dua tangan.
“Saya tak salah
encik... erkk datuk”
“Mana tak salahnya...
awak merempit di laluan 60km/jam... itu awak kata tak salah?”
Seorang lagi polis
juga menghampiri kami sambil membawa satu buku seakan-akan buku resit. Aku
hanya mampu menyaksikan sahaja mak bakal disaman.
“Adik saya sakit tok... saya hendak ke
hospital..” Mak menjawab gugup sambil mengangkat tangan.
“Sakit ke, nazak ke ini soal keselamatan?
Kalau semua orang fikir macam awak habislah undang-undang negara ini kena
langgar.” Polis itu tetap bernada tegas.
“Turunkan tangan tu kami bukan hendak tembak
puan.” Tiba-tiba seorang lagi polis yang terhincut-hincut keluar dari kereta
yang masuk ke parit itu hampir kepada kami. Perlahan-lahan mak menurunkan
tangan, dia sempat menjawab...
“Manalah tahu tuan, sekarang ni baik polis...
baik kongsi gelap semua pun hendak menembak sahaja”. Mak bersuara selamba
sambil menurunkan tangan. Berani pulak mak... aku pula yang kecut perut. Aku
sempat menjeling pegawai polis muda yang sedang menulis di atas kertas seperti
resit itu... pherghhhhh... hensem siot. Aku rasa macam
sanggup disaman berulang kali asalkan dia yang saman.
Dia memandang aku, aku pun merenung dia... empat
mata bertemu... aku cair bagai gula-gula kapas masuk di dalam mulut. Dia
tersenyum, dan aku rasa senyuman itu bagaikan kontena gula terbalik tepi jalan.
Manisnya tahap boleh merencatkan kelancaran sistem kardiovaskular ku. Aku rasa dunia bagaikan berhenti sejenak.
Sempat aku menjeling tag namanya, Danish
ringkas sahaja tapi aku rasa cukup sedap disebut. Dia kenyit mata kepada ku, aku
toleh ke belakang kalau-kalau ada orang lain... memang sah! kenyitan tu untuk
aku. Dia kenyit lagi... lagi dan lagi... eh!
biar betul! Rupanya abang polis ni ada kenan kenyit... gulp... aku telan air liur, nasib baik aku tidak sempat perasan dan
tidak membalas kenyitan tersebut, kalau tidak mahu aku terpaksa bertapa dalam
gua kerana malu.
“Macam nilah, kira kita selesai je kes ni.
Apa kata puan bayar sikit kami duit kopi?” Pegawai polis yang turun dari
motorsikal polis trafik itu memberikan cadangan.
“Baik jugak tu”, mak terus mencapai beg
tangannya. Aku pula menentang sepenuh hati tindakan mak tersebut.
“Mak tak payahlah bayar, biarlah dorang saman.”
“Kau diamlah Orked, kalau selesai kan
senang.” Mak keluarkan not seratus. Aku tengok pegawai polis trafik itu
tersenyum lantas menyambut wang itu. Aku tergamam dengan kejadian yang tidak
disangka itu.
Tiba-tiba polis yang terkena kenan kenyit itu
menolak baik-baik tangan mak, semua nampak tergamam.
“Tak mengapalah puan, puan ambil surat saman
ni dulu, dalam masa lima belas hari puan datang ke balai dan selesaikan saman
ni. InsyaAllah, pihak PDRM akan kompaun atas kesalahan ini. Apa yang penting
puan kena berhati-hati memandu sebab soal keselamatan ni bukan setakat
melibatkan diri kita sahaja, malah semua pengguna jalan raya.” Mak angguk
kepala , aku juga turut angguk kepala walaupun ralat kena saman. Sebaik sahaja
memulakan pemanduan, polis itu memberikan isyarat ibu jari dan dia mula
mengawal lalu lintas yang sibuk tiba-tiba akibat aksi drift mak.
KAMI
bergegas ke bahagian kecemasan sebaik sahaja sampai di hospital. Aku terpandang
seorang lelaki berbaju hijau dan memakai seluar celoreng sedang duduk di ruang
menunggu. Tidak ramai pesakit pada hari tersebut, lelaki tersebut memegang
cetok burung di kiri dan kanannya. Aku tahu salah satu dari cetok tersebut adalah
milik pak usu. Cetok pak usu memang unik kerana ia berukir dengan kayu di bahagian
pintunya corak awan larat dan dinding cetok tersebut dianyam kemas dengan
buluh. Lelaki tersebut segera datang ke arah kami bila menyedari mak memasuki
ruang menunggu. Kenal pulak dia pada mak, tetapi aku pasti dia tidak kenal aku
kerana dia langsung tidak pandang aku sebaliknya fokusnya hanya kepada mak.
“Dia ada di dalam,tadi dia pitam di kebun
sawit” Lelaki itu menjelaskan. Aku lihat dia bagaikan serba salah, menelan air
liur dengan halkum yang turun naik. Mak tenung muka dia... dia tenung muka mak,
perang saraf ke ni, aku pula yang rasa panas.
“Jai mana?” Mak bagaikan komandan bertanya
anak buah...
“Ada di dalam.” Lelaki itu kelihatan serba
salah, namun tetap menjijit cetok burungnya. Kami menuju ke bilik tempat pak
usu dirawat. Lelaki itu berjalan di hadapan, mak di tengah dan aku paling
belakang. Kami berjalan laju-laju sebelum tiba-tiba ditahan oleh seorang
jururawat. Lelaki itu segera berhenti mengejut. Mak terlanggar dia aku pula
terlanggar mak!
Opss! Aku
rasa tubuh ku bagaikan melayang dan aku cuba bertahan secara spontan dengan
kedua belah tangan. Ting! Aku rasa sesuatu menahan aku dari terus ter’cium’ lantai di
susur gajah hospital ini!. Tubuh aku ditarik dengan kasar dan aku terbentur ke
dadanya! Oh my! aku terhidu bau dia.
Busuk!... masam! tengik semua ada, entah hutan mana dia masuk.
Dia pegang bahu aku, rasanya
tidak sengaja kot lalu perlahan-lahan menolak aku supaya lebih stabil berdiri.
Walaupun busuk aku tetap merasai sedikit debaran. Dia renung aku dan aku juga
memandang dia yang agak tinggi. Bukan agak tinggi tetapi memang tinggi.
best 3x.
ReplyDeleteFollow.. :)
ReplyDeleteGanas makcik nie...
ReplyDelete