Bab 3
AKU temankan
mak pergi ke balai polis jabatan trafik. Muka mak macam tapai pulut salah masuk
ragi, masam dan cemberut. Aku malas melayan mak kalau dia mula buat muka
begitu, buat kena tengking percuma sahaja.
Rupa-rupanya saman inilah yang buat mak
menangis di hospital tempoh hari. Melampau betul pegawai polis itu. Mak
dikenakan kompaun untuk kesalahan memandu secara merbahaya, memandu melebihi
had laju dan melanggar peraturan lalu lintas Double Line. Jumlah kompaun yang dikenakan RM900.00 dan kesemuanya
tanpa diskaun!... Yess! aku juga
hendak menangis berjemaah dengan mak. Makan bubur nasilah kami bulan ini. Gaji
mak baru rm1300.00 sahaja, ansuran rumah sahaja sudah rm430.00, belum lagi
bil-bil yang lain.
WAJAH
mak memang muram. Kasihan pula aku melihatnya, tambahan pula aku perasan
beberapa kali mak menggosok dan mengepit hidung sendiri. Kalau mak susah hati
dia akan kurang bercakap dan suka memicit hidung.
Dengan longlai mak menyerahkan warkah samannya
kepada pegawai yang bertugas.
“Tak boleh kurang ke encik.”
“Tak boleh puan, semua ni kesalahan yang tak
boleh diberikan diskaun.”
“Saya tak cukup duit nak bayar semua ni.”
“Macam ni saya cadangkan puan bayar dahulu
satu saman dalam tempoh 15 hari dan selebihnya puan bayar hujung bulan nanti.”
Mak menghela nafas panjang lalu mengeluarkan walletnya.
“Orang nilah yang hentam kereta peronda kita
hari tu, tau pula serah diri. Ingatkan samseng sangat.”
Aku mendengar suara bercakap-cakap di
bahagian dalam kaunter tersebut. Aku mengintai, hendak sangat aku melihat
pemilik suara yang kurang ajar itu.
Wajah mak nampak berubah, aku tahu mak tersinggung.
Mereka mentertawakan mak bila mak
mengeluarkan duit syiling bagi mencukupkan jumlah rm300. Aku rasa jengkel,
tidak cukup rm5 sahajapun, bukannya teruk sangatpun kalau guna duit syiling.
“Tak cukup duitlah tu sampai kena ‘pecah
tabung’, kau tak nak bayarkan ke Danish? anak dia lawa tau.” Aku dengar suara
ketawa menyindir dari dalam.
Aku mula hangin
satu badan bila mak aku seolah-olah dipermain-mainkan.
“Mak saya bayar guna duit sendiri, bukan duit
korang!” Semua memandang ke arah
kami, tiba-tiba sahaja kami dua beranak menjadi tumpuan. Aku tinggikan suara
nyaring ku kepada petugas kaunter trafik. Aku tahu mereka tergamam, dan mata
aku sempat menyambar wajah polis yang ada ‘sawan kenyit’ hari itu, wah hilang
pula sawannya!.
“Orked, cubalah bawak bersabar sikit.” Mak
cuba menenangkan aku yang semakin naik suhu ini.
“Maaf puan, mereka bergurau tu.” Pegawai
polis yang bernama Danish itu cuba menenangkan keadaan.
“Danish Alfian, masuk pejabat saya sekejap.” “Baik tuan!” Semua tiba-tiba terdiam
bila ada pegawai tinggi dalam kalangan mereka bersuara. Aku jeling juga
kalau-kalau ternampak rupa pegawai itu, namun hanya suaranya sahaja yang
kedengaran.
“MAAF
puan, tiba-tiba server down, kami tak
dapat memproses bayaran saman puan.” Mak
sudah terbeliak mata, jarak kaunter trafik dengan tempat tinggal kami bukannya
dekat. Takkan mak kena berulang-alik semata-mata untuk saman ini.
“Rumah saya jauh encik, boleh saya tunggu
sampai sistem elok semula.”
“Terpulanglah puan, namun kami sendiri tidak
pasti sampai pukul berapa baru sistem pulih semula.” Mak tarik nafas panjang,
aku tahu mak susah hati. Susah hati kerana duit melayang dan susah hati kerana
terpaksa buang masa di sini.
Kami duduk di kerusi
bahagian luar bangunan balai polis ini. Pagi yang semakin menipis menyebabkan
suhu panas semakin menyengat. Aku pula mula rasa lapar kerana masih belum
menjamah sebarang makanan. Beberapa kali mak pergi bertanya sama ada sistem
telah pulih atau belum dan jawapannya tetap mendukacitakan.
Kasihan aku lihat mak yang sudah
berpeluh-peluh di tempat panas. Cekal sungguh dia bertahan semata-mata untuk
membayar saman. Aku jeling jam, waktu sudah mencecah jam 12.00 tengahari.
Patutlah aku lapar, sudah beberapa kali aku lihat mak memicit hidung. Tabiat
mak jika dia susah hati ialah gemar memicit hidung.
“ORKED!”
Aku segera menoleh. Grrr... aku
hampir jatuh berdusyum. Bukan jatuh
tangga, tapi jatuh cinta!.
“Orked buat apa di sini?” Aku tergamam dan
terkesima. Suara aku terasa bagaikan tersekat di epiglotis sehingga ia langsung tidak mahu berfungsi secara
sewajarnya.
“Orked... kenapa ni?” Ya Allah lunaknya suara
dia... berdusyum aku jatuh
berguling-guling!
Jatuh cinta lagiiii...
Lagiii lagi ku jatuh cinta... harus bagai mana?
Lelaki itu, ya lelaki
yang cukup maskulin dalam uniformnya yang berwarna biru gelap. Dia juga bertopi
biru, dengan butang baju berwarna emas dan aku sempat menjeling bintang-bintang di bahunya. Satu... dua... ya
hanya dua! Maknanya dia seorang inspektor polis!
Mak! Orked suka dia mak...
aku menjerit di dalam hati dan pada masa yang sama aku masih mampu mengukir
senyum untuk dia.
Uncle
Farief menghampiri ku sambil menyeluk sebelah tangannya dalam saku seluar.
“Orked datang dengan siapa? Dah makan?” Haila uncle Farief how sweet!
Macam ini aku boleh kena potong kaki.
“Orang datang dengan mak, bayar saman.”
“Kan server
down, macam mana nak bayar.”
“Mak kata nak tunggu, kalau balik pun nanti
kena datang lagi.”
“Mana mak?” Aku tunjukkan mak yang sedang menunggu
di luar, berdekatan dengan kaunter bayaran saman.
“Panas tu, panggil mak masuk.”
“Dah panggil banyak kali uncle, tapi mak tak nak orang potong que dia.” Uncle Farief
nampak tidak puas hati, dia terus keluar mendapatkan mak. Aku ikut dia dari
belakang.
“Wan, masuk dulu. Panas ni.” Mak diam sahaja
buat muka selamba. Ramai mula memandang ke arah kami dan aku lihat uncle Farief mula serba salah. Mak peluk
tubuh seolah-olah uncle Farief adalah
makhluk halimunan di hadapannya. Sikit pun mak tidak peduli.
“Orked, panggil mak masuk terus office uncle.” Gulp! Aku tersentak dengan kata-kata berbaur arahan itu. Aku pujuk
mak, mak cukup degil dia tetap hendak berbaris juga menunggu giliran. Aku cuak
dengan sikap mak, apatah lagi apabila melihat uncle Farief melangkah pergi meninggalkan kami.
MELIHAT
kedegilan mak dan ketegasan uncle
Farief, aku pula rasa lain macam. Akal aku ligat berputar...
“Arghhh....”
“Orked!”
“Orked!” suara mak dan suara uncle Farief bertalu-talu menerjah
gegendang telinga ku. Dengan rasa malu yang terpaksa aku korbankan, aku
merebahkan diri di siar kaki balai polis ini. Aku tutup mata rapat-rapat sambil
berdoa moga-moga bukan kumpulan lelaki India yang sama-sama berbaris dengan mak
yang mengangkat aku. Demi mak, aku berpura-pura pengsan.
“Orked...! Orked!” Ya Allah lunaknya suara,
aku dilanda debar menggila tatkala tangan panasnya menampar-nampar lembut pipi
ku dan pada masa yang sama dia merangkul aku sehingga aku separa duduk.
“Orked! Kenapa ni nak, tu lah mak dah suruh
makan dulu baru pi, ni lah kalau
degil.” Suara mak begitu cemas, kasihan pula aku mendengarnya. Namun aku tetap
bertahan dalam lakonan yang aku rasa cukup mantap.
Euwwww....
aku rasa tubuh ku dicempung dan di angkat. Aku berada di atas lengan gagah uncle Farief... kalaulah aku bukan kerana
sedang berlakon pengsan, harus aku rangkul leher abang inspektor yang super
kacak dengan uniform biru ini.
“Kenapa ni tuan?”
“Danish, masuk bilik saya bawa first aid ye”
“Baik tuan!” Aku dicempung kemas dan
diletakkan di atas sofa.
AKU
membuka mata perlahan-lahan. Tiga individu berada di hadapan aku dan salah
seorang daripadanya ialah mambang biru yang buat jiwa aku rasa terbang di angin
lalu. Muka mak ketat, hidung mak merah dan aku melihat genangan air mata
ditubir mata mak. Sumpah! Aku rasa bersalah, tapi siapa suruh mak degil
sangat?. Kalau aku tidak buat begini, harus sampai sekarang mak tekun berbaris.
“Mak dah bayar saman?” inilah soalan pertama
aku. Aku nampak mak tersentak dengan soalan aku.
“Tak
payah bayar, bagi slip pada uncle.” Uncle Farief meminta slip saman dari mak,
namun mak buat muka selamba
Bestttt2... mintak sambung lg...hihihi
ReplyDeleteHahahaha......
ReplyDeletetq Mona, kak Ayu...tgk ramai baca tp silent reader..huhuu
ReplyDeleteHailaaa... Orked..
ReplyDeleteBest.
ReplyDeleteKak min pon silent reader.. tp citer ni best.. x blh nj silent.. ;) Teruskn ye ..
ReplyDeleteterima kasih kak Aminah...syg akk ketat2..tq baby Mio yg masih misteri hingga kini, terima kasih kak zarinah CUTE..lebiu semua
Delete