Bab 2
MAK
mundar mandir di luar bilik kecemasan, lelaki yang menjadi kawan pak usu pula
hanya tunduk tidak bergerak macam kena sumpah dengan sang kelembai. Memang
basah, peluhnya berjejeran meskipun dalam hawa yang tidak begitu panas. Aku
juga cemas, apatah lagi bila tidak ada seorang doktorpun yang dapat memaklumkan
keadaan pak usu.
“Mak,
kalau kita masuk tanya, dorang marah
tak?”
“Hang
tanyalah?” Aku serba salah kerana ini sudah kali ke sepuluh aku bertanya kepada
petugas di kaunter pendaftaran kecemasan. Dan sudah sepuluh kali jugalah dia
menjawab ‘tunggu laporan dari doktor sebentar lagi.’ Warghhh berapa punya lama ‘sebentar’nya, kaki aku sudah terasa
keras berdiri. Tempat duduk pula amat terhad kerana ramai sedang menunggu
perkhabaran waris mereka.
Kriukkkkk, terang dan jelas bunyi itu
sampai ke telinga aku. Lelaki itu memanggungkan kepala, aku pandang wajah dia,
dan dia pandang wajah aku.
Kriukkkkk... sekali lagi dan kali ini
lebih jelas lagi. Dia meletakkan telapak tangannya di perut. Aku tersenyum dan
dia membalasnya dengan wajah yang tidak tersembunyi langsung kelesuannya. Aku anggukkan kepala kepada dia dan dia
membalasnya dengan perlahan. Cetok burung masih kukuh dibimbitnya, sedangkan
dia berdiri bagaikan sengaja hendak mengukur tiang. Tahulah dia tinggi.
Sekali
lagi aku dengar perutnya berbunyi, kali ini lebih panjang lagi.
“Kalau
lapar, pergilah makan dulu.” Mak memberi cadangan maha bernas. Lelaki itu
tenang memandang mak. Mereka macam sudah memang saling mengenali.
“Jomlah
makan sekali.” Mak geleng kepala. Aku pula sejak pagi tadi aku belum menjamah
sebarang makanan. Biasanya aku akan bersarapan sekali harung dengan makan
tengahari. Namun tadi mak begitu tergesa-gesa sampaikan aku langsung tidak
sempat untuk menjamah nasi yang telah siap dihidangkan di bawah tudung saji.
“Orked, pergilah makan. Nanti ‘kebelai’ tak makan, perut masuk angin
lagi susah. Mana nak jaga pak usu hang, nak jaga hang.” Wajah mak nampak
serius, aku anggukkan kepala mengiyakan kata-kata emak kerana aku memang sudah
didatangi rasa loya kerana lapar.
Aku malu hendak mempelawa kawan pak usu itu
makan sekali. Jadi aku menonong sahaja meninggalkannya menuju ke kafeteria
hospital.
Urmm,
sudah lewat petang begini, makanan banyak yang telah habis. Aku mengambil
keputusan untuk minum petang sahaja mengalas perus.
“Wan suruh saya temankan Orked.” Gedebuk aku rasa jantung aku jatuh
tergolek, ‘terkejut badak’ aku bila tiba-tiba kena tegur dan dia duduk
meletakkan makanannya bertentangan dengan aku. Aku tenung mamat ini. Muka dia
yang bersih benar-benar nampak poyo.
Wajahnya ketara dipenuhi tunggul-tunggul janggut dan jambang yang meliar.
Barulah aku sedar, dia memiliki dagu terbelah yang tersembunyi di sebalik
janggut tipisnya.
Lelaki ini nampak serba salah bila aku
memandang tepat kepadanya. Teragak-agak dia mahu menjamah minuman yang ada di hadapannya.
Setelah terdiam sejenak akhirnya...
“Orked tak makan ke?”
“Mana tahu nama kita Orked?”
Lelaki itu tersenyum memandang ku.
“Uncle
dah lama kenal awak, sejak awak kecil lagi.” Pulak dah!
“Nama encik siapa”
“Panggil uncle
Farief .” Alamak dia nak aku panggil dia uncle
ke?
“Uncle?”
Aku terlajak kata.
“Kenapa, Orked nak panggil saya abang ke?” Gulp aku rasa macam hendak hantuk kepala
ke meja. Boleh pula aku terkena dengan soalan dia.
“Boleh Orked tahu umur uncle berapa tahun?” Dia senyum lantas menghela nafas. Tiba-tiba
aku rasa sesak nafas bila mata jernihnya tepat memandang aku.
“Uncle
dah 32 tahun, ada anak dua orang. Dua-dua pun lelaki.” Fuh! Putussslahhh harapan kuuu. Suami orang rupanya.
“Ok.” Aku menjawab sepatah dan selepas itu
aku terus berdiam. Menyesal pula aku tanya dia tentang umur tadi. Untung betul
jadi lelaki ni, usia dah 32 tahun tapi nampak macam umur 24 tahun. Menyesal aku
tercair tadi. Tapi hati ini memang degil kerana ia terus juga mencair.
UNCLE Farief
makan dengan tertib, jari jemarinya yang panjang-panjang macam lady finggers itu nampak bersih dengan
roma-roma halus di antara sendi jarinya. Cara dia makan buat aku rasa berdebar
untuk yang entah berapa kalinya. Dia mengunyah, dia menyuap malah cara dia
menelan kelihatan begitu maskulin di mata ku.
Bang! Aku wajib kena tembak di dada
sebab aku rasa pesona dan aura uncle Farief
terlalu hebat sehingga aku tidak mampu menahan percikannya.
“Jangan tengok uncle makan, Orked makanlah juga.” Buk! Aku rasa macam kena tumbuk di batang hidung. Kenapa dia boleh
sedar aku mencuri pandang ke arahnya. Cepat-cepat aku makan dan... uhuk!! cepat-cepat juga aku tersedak dan
tersembur! Berterabur masalavadai yang tidak hancur dikunyah ke meja.
Alamak, malunya!
“Orked!” Uncle
Farief terus menghulurkan air dan aku menyambutnya lantas terus menyedut air
dengan rakus. Mintak nyawa! Aku tersedak lagi sampai air keluar ikut hidung,
aku terbatuk semahu-mahunya. Muka terasa pijar dan hidung aku pedih.
Malu kuasa dua!
Aku rasa sesuatu
menepuk-nepuk lembut belakang badan ku. Uncle
Farief nampak cemas melihat aku tersedak. Sumpah aku malu!, semua memandang ke
arah kami. Aku nampak uncle Farief
terangguk-angguk kepada orang yang melihat kami.
SELERA makan aku jadi tumpul, rasa lapar aku juga
hilang.
“Makanlah, habiskan.” Aku gelengkan kepala.
Taubat ‘lahom’ aku tidak mahu makan lagi. Malu dengan uncle Farief.
“Maaf uncle.”
Dia angguk kepala. Teragak-agak aku hendak memanggilnya uncle, rasanya memang tidak layak untuk aku panggil uncle walaupun aku berbeza 12 tahun
darinya.
Usai makan, (melihat uncle Farief makan sebenarnya), kami beredar dari kafeteria
hospital.
Orked pergi kat ibu dulu ye, uncle
nak ke surau kejap.” Aku angguk kepala. Dia membimbit dua cetok burung terkukur
di kiri dan kanannya. Langkahnya nampak kukuh dan berkarisma. Wah! agaknya dia
kerja apalah ni, sekali pandang macam tentera pun ada. Aku menghela nafas
panjang lalu berpaling dan beredar.
Tiba-tiba aku teringat sesuatu,
“Uncle!”
Lelaki itu menoleh.
“Biar Orked pegang burung uncle.” Aku nampak dia tergamam dan
memandang aku tepat-tepat. Aku angguk kepala...
“Bagi Orked pegang burung uncle.!” Beberapa detik kemudian, dia
menganggukkan kepala lalu tersenyum. Cetok burung terkukur bertukar tangan, aku
membimbit dua ekor burung di kiri dan kanan ku.
MAK
nampak sugul di luar bilik kecemasan. Sesekali aku lihat mak memicit hidung,
aku mula cemas.
“Kenapa pak usu mak?” Mak geleng kepala.
“Pak usu siyes
ke mak?” mak geleng lagi sambil memicit-micit pangkal batang hidungnya.
Kacamata mak nampak kelabu terkena
jarinya. Tetapi mak buat tidak peduli. Aku semakin cemas.
“Mak cakaplah, kenapa pak usu?” Aku mula rasa
semacam dan hidung ku tiba-tiba pedih. Mak diam sahaja sambil menekur lantai.
“Ya Allah, berilah kesabaran kepada hamba Mu
ini.” Mak menadah tangan dan aku nampak muka mak merah. Aku peluk mak, aku
dakap mak dan aku mula menangis teresak-esak. Daripada teresak-esak aku mula
meningkatkan darjah tangisan ku bila mak juga memeluk ku. Akhirnya aku menangis
semahu-mahunya di bahu mak.
“Semoga roh arwah pak usu ditempatkan dalam
kalangan orang-orang yang beriman.” Aku menadah tangan berdoa.
“Haihh
kenapa doa macam tu?” Mak herdik aku.
“Kan pak usu meninggal.”
“Huihhh...
capoinya mulut, bila pulak pak usu
hang meninggai?”
“Kenapa
ni Wan?” uncle Farief tiba-tiba
muncul dengan wajah ‘jernih’nya. Lengan t’shirtnya
ditarik sehingga ke siku dan aku tidak mampu melarikan pandangan darinya,
lengannya yang kelihatan urat-urat yang menimbul. Ia benar-benar nampak
pesonanya. Romanya nampak rapi dan walaupun dia tidak terlalu cerah, uncle Farief juga tidak gelap. Aku rasa
banyak ciri-ciri maskulin yang menjadi penanda aras taste aku pada lelaki ini, ada pada uncle Farief.
“Ni.” Mak serahkan sehelai kertas kepada uncle Farief. Uncle Farief menyambutnya dengan tenang.
“Wan buat apa sampai kena macam ni.”
“Kita nak cepat.”
“Rempit lagilah tu.” Mak diam sambil
hembuskan hingus ke sapu tangan. Uncle
Farief pandang mak, dan entah kenapa aku rasa tidak ‘selesa’ dengan pandangan
itu. Wait! Uncle panggil mak Wan? Haihhh belum pernah aku dengar
siapa-siapa panggil mak dengan nama tu, biasanya orang panggil mak, Aini.
SEBELUM
aku terlupa, nama mak memang klasik malah
lebih klasik dari nama aku sendiri yang penuh ciri-ciri kemelayuan ini. Kalau
nama aku Saidatul Orked pun sampai boleh ‘gempak’ satu sekolah, sekarang satu
kolej apatah lagi nama mak yang macam hikayat cerita klasik. Nama mak aku Wan
Kuntum Aini. Orang kampung memanggilnya cik Aini, kadang-kadang ada juga aku
dengar orang memanggilnya cik Kuntum. Namun inilah pertama kali aku dengar
orang panggil mak ‘Wan’.
Uncle
Farief membaca kertas yang diberikan oleh mak dengan teliti. Tidak lama
kemudian dia menghela nafas panjang.
“Laju ke ibu bawa kereta tadi?” Soalan tu di
ajukan kepada aku. Mak jeling, mesti mak hendak minta aku bagi jawapan selamat.
“Urmm
taklah laju sangat uncle, 160km/jam
je. Uncle Farief nampak tersentak,
sejurus kemudian dia meraup rambutnya.
“Laju juga tu.” Dia menuturkannya perlahan.
Mak terus tarik kertas yang dipegang oleh
uncle Farief dan tindakan itu buat uncle
Farief nampak tergamam.
“Wan! Bagi saya settlekan.”
“No
need, i will pay by my self.” Fuh!
mak dah speaking london, ini kes
berat. Dengan selamba mak tinggalkan kami, mencicit aku ikut mak. Sempat juga
aku menjeling uncle Farief, dia
menghela nafas panjang dan dalam.
PAK USU
terbaring lesu di katil. Mak melayan pak usu
macam anak sendiri. Itu yang buat aku selalu cemburu kepada pak usu. Usia aku
dengan pak usu berbeza sepuluh tahun, namun kami nampak macam adik beradik.
“Yong dah lama sampai ke?” Mak angguk kepala.
“Hang ni, dah tau ada kencin manis pasaipa dok
gatai mikat tekukoq lagi. Sat ni kalu
pengsan sensorang, mau haru biru.”
“Bukan pergi sensorang pun, kan berkawan.”
“Tu menjawab cakap orang tua.” Pak usu
terdiam dan senyum. Bila mak naik suara, pak usu terus diam. Kami faham sangat
tentang itu, biar mak ‘reda’ baru kami mula berhujah.
“Farief kan ada.” Pak usu jawab sepatah.
“Uncle
Farief yang call Orked.” Aku pula
menjawab meneguhkan hujah pak usu.
“Uncle!!!”
Mak dan pak usu menjerit serentak! Apa yang tak kenanya. Haih, mereka dua beradik ni macam-macamlah. Sejurus kemudian pak usu tergeleng-geleng cuba
mempertikaikan panggilan aku untuk uncle Farief.
“Macam mana?” Tiba-tiba uncle Farief berdiri di samping aku. Mak dan pak usu
tersenyum-senyum melihat kami berdekatan.
“Untunglah dia, dah
jadi uncle.” Pak usu ketawa perlahan.
“So what! Pak su ejek Orked ye.”
“Tak ejek, cuma usik
je. Yelah untung dapat uncle muda... handsome macam tu.” Uncle Farief ketawa perlahan dan aku nampak halkumnya turun naik
tatkala dia menelan liur. Jarak kami yang dekat menyebabkan aku merasai debar
yang bertali arus. Mak pula selamba sahaja makan makanan hospital pak usu. Cis!
Mak memang spoil sungguh!
Best
ReplyDeleteMenarik... tnggu n3 baru.. :)
ReplyDeleteAyat orked tak bole bla...
ReplyDelete